Khamis, 17 Disember 2009

Musim Makan Kenduri


Sekarang ini musim cuti sekolah . Musim cuti sekolah ini cukup sinonim dengan musim makan kenduri . Kad kenduri bertimbun . Kadang-kadang satu hari ada lebih dari satu majlis kenduri , jadi kena pilih kenduri yang mana satu yang kena pergi .

Dalam dok bercerita pasal kenduri ini ada beberapa insiden yang masih aku ingat .

Pertama aku pernah pergi ke satu majlis kenduri di satu kampung , aku terpaksa tunggu punyalah lama dalam khemah jamuan . Dalam majlis kenduri itu jamuan akan dihidangkan jika korum cukup di meja hidangan . Satu meja mesti ada empat orang . Disebabkan aku pergi seorang jadi aku kena tunggu sampai cukup korum . Disebabkan tunggu terlalu lama aku bercadang nak balik dah , nasib baik last-last minute ada tiga orang tetamu baru datang dan terus mereka menuju ke meja aku . Finally hidangan pun dihidangkan . Gila betul peraturan kenduri macam ini.

Kedua seingat aku bulan Jun lepas . Jemputan ke majlis kenduri tersebut tersangatlah ramai . Tempat duduk dalam khemah jemputan penuh , sampai tak cukup tempat pada masa aku sampai . Nak ambil tempat duduk dalam khemah pun kena beratur . But lastly aku dapat tempat juga . Disebabkan jamuan nasi dagingnya terlalu sedap perasaan marah aku pun hilang.

Ketiga , nasib baik aku tak pergi ke majlis kenduri ini . Menurut tetamu yang pergi ke kenduri tersebut majoritinya kena diarrhea termasuklah dia sendiri . Yang ini memang betul-betul kes naya . Kalau aku pi juga sudah tentu aku pun kena cirit-birit .

Ini hanyalah coretan santai aku . Aku tak berniat nak kondem sapa-sapa .

Jumaat, 11 Disember 2009

Blog Menteri Besar Kedah

Ini alamat blog Menteri Besar Kedah yang baru dibuat iaitu mbkedah.blogspot.com/

Aku rasa bangga dengan MB Kedah sekarang ini sebab beliau adalah lepasan sekolah yang sama dengan sekolah aku dulu iaitu Maktab Mahmud Alor Setar .

Beliau pelajar Maktab Mahmud dari tahun 1954-1965 manakala aku pula pelajar sekolah itu dari tahun 1985-1991 .

Khamis, 10 Disember 2009

Minuman Ajaib

PRODUK XXXX
BAIK UNTUK KENCING MANIS , DARAH TINGGI DAN DARAH RENDAH
SILA HUBUNGI NO: .............
Iklan di atas aku terjumpa di tampal di dinding kedai aku pagi tadi . Produk tersebut hanyalah sejenis jus minuman sahaja.
Walaupun aku bukan seorang doktor , setahu akulah penyakit kencing manis dan darah tinggi hanyalah boleh dicegah but once kita dapat penyakit tersebut kita hanya perlu makan ubat to stabilize paras gula serta tekanan darah .
Jus minuman ini boleh dikatakan minuman yang ajaib sebab tanpa perlu jalani ujian klinikal yang ketat sudah boleh untuk digunakan untuk rawatan kencing manis dan darah tinggi .
Lagi satu yang pelik boleh juga digunakan untuk rawatan darah rendah . Ini lagi takjub .
Aku bukannya nak hina produk itu atau lain-lain produk yang seangkatan dengannnya . Cuma aku berharap pihak berkenaan berhati-hati atau bersikap jujurlah bila nak marketkan sesuatu produk .
Aku pun berniaga juga . Sebagai peniaga bersikap jujurlah supaya rezeki yang kita perolehi lebih berkat .
Disebabkan pada pandangan aku iklan yang ditampal terlalu " melampau " aku terpaksa tanggalkan poster iklan tersebut daripada dinding kedai aku .

Selasa, 8 Disember 2009

Israel Cukup Gentar Dengan Senjata Ini

Tak lama dulu ( aku tak ingat bila ) aku terbaca dalam paper tentang ketakutan yang amat sangat di pihak Israel apabila imam-imam masjid di Mesir berdoa supaya ALLAH memusnahkan kerajaan Israel disebabkan kezaliman mereka terhadap rakyat Palestin .

Doa tersebut di baca pada setiap kali solat jemaah dan diaminkan oleh jutaan orang islam Mesir . Apabila perkara ini diketahui oleh pihak Israel mereka telah menghubungi pihak berkuasa Mesir dan mengarahkan agar pihak berkuasa Mesir menghalang amalan berdoa ini .

Seperti diketahui , pemerintah Mesir yang merupakan boneka Israel telah mengeluarkan arahan supaya amalan berdoa untuk kemusnahan Israel dihentikan serta-merta . Mana-mana imam yang berdegil akan dikenakan tindakan yang tegas .

Kita boleh melihat di sini betapa takutnya Israel akan doa orang islam yang merupakan suatu senjata yang paling efektif . Doa orang yang teraniaya adalah doa yang tersangat makbul .

ALLAH MAHA BESAR

Jumaat, 4 Disember 2009

Sikap Pegawai Kuatkuasa Yang Perlu Dicontohi

Dalam bulan November lepas mini market aku telah dilawati oleh seorang pegawai SOCSO . Pegawai ini dalam umur 50-an ( aku agaklah ) . He came with a nice smile on his face and introducing himself in a friendly mannner . Dia datang dengan penuh senyuman jadi aku pun rasa selesa sikitlah .

Aku tertunggak bayaran SOCSO untuk 2 bulan pada tahun 2007 . So he informed me about that . Jadi dia tanya aku sama ada aku terlupa bayar atau ada sebab lain . I informed him during that time no staff was hired . Lepas dua bulan baru ada staff baru masuk . Jadi dia bagitau kat aku kalau tiada bayaran SOCSO dibuat sebab staff resigned aku sebagai majikan perlu maklumkan kepada mereka .

Apa yang aku nak highlight di sini ialah sikap pegawai tersebut yang approach aku nicely . He informed the regulation in a nice manner NOT in a rude manner . Jadi walaupun kita ada buat kesalahan kita tidak akan rasa sakit hati . Bayangkan jika pegawai itu datang dengan approach yang sebaliknya sudah tentu suasana " tension " akan berlaku walaupun kesalahan aku tak besar mana pun .

Kesimpulannya kita kalau ada kuasa sebanyak mana sekalipun seboleh-bolehnya biarlah orang suka kepada kita JANGAN jadi orang yang dibenci.