Jumaat, 31 Disember 2010

Dulu BN Semua Tak Betul

Sekarang ada seorang MP daripada parti pembangkang dok serang ketua dia sendiri yang dulunya dia puji melangit .

Aku pernah tonton cd dia berceramah . BN buat semua tak betul . Macam-macam dia maki kat BN . Tapi lately dia nampaknya mesra BN pula . Ini membuatkan ramai orang meluat serta tak berapa nak percaya dengan sesetengah MP daripada parti politik ini .

Aku rasa dalam hati kecil MP ini ada rasa bersalah tapi nak buat macam mana kalau dah rasa benci tu , dulu kentut ketuanya , dia kata wangi la ni kalau ketua dia pakai minyak wangi satu lori pun dia kata busuk macam taik .

Aku rasa lepas ini konsensus bebas mungkin tambah sorang lagi kot . Kita pakat-pakat tengok laa...

Khamis, 30 Disember 2010

Nasib Rakyat Marhaen

Jika seorang rakyat marhaen ke klinik swasta untuk rawatan demam , selesema , batuk serta sakit tekak dia terpaksa spare dalam poket sekurang-kurangnya RM 100.00 .

Ada orang kata RM100.00 tak mahal dan bukan kena keluar selalu pun . Ya aku setuju jika yang berkata demikian orang kaya yang income sebulan RM10K ataupun golongan VVIP .

Jika si pesakit marhaen tadi pergi ke klinik kerajaan beliau terpaksa menempuh satu tempoh menunggu yang panjang . Sudahlah sakit kena tunggu lambat pula untuk dapat rawatan . Bila berjumpa doktor pula ada sesetengah doktor yang bersikap " garang " terhadap pesakit ,maklumlah pesakit orang susah .

Ada yang ambil jalan mudah pergi ke farmasi swasta sebab ubat tak mahal . Kalau sakit tak teruk OK lah . Kalau setakat ubat demam , ubat selesema serta ubat batuk boleh di beli di farmasi . Tapi kalau dah teruk sangat ahli farmasi bukan boleh buat apa-apa . Dia pun akan arahkan pelanggannya pergi jumpa doktor . Kalau pergi jumpa doktor situasi atas akan berlaku .

Jadi inilah situasinya sekarang . Nak buat macam mana terima sajalah .

Nothing Happened

Last few weeks aku terbaca dalam satu blog yang list out peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia pada tanggal 26 Disember antaranya tsunami gempabumi etc ....

Aku dok tunggu juga pada 26 Disember 2010 if something big to happen .

Tapi tak dak apa-apa pun yang berlaku . Itu semua ramalan dan apa yang berlaku pada 26 Disember setiap tahun adalah secara kebetulan dengan kehendak ALLAH .

Rabu, 10 November 2010

Pilihanraya Umum 1990

Pada tahun 1990 aku berada dalam form 5 di Maktab Mahmud . PRU telah diadakan pada tahun itu . If not mistaken PRU was held in Oktober 1990 . Ketika itu PAS bersekutu dgn S46 dalam pakatan yang disebut Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ) . S46 turut bersepakat dengan DAP serta PBS dalam satu gabungan lain . Nama gabungan tersebut aku dah lupa .

Almarhum Ustaz Fadil Noor mengepalai PAS ,sementara Ku Li mengetuai S46 . Ketika itu dipastikan setiap kerusi adun dan parlimen ditandingi satu lawan satu dengan BN .

Pada masa itu BN pun gerun juga dengan pakatan pembangkang yang boleh dikatakan diketuai oleh Ku Li . Media massa pro BN menyerang habis-habisan pakatan pembangkang . Aku walaupun tak boleh mengundi lagi pada masa itu turut merasai kehangatan pilihanraya umum tersebut .

Ketika itu hanya paper harakah saja yang ada sebagai medium informasi pembangkang selain daripada ceramah .

Seingat aku pembangkang terkedu ataupun tersentot sebelum tarikh pilihanraya tiba , apabila tersebar gambar Ku Li memakai pakaian orang Sabah yang ada lukisan corak lambang salib . TV serta surat khabar pro BN dok main isu ini setiap hari . Sentimen agama dimainkan .

