Isnin, 20 April 2009

Nospan tu benda apa ???

Hari ini aku nak cerita sikit pasal ubat . Walaupun aku tak mengaji berkenaan ubat aku tahu juga serba sedikit mengenainya daripada info yang aku dapat daripada rakan-rakan USM dulu yang ambil kursus farmasi.

Ubat yang aku maksudkan ialah ubat yang selalu disalahgunakan oleh remaja khususnya remaja melayu . Ubat itu famous dengan panggilan Nospan.

Daripada maklumat yang aku perolehi Nospan ini kandungannya ialah Dextromethorphan . Panjang betoi nama kimianya kalau nak pendek kita panggil Dextro ajelah. Kegunaan utamanya ialah untuk merawat penyakit batuk kering yang sangat teruk. Ubat ini jika diambil mengikut dosnya yang betul tak bahaya pun , side effect mungkin drowsy atau lali macam kita minum ubat batuk.

Ada banyak brand ubat batuk yang mengandungi dextro salah satunya yang aku sebut atas tadi iaitu Nospan. Sediaan ubat batuk dextro ni ada yang berbentuk pil serta dalam bentuk sirap pun ada dan mudah didapati di klinik swasta dan juga di farmasi swasta.

Yang menjadi masalah dengan ubat ini ialah jika diambil dalam kuantiti yang banyak ia boleh menyebabkan sipengambilnya akan jadi excited atau teruja ataupun syok terlajak. Disebabkan ia mudah didapati menjadikan ia satu produk yang hot di kalangan remaja. Lagi satu pil ini boleh menyebabkan mereka ketagih dan ini merupakan langkah awal mereka untuk terjebak di dalam alam ketagihan dadah.

Baru-baru ini masuk dalam paper tentang penahanan beberapa orang pelajar sekolah di Pulau Pinang bersama-sama sejumlah kuantiti pil Dextro. Yang tak kena tangkap kita tak tau banyak mana.

Oleh itu kita selaku ibu bapa , penjaga ataupun guru perlu peka tentang gejala penagihan pil Dextro ini . Jangan dok ambil ringan . Jika dulu orang kata gejala ketagihan dadah bermula dengan rokok tapi sekarang gejala jijik itu pun boleh bermula dengan ubat Dextromethorphan.

Sabtu, 18 April 2009

Apabila Harga Getah Turun.....

Aku mula perniagaan mini market aku pada bulan Jun 2000 di sebuah pekan kecil di Kedah . Majoriti penduduk di situ adalah penoreh getah. Ketika itu harga getah sekerap atau getah beku sekitar 90 sen sekilogram.

Kalau tak silap aku harga getah sekerap melonjak naik sedikit demi sedikit bermula awal tahun 2001 sehinggalah ke hujung tahun 2008 iaitu sekitar kita menyambut hari raya puasa. Harga getah sekerap pernah mencecah paras tertinggi iaitu RM 5.00 sekilo. Bayangkan kalau ada penoreh getah boleh menjual 200 kilo getah sekerap dalam seminggu. Sebulan income dia sama dengan gaji basic pensyarah universiti awam.

Aku masih ingat macam mana riuh serta gembiranya penduduk di pekan itu bila harga getah semakin meningkat. Para peniaga termasuk aku sendiri turut gembira . Hasil jualan kami pun turut meningkat. Pembeli tak begitu berkira sangat.

Seingat aku hari sabtulah hari paling sibuk sampai tak sempat nak duduk . Bila time zohor aku tutup kedai sebentar untuk ke masjid berdekatan. Bila balik dari masjid sudah ramai customer menunggu di depan kedai.

Kedai hardware lagilah laris jualan mereka . Para penoreh ambil peluang untuk buat renovation rumah mereka . Maklumlah duit dah jenuh .

Jualan kereta second hand khususnya Proton serta jualan motosikal macam goreng pisang. Selalunya kita kalau nak beli kereta kena tunjuk macam-macam dokumen . Golongan penoreh begitu istimewa . Mereka tak perlu banyak dokumen sekadar tunjukkan resip jualan getah untuk sebulan pun dah cukup. Ini untuk kes kereta second hand sajalah.

Pekan sehari di sini pun selalu penuh . Memang mewah sungguh ketika itu.

Panas tak sampai petang , ada hujan di tengahari . Begitulah nasib penoreh getah di sini dan di merata tempat di Malaysia . Selepas hari raya tahun 2008 harga getah terus jatuh dan tidak stabil sampai hari ini . Kadang-kadang naik kadang-kadang turun. Ada penoreh bagitau kat aku , harga paling rendah pernah mencecah 80 sen sekilo.

Para peniaga di sini pun turut terasa termasuklah aku. Dulu kalau hari Sabtu tak sempat nak duduk sekarang hari Sabtu aku taklah sibuk sangat kadang-kadang tu sempat juga berinternet.

Sesetengah peniaga tak habis-habis merungut . Tapi bagi aku itu perkara biasa . Rezeki datang dari ALLAH . Ada hari dapat lebih ada hari dapat kurang. Banyak mana aku dapat pun aku bersyukur kehadrat NYA. Yang baik itu semuanya dari ALLAH.

