Selasa, 31 Mac 2009

Tak Payah Jadi Ahli Umno

Aku seorang ahli perniagaan dalam bidang peruncitan . Dah 9 tahun aku berniaga di sebuah pekan kecil di Kedah. Aku memulakan perniagaan aku dengan menyewa sebuah kedai kecil pada tahun 2000.

Kemudian pada tahun 2005 pada bulan April aku berpindah ke premis yang lebih luas iaitu rumah kedai yang aku beli sendiri .

Aku memulakan perniagaan aku dengan duit simpanan sendiri serta dibantu oleh ayah aku serta mak cik aku. Stok aku beli sikit-sikit. Aku tak pernah memohon apa-apa bentuk pinjaman pun.

Ada orang kata kena masuk UMNO dulu baru berniaga sebab senang nak dapat pinjaman . Ini semua karut. Aku tak masuk UMNO pun aku boleh berjaya.

INGAT !! REZEKI DARI ALLAH.

Kenangan masa zaman sekolah rendah 2

Pada tahun 1981 aku bertukar sekolah . Sekolah baru aku ialah Sek Keb Dato' Wan Mohd Saman atau lebih dikenali sebagai sekolah Tandop . Aku terpaksa bertukar sekolah kerana ayah aku , juga seorang guru , telah ditukarkan ke Sek Keb Bongor Baling. Dulu Baling dianggap kawasan pendalaman atau ulu.

Ayah aku seorang aktivis PAS ( orang Kedah panggil oghang kuat PAS ). Sudah menjadi rutin bagi guru yang kuat PAS , termasuk ayah aku , akan ditugaskan mengajar ke kawasan pendalaman . Mungkin sebagai penderaan psikologi.

Di sebabkan mak cik aku iaitu adik mak aku mengajar di sekolah Tandop jadi aku dihantar ke sekolah itu. Hari Sabtu mak cik akan datang mengambil aku sementara pada hari Khamis aku dihantar pulang ke Kobah.

Jumaat, 27 Mac 2009

Kenangan masa zaman sekolah rendah

Aku mula masuk sekolah rendah tahun 1979 di Sekolah Kebangsaan Bukit Choras. Darjah 1K , itulah darjah aku. Nama guru kelas cikgu Hamidah. Pada masa tu aku rasa cukup terseksa bila ke sekolah. Dah la kena bangun awal lepas tu tengahari baru balik sekolah. Rasa macam lambat sangat . Sekolah dengan rumah aku tak jauh sangat , 2 minit sudah sampai.

Pada masa tu majoriti pelajar yang masuk sekolah rendah dalam keadaan " kosong " iaitu masih lagi tak mengenal nombor dan huruf termasuklah aku sendiri. Tadika tak wujud lagi di kawasan kampong hanya ada di kawasan bandar.

Pada masa darjah satu itulah baru nak kenal nombor dan huruf. Dalam darjah akulah paling mangkuk . Kalau periksa penggal mesti dapat nombor last sekali.

Aku belajar di Sek Keb Bukit Choras dari tahun 1979 hinggalah tahun 1980 sampai darjah 2 sahaja. Guru kelas masa darjah dua namanya Cikgu Rohaya. Dia taklah garang sangat seperti cikgu Hamidah .

Semasa darjah 2 aku ok lah sikit , ada semangat nak pi sekolah tapi masih mangkuk juga . Nombor last mesti milik aku punya.

Kenangan yang masih aku ingat masa darjah 2 bilamana ustaz aku iaitu Ustaz Hussin koyak mulut aku sebab tak kenal huruf jawi. Kecut gila masa tu.

Dalam dua tahun aku belajar itu jawi , BI serta Math aku tak tau satu benda pun . Hanya BM yang aku minat. Jadi alhamdulillah aku boleh baca .

Terima kasih cikgu.

Rabu, 25 Mac 2009

Pekan Kobah

Kobah merujuk kepada nama kampung yang letaknya lebih kurang 20 km dari bandar Alor Setar . Ada pekan kecil di sini yang dikenali Pekan Kobah terletak di antara Kota Sarang Semut dan Pendang. Tidak ada apa yang menarik di sini. Dulu ada stesen keretapi di Pekan Kobah ini. Tetapi sekarang dah tak ada.

Landmark Kobah ialah sebuah bukit iaitu Bukit Kobah. Walaupun tidak ada benda yang menarik di sini tapi ia menyimpan sejuta kenangan sebab aku dilahirkan serta dibesarkan di sini.