Akhirnya bila keputusan pilihanraya diumumkan pakatan pembangkang tidak mendapat kemenangan seperti yang diharapkan . Hanya Kelantan yang dapat ditawan . Aku masih ingat lagi keputusan untuk Kelantan diumumkan lewat sekali . Pagi sebelum pergi ke sekolah mak cik aku bagitau yang PAS boleh perintah Kelantan . Aku tersenyum puas walaupun aku tak boleh mengundi lagi masa tu .

Ahad, 7 November 2010

Cakap Lain Buat Lain

TPM kata tok sah berpolitik dalam menangani konflik banjir di Kedah . Aku baca dalam Sinar Harian hari ini 7 Nov 2010 .

Tadi aku tengok berita tv 9 . TPM buat lawatan ke pusat pemindahan banjir di Suka Menanti . Sepatutnya bila TPM buat lawatan bencana macam tu patutnya disertai oleh MB ataupun exco , jika MB tak dak .

TPM yang buat lawatan itu aku tengok dia pakai baju lambang UMNO dan disertai oleh beberapa pemimpin UMNO Alor Setar .

MB pun ada buat lawatan juga sebelum ini tapi tak pakai baju lambang bulan pun , pakai baju lambang negeri Kedah saja .

Jadi kita nampak di sini sapa yang main politik sempit .

Ahad, 1 Ogos 2010

Durian Meningkatkan Kepekatan Darah

Blood flow dalam salur darah kita ALLAH dah atur cukup sempurna . Antara kepentingannya ialah supaya suhu badan kita berada pada tahap optima .

Apabila blood flow terganggu , kita berasa tak selesa . Ini kadang-kadang kita alami contohnya selepas kita makan durian dalam kuantiti yang banyak .

Durian boleh menyebabkan darah kita menjadi pekat , sudah tentulah aliran darah menjadi lambat . Sebab itulah badan kita menjadi panas sebab kepekatan darah yang tinggi mengurangkan kecekapan badan untuk buang excess heat .

Darah pekat juga meningkatkan risiko terhadap pesakit hipertensi dan pesakit jantung .

Ada logik jugalah orang-orang tua suruh kita minum air banyak-banyak selepas kita makan durian .

Sabtu, 31 Julai 2010

Sabtu, 24 Julai 2010

Never Trust Them

Isu pasir di Selangor timbul sebab depa tak dapat sama . MB Selangor yang sekarang jenis ikut law punya orang . Jadi perut depa berkeroncong sebab dok tengah lapaq .

Di Kedah lepas isu lompat parti , timbul pula isu abuse of power dalam GLC negeri Kedah semasa pemerintahan PAS la ni . Zulkifli Yahya jawab balik dan dia dedahkan salah laku depa , apa yang telah depa buat semasa depa pegang GLC dulu .

Kesimpulannya puak-puak ni memang kita tak boleh bagi kepercayaan langsung .

Jumaat, 23 Julai 2010

Menulis Dalam Keadaan Lali

Hari ini aku bawa anak-anak aku ke Batu Feringgi . Mungkin disebabkan cuaca panas berjemur di pantai tadi , balik rumah terus dapat selesema . Aku telan ACTIFED sebiji . Lepas sejam makan ubat, lali aku dibuatnya .

Ini yang mendorong remaja mencari ubat ini. Kalau kita layan lali memang syok . Dengan izin ALLAH selesema aku pun hilang .

Sementara tunggu nak solat isyak aku update blog yang dah lama aku tinggalkan . Lepas solat kena cari bantal . Lali makan ubat actifed ini kalau driving cukup marbahaya .

Jumaat, 2 Julai 2010

Who is telling the truth ????

Penang 's UMNO said before that Guan Eng has never defended or helped Malay / Muslim in Penang .

Today in Sinar Harian Gerakan said the opposite . Gerakan accused Guan Eng never helped non Malay or non Muslim in Penang .

So which side is telling us the truth ????