Khamis, 16 April 2009

Penyakit Hasad Dengki

Penyakit Hasad Dengki ( PHD ) sudah lama wujud di dalam alam ini bermula semenjak daripada zaman nabi Adam a.s. lagi sehinggalah sekarang ini dan juga saat ini. Anak nabi Adam a.s. berbunuh-bunuhan kerana adanya penyakit ini .

Kerana PHD jugalah Nabi Yusuf a.s. dibuang ke dalam telaga buruk . Orang kafir pada zaman Rasulullah saw menentang ajaran baginda dengan begitu kuat sekali juga disebabkan oleh perasaan dengki mereka terhadap baginda.

Kalau di negara kita PHD ini lebih dikaitkan dengan kaum Melayu . Sebenarnya PHD dihinggapi oleh semua bangsa.

PHD boleh menghuru-harakan masyarakat . Begitu juga sesebuah keluarga akan porak poranda akibat penyakit ini.

Negara juga akan hancur jika ahli politik berpenyakit PHD ini. Di Malaysia sudah ramai ahli politik terkena penyakit ini.

Oleh awasilah diri kita daripada PHD .

Isnin, 6 April 2009

Kenangan masa zaman sekolah rendah 4

Masa dalam darjah 3 subjek yang paling aku minat ialah lukisan . Mungkin sebab senang sangat kot. Aku bukannya pandai melukis pun tapi kalau time subjek lukisan selalu aku lukis corak then buboh colour campur-campur.

Subjek lain aku boleh sikit-sikit. Tapi kalau time exam , result aku mesti corot ke belakang .

Dalam seminggu aku bersekolah hari yang paling aku best ialah hari Khamis sebab hari itu mak cik aku akan hantar aku pulang ke rumah mak aku di Kobah . Hari yang paling aku benci ialah hari Sabtu sebab hari tu pula mak cik aku akan datang ambil aku ke rumah dia di Jalan Kuala Kedah atau lebih dikenali dengan nama Tambak Bunga .

Aku tinggal di rumah mak cik aku ni sampailah aku tingkatan lima . Rutin mingguan aku pun tak banyak berubah dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Hari Khamis pulang ke Kobah hari Sabtu datang semula ke Tambak Bunga. Kadang-kadang kalau ayah aku free hari Sabtu dialah yang hantarkan ke rumah mak cik .

Ahad, 5 April 2009

Kenangan masa zaman sekolah rendah 3

Posting aku sebelum ini dah diceritakan aku bertukar sekolah pada tahun 1981 . Aku masih ingat lagi pada hari pertama di sekolah baru aku paling tak seronok. Aku masih ingat kawan-kawan di sekolah lama serta aku teringat juga kat mak aku . Tapi nak buat macam mana mengaji tetap kena juga.

Tapi aku ada semangat sikit sebab mak cik aku mengajar semua subjek kecuali pelajaran agama islam. Mak cik aku juga jadi guru kelas iaitu darjah 3 M.

Jumaat, 3 April 2009

Cerita orang tak berakhlak di sebuah bank.

Petang tadi lebih kurang jam 3.00 petang aku ke sebuah bank tersohor di Alor Setar untuk collect buku cek aku. Bank tersebut memang customer ramai petang tadi. Aku terus ke kaunter buku cek. Selalu tak pernah kena beratur di kaunter tersebut. Tapi petang tadi beratur panjang pulak.

Rupa-rupanya staff yang handle buka akaun baru tak masuk bertugas lagi. Jadi mana-mana customer yang nak buka akaun baru kena lakukan di kaunter buku cek. Masa aku beratur tadi ada 3 customer di depan aku. Lepas tu ada satu mamat dok berdiri belakang aku. Dia pun nak buka akaun baru sebab aku tengok dia pegang borang buka akaun. Rugged juga mamat tu , dia bertopi berseluar paras lutut siap pakai rantai lagi . Lantak pi kat dia nak pakai apa pun.

Punya lah lama dok beratur sampai lenguh lutut. Urusan customer kat depan aku punyalah lambat. Tak lama kemudian barulah staff yang handle akaun datang . Si staff ni pulak dia terus panggil customer yang datang kemudian iaitu yang berdiri di belakang mamat rugged tadi.

Apa lagi mamat tu bengang gila. Dia marah kat staff tersebut dengan bercakap dengan suara tinggi. Habis semua orang dalam bank tersebut dengar. Staff tu tak melawan . Cuma dia tanya mamat tu " awak dah ambil nombor ?? " .Memang staff tu malu . Merah padam muka dia mungkin tak biasa kena tengking dengan customer.

Bagi aku mamat tadi memang tak berakhlak. Sepatutnya dia pi tanya atau bagitau kat staff tadi yang dia dah tunggu lama. Habaq elok-elok apa salahnya. Dia ingat dia hebat sangatkah!!!. Aku dok di depan dia pun naik hot sama. Aku tak boleh tengok orang perangai kurang ajar.

Lepas selesai aku ambil buku cek aku , aku kata kat mamat samseng tu " hari Jumaat kena banyak bersabar " kemudian aku terus blahhh. Orang macam ni dia ingat dia sorang saja yang berurusan dengan bank .