Ahad, 24 Mei 2020

Menjenguk Kembali Blog

Last posting aku tahun 2015 dulu .
Sudah 5 tahun aku tak menulis di blog ni .
Lepas ni aku akan tulis semula...insya ALLAH

Selasa, 18 Ogos 2015

Catatan Pegalaman Kerja (1)

Selepas graduasi daripada USM pada tahun 1997 , aku ditawarkan bekerja di sebuah syarikat swasta. Pada masa yang sama aku ditawarkan jawatan dalam sektor awam .Aku memilih untuk terima tawaran daripada firma swasta tersebut memandangkan aku bercadang untuk berniaga sendiri .Jadi aku memilih untuk berkerja di swasta dengan niat mencari pengalaman untuk menguruskan perniagaan aku kemudian kelak.

Firma swasta tersebut ketika itu adalah syarikat yang maju dan ia menjalankan perniagaan secara runcit dan borong.Income tahunannya mencecah jutaan ringgit .Aku berkerja secara kontrak dengan syarikat itu untuk 3 tahun iaitu bermula Mei 1997 sehinggalah Mei 2000.

bersambung....

Rabu, 12 Ogos 2015

Children At The Village

The faces of the future generations of Malaysia....

Selasa, 28 Oktober 2014


Gambar di atas ialah gerai buah di Pekan Pendang. Mungkin gerai sementara. Sebelum ini gerai buah yang lama telah mengalami kebakaran jadi peniaga telah dipindahkan di sini iaitu di sebelah pejabat Majlis Daerah Pendang. Aku selalu juga beli buah di sini bila aku balik kampung.


Sabtu, 22 Februari 2014

Tak Dak Tajuk

Sebentar tadi aku baca satu artikel dalam blog tentang seorang ahli politik di satu negeri tu tak puas hati sebab masjid dijadikan pentas politik khususnya ketika waktu khatib baca khutbah....lantak pi kat dia nak kata apa pun ...ini negara demokrasi...

Aku rasa terkeliru sikit tentang kenyataan beliau yang wartawan tulis seperti berikut :

" Kita patut malu pada bangsa lain kerana tempat ibadat mereka sepeti kuil hindu dan tokong cina tidak digunakan untuk menghentam sesama mereka . "sumber : www.bloglist-malaysia.blogspot.com....

Aku rasa seolah-olah disamakan masjid dengan tempat ibadat agama lain....tapi aku bersangka baik beliau tidak bermaksud demikian....mungkin reporter tersalah tulis.....

Cubaan Untuk Gagalkan Kuliah Ust Badrulamin

Posting aku yang lepas mencatatkan isi-isi penting kuliah maghrib Ustaz Badrulamin di masjid khariah aku....

Kuliah Ust Badrulamin telah dirancang lama oleh pihak AJK masjid ....jadi 7 februari 2014 beliau boleh hadir ke masjid khariah aku.....

Ada pihak-pihak jahil yang bersahabat dengan iblis telah berusaha bersungguh - sungguh untuk menghalang kuliah itu dijalankan...alasan diberikan mereka ialah Ust Badrulamin seorang politician....

Geng-geng melayu bermazhab iblis ini telah mempergunakan pihak-pihak tertentu untuk menekan AJK masjid untuk membatalkan kuliah tersebut.....Tetapi AJK masjid tegas dan telah mengabaikan tekanan pihak - pihak iblis ini dan akhirnya kuliah berjaya diadakan.....

Aku pun bimbang juga jika perkara tidak diingini berlaku pada malam itu tapi syukur ALLAH telah memelihara majlis ilmu tersebut dan ia telah berjalan dengan selamat dan aman...

Ust Badrulamin tidak menyentuh pun hal politik semasa dalam kuliah beliau....yang geng melayu bermazhab iblis takut sangat tu aku pun hairan juga...geng melayu bermazhab iblis ni mereka bukan ada kelulusan apa-apa pun hanyalah samseng kampung......




Jumaat, 7 Februari 2014

Kuliah Ustaz Badrulamin di Masjid Kariah Aku

Semalam bersamaan 7 februari 2014 , masjid kariah aku telah berjaya mengadakan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Badrulamin....

Point penting yang diberikan oleh Ustaz Badrulamin ialah
-  kita wajib berpegang teguh dengan ajaran islam
-  kitab Al-Quran cukup lengkap...as a muslim kita wajib pelajari serta faham isi kandungannya dengan sebaik mungkin
-  islam agama universal ... ambil iktibar pejuangan rasullullah saw serta sahabat sahabat baginda dalam memperjuangkan serta mengembangkan ajaran islam
-  setiap hukum-hukum ALLAH wajib kita taat...jangan dipersoalkan hukum ALLAH kerana itu boleh menjejaskan akidah
-  ALLAH tidak akan menurunkan balanya ke atas sesuatu tempat jika penduduk tempat itu bertakwa kepada ALLAH
-  masjid perlu sentiasa mengadakan majlis ilmu kerana rahmat ALLAH akan diturunkan dalam majlis ilmu
-  majlis ilmu di masjid adalah taman syurga
-  akhir sekali beliau menasihatkan anak kariah supaya sayang dan suka akan majlis ilmu....beliau turut mengingatkan anak kariah yang bencikan majlis ilmu di masjid supaya jangan ganggu majlis ilmu di masjid kerana bala ALLAH akan diturunkan kepada golongan yang benci majlis ilmu islam