Khamis, 1 Julai 2010

Berbaik Dengan Yahudi Pulak

Pagi tadi aku terbaca heading front page Utusan Malaysia di kedai jual paper yang melaporkan Anwar pergi apologized dekat yahudi di Amerika sebab dia kutuk yahudi zionis sangat sebelum ni . Dulu kata dia penderhaka orang melayu .

Aku tak beli pun paper itu . Tengok tajuk pun nak termuntah . PRU 13 mungkin dah dekat kot . Jadi serangan pun akan bermula .

Rabu, 30 Jun 2010

Ringkasan Kuliah Maghrib

Semalam aku pi kuliah Ustaz Yusof Awang di surau Taman Ria Mesra 1, Gurun . Banyak benda yang dia ulas antaranya dia kata golongan yang berjuang dalam jemaah islam adalah mereka yang tidak pernah rasa susah . Walaupun kita melihat mereka dari segi zahirnya susah tidak mempunyai harta serta kereta baik-baik seperti golongan yang memperjuangkan sekular tetapi hati mereka senang dan tenang .

Beliau juga menyentuh tentang kewajipan solat . Telah ditegaskan oleh beliau jika isi rumah tidak pernah solat maka berseronoklah iblis dan jin kafir di dalam rumah tesebut . Oleh sebab itulah jika ada orang yang tidak pernah solat hidup mereka berserabut termasuklah rumah tangga mereka .

Kita sebagai muslim katanya wajib mengelak daripada makan benda-benda haram . Jika makan benda haram kita sebenarnya telah bertelanjang bulat walaupun dari zahirnya kita berpakaian .

Bersiap sedialah kita katanya untuk mati sebab kita tidak tahu bila ajal kita .

Wallahualam .

Selasa, 18 Mei 2010

RM45 . Mahalnya!!!!!

Petang tadi ada customer mai beli barang di kedai aku . Sedang dia buat payment kat kaunter , she informed aku yang dia baru pulang dari klinik swasta,ambil ubat demam katanya . Dia bagitau kat aku yang dia sangat terkejut dengan caj yang dikenakan oleh klinik tersebut .

RM45 . Itulah cajnya .Untuk demam biasa sahaja . Kalau pesakit itu jutawan mungkin dia tak kisah . She is just low ranking goverment officer . Nasib baik bawa duit lebih katanya.

Bagi aku caj itu terlalu membebankan. Kalau dia buat lain-lain pemeriksaan kesihatan kita boleh terimalah . Ini untuk demam saja . Tak tahu pulak aku kot-kot doctor's fees di klinik itu terlalu tinggi.

Isnin, 17 Mei 2010

2 Catatan

Catatan 1

Semalam hari Sabtu 16 Mei 2010 . Hari Guru di Malaysia . Kalau sebut guru kita hanya ingat cikgu di sekolah sahaja . Bagi aku sesiapa saja yang mengajar ilmu pengetahuan kat aku dianggap sebagai guru . Guru pertama aku ialah ibu dan ayah akulah .

Jutaan terima kasih kepada guru-guru aku semua .

Catatan 2

Semalam , 16 Mei 2010 , Sabtu , ialah hari PRK di Sibu . Aku tak ambil peduli sangat sebab kalau pilihanraya di Sarawak selalunya BN yang menang . Tapi semalam DAP menang . Padan muka BN sebab berlagak sangat .

Sabtu, 15 Mei 2010

They come in one package

Arak , judi , zina , pembunuhan serta macam-macam masalah sosial ada dalam satu package .

Aku heran ada juga orang yang mendakwa dirinya islam , tapi menyokong industri maksiat .

Bila mai pilihanraya ahli-ahli politik yang backup industri maksiat di atas diundi pula oleh majoriti pengundi demi kesinambungan negara ...bla...bla...bla....serta pelbagai alasan lagilah .

Bila ada ustaz mengajar di masjid tentang haramnya maksiat serta haram menyokong maksiat dan juga haram menyokong golongan yang memberi permit maksiat maka riuhlah seluruh kampung mengatakan ustaz itu memecah belahkan masyarakat .

Bila maksiat terlalu banyak sangat bala dari ALLAH senang turun .

Khamis, 13 Mei 2010

Pseudoephedrine Bahan Asas Buat Syabu

Dalam posting aku yang lama aku ada mencatatkan tentang susah untuk mendapatkan ubat selesema Clarinase . Sebabnya kandungan ubat ini mengandungi Pseudoehedrine Ubat selesema yang lain pun yang mengandungi kandungan bahan kimia tersebut turut dikawal penjualannya jadi kita susah untuk membelinya . Kalau beli di farmasi kena tunjukkan IC untuk direkodkan pembeliannya .

Sebelum ini ada ahli farmasi informed aku yang benda kimia Pseudo ini digunakan untuk membuat pil khayal . Last month aku terbaca paper KOSMO . Ada artikel tentang Pseudoephiderine ini . Rupa-rupanya pil khayal yang dimaksudkan ialah syabu .

Basic ilmu kimia digunakan untuk dapatkan Pseudo from tablets . Aku rasa proses extraction serta penyulingan diguna pakai . Aku pun tak berapa nak ingat dah prosedur ini tapi sesiapa yang ambil subjek kimia masa sekolah menengah dulu mestitau punya tentang proses yang aku sebut ini .

Pseudoephedrine ini secara tindakannya ialah mengecutkan saluran darah sebab itu ia juga dikenali sebagai vasoconstrictor . Bila kita kena selesema saluran darah dalam hidung kita akan kembang atupun bengkak . Mungkin sebab itu hidung kita tersumbat . Jadi Pseudo ini bila kita telan , dia akan kecutkan saluran darah hidung ,so menjadikan hidung kita tidak tersumbat .

Kesimpulannya ubat ini memang baik tapi puak-puak penyangak pengedar dadah ambil kesempatan pula untuk buat benda lain yang rosakkan golongan muda khususnya . Sebab itulah ia jadi benda terkawal.

Selasa, 27 April 2010

Geram Membaca Berita ini

Sumber berita : Sinar Harian Edisi Kedah ( Selasa , 27 April 2010 )

1.Berita berkenaan pembantu imam telah ditumbuk oleh anak kariah salah sebuah masjid di dalam daerah Sik , Mukim Jeneri .

2.Kesalahan pembantu imam itu ialah kerana menjemput seorang ustaz untuk mengadakan kuliah di masjid kampung tersebut . Itu saja kesalahan pembantu imam tersebut .

3.Kesemua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan ( JKKP ) kampung-kampung yang membentuk kariah masjid tersebut bersepakat terus mempertahankan keamanan kampung yang sedia ada .

4.Dalam page paper disiarkan gambar muka-muka anak kariah yang tak puas hati terhadap pembantu imam tersebut . Memang muka macam samseng sekoq-sekoq.

Hanya orang jahil macam Abu Lahab atau Abu Jahal ataupun berhatikan macam Firaun laknatullah saja yang tak berasa apa-apa apabila membaca berita seperti di atas .

Pembantu imam itu aku kenal sebab dia customer aku . Selalu datang kedai aku beli barang . Dia memang orang PAS dan salah seorang ahli MKK ( Majlis Ketua Kampung ) di kampungnya .

Aku hairan melihat keazaman puak JKKP untuk memelihara keamanan kariah dengan tidak bersetuju ada ustaz mengajar di masjid . Setahu aku kampung atau daerah ataupun negeri akan dipelihara keamanannya oleh ALLAH jika para pendudukya beriman serta bertakwa. Nak jadi beriman serta bertakwa kena faham islam . Nak faham islam kena mengaji .

Orang nak mengaji islam hangpa tak bagi . Orang nak berjoget hangpa seronok .

Ustaz tu mai mengajar islam dituduh punca perpecahan .

Mungkin ikut fahaman puak-puak tu , karaoke , hiburan dan lain-lain maksiat memberi keamanan kepada kampung depa .

Tak berguna sungguh puak-puak tu .

Ahad, 28 Mac 2010

Kapsul Kosong

Last year kedai aku dilawati oleh pihak-pihak tertentu . Mereka ternampak kapsul-kapsul kosong yang ada di rak kedai . Pihak berkenaan tanya aku " Kapsul kosong pun jual juga ? " . Aku jawab " Ada customer cari , kena juallah " . Aku tengok dia dok tenung kat kapsul kosong tu . Aku ingat dia nak rampas tapi dia tak buat apa-apa pun .

Setahu aku tak dak pun dalam law yang mengatakan kapsul kosong salah dijual . Tak tahu pulak jika ada new laws tentangnya .

Kapsul kosong banyak digunakan oleh pengusaha ubat tradisional . Di Malaysia ada satu syarikat bumiputera islam membawa kapsul ini daripada Pakistan . Sebelum ini kapsul kosong banyak dibawa masuk dari China . Kalau kita lihat di packagingnya semua ditulis perkataan Halal .

Aku rasa jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) berhasrat mengawal penjualan ubatan tradisional yang tidak berdaftar mereka juga perlu mengawal penjualan kapsul kosong ini . Lantiklah pemborong ataupun agen tertentu untuk menjual benda ini . Mereka yang ingin mendapatkan kapsul kosong wajib mempunyai dokumen-dokumen tertentu daripada KKM . Tidak ada dokumen bererti mereka tidak boleh membeli kapsul kosong ini.

Pekedai macam aku ni kalau KKM tak benar jual kapsul kosong pun tak dak hal punya sebab untung jualnya pun tak banyak . Banyak benda lain lagi yang boleh untung .

Broadband macam siput

Banyak hari aku tak update blog . Banyak idea tapi setiap kali nak tulis kelajuan broadband macam siput lambat sungguh . Nak masuk blog selalu internet explorer tak jumpa blog aku . Bengang betoi . Malam ni ok sikit . Nak kata laju sangat tu taklah . Tapi Alhamdulillah .

Khamis, 11 Mac 2010

Ubat Kurus Paling Berkesan

Pada tahun 1996 , aku di tahun akhir pengajian aku di USM . Seingat aku pada hujung semester pertama aku telah didiagnoskan mengidap Hepatitis A . Kalau bahasa kampung demam kuning .

Hepatitis A ialah jangkitan kuman virus di hati . Sebelum diserang penyakit hepatitis A itu , berat badan aku mencecah 80kg lebih . Aku bernasib baik kerana aku bertindak cepat dan penyakit aku itu baru berada pada tahap awal .

Doktor yang merawat aku ketika itu memberitahu , penyakit hepatitis A tidak ada ubat . Dia menasihatkan aku agar berehat banyak-banyak , elakkan daripada berada dalam keadaan stress yang melampau serta yang paling penting tidak boleh makan makanan berminyak serta lemak sama sekali . Dia hanya prescribed aku vitamin sahaja . Nama vitamin itu ialah Essentiale Forte .

Sepanjang dalam proses penyembuhan itu ,aku hanyalah makan makanan rebus dan yang dipanggang tanpa ada minyak . Dalam masa dua bulan barulah aku pulih . Selepas dua bulan berat badan aku yang mulanya 80kg lebih turun sehingga 60kg .

Bagi aku ubat paling mujarab untuk kuruskan badan ialah tidak mengambil makanan berminyak serta berlemak . Sekarang berat badan aku sudah mencecah 99kg . Dah banyak kali aku cuba nak pantang dari makan oily serta fatty food tapi tak menjadi .

Sabtu, 6 Mac 2010

Last sekali beginilah jadinya....

Pada masa perbicaraan DSAI yang pertama dulu ramai penyokong reformasi termasuklah aku sendiri amat mengkagumi Zulkifli Nordin . Sebabnya beliau adalah salah seorang daripada pasukan peguambela DSAI .

Kemudian dalam isu murtad beliau pun turut aktif menyedarkan masyarakat tentang isu yang sangat sensitif ini .

Ceramah beliau sentiasa ditunggu-tunggu . Tak jemu dan tak mengantuk bila mendengarnya .

Semasa Ustaz Azizan mengumukan calon untuk bertanding dalam PRU-12 dulu di kompleks PAS Batu 9 Kota Sarang Semut , bila beliau mengumumkan Zulkifli Nordin untuk bertanding di Parlim Kulim-Bandar Baru , semua yang hadir was too excited . Aku pun confident yang beliau akan menang bergaya . Memang betulpun , he won .

Selepas PRU-12 selesai timbul cerita-cerita dalam blog tentang beliau . Tapi aku tak percaya . Aku ingat itu musuh politiknya dan musuh Pakatan Rakyat . Tapi lama - kelamaan he began to show his true colours .

Hari ini sejarah telah tercipta . PKR pecat beliau . Ramai penyokong PR termasuk aku sendiri dan lebih-lebih lagi pengundi beliau di Kulim-Bandar Baru sangat kecewa . Kita tengoklah sama ada dia akur dengan kehendak PKR untuk kosongkan kerusi parlimennya .

Rabu, 3 Mac 2010

Catuan Ubat Selsema

Aku kalau selsema aku akan ambil ubat yang namanya CLARINASE . Ubat ini baik , satu biji telan sekejap sahaja air hidung yang meleleh akan berhenti ( dengan izin ALLAH ) .

Pagi tadi selsema aku menyerang lagi . Aku pergi farmasi nak beli CLARINASE . Aku frust sebab ahli farmasi yang bertugas informed aku yang dia sudah berhenti menjual ubat tersebut .

Aku tanya reason dia tak simpan CLARINASE . Dia kata ubat-ubat yang mengandungi Pseudoephedrine susah dapat stok sebab Kementerian Kesihatan sudah mengenakan kawalan yang ketat bermula daripada pengilang sampailah kepada penjualannya di retail farmasi .

Lagi satu dia informed aku jika ingin membeli ubat tersebut atau mana-mana ubat mengandungi Pseudoephedrine pembeli diwajibkan membawa IC untuk direkodkan . Kegagalan ahli farmasi merekodkan butiran IC pembeli menyebabkan lesen mereka digantung serta premis mereka akan disita . Leceh betul katanya .

Tu dia dahsyat sungguh . Jual ubat selesema sampai nak kena sita kedai . Ngeri aku mendengarnya .

Ahli farmasi itupun mencadangkan ubat selesema yang lain yang tidak mengandungi Pseudoephedrine . Last sekali aku beli CLARYTINE . Ubat ini pun kena rekod juga tapi tak perlu tunjuk IC. Aku hanya rekodkan sendiri dalam buku rekod besar di kaunter farmasi itu . Rasa macam VIP pula kena tulis nama dalam buku pelawat .

Ubat CLARYTINE ini pun ok juga . Tak dak kesan mengantuk . Selesema aku pun dah beransur pulih. ALHAMDULILLAH .

Rupa-rupanya Pseudoephedrine ini adalah salah satu bahan asas dalam pembikinan pil khayal sebab tulah kena control penjualannnya.

Khamis, 14 Januari 2010

Perjumpaan Ahli-Ahli PAS Dengan YB Firdaus

Pada hari Ahad bersamaan 10 Januari 2010 satu perjumpaan telah diadakan di antara ahli-ahli PAS kawasan perumahan aku dengan ahli parlimen Jerai iaitu YB Firdaus Jaafar . Perjumpaan telah diadakan di rumah aku . Lebih kurang 50 orang menghadiri perjumpaan tersebut .

Dalam perjumpaan itu YB Firdaus menekankan tentang kepentingan displin dalam parti serta mengingatkan kepada ahli-ahli yang hadir agar bijak dalam mengatur strategi . Selain itu beliau turut menyentuh tentang isu-isu semasa .

Suatu dialog ringkas juga dibuat di antara YB Firdaus . Antara isu yang dibangkitkan dalam dialog itu ialah tentang projek penapisan minyak di Yan serta isu penswastaan pelupusan sampah dan juga penswastaan air di Kedah .

Perjumpaan ini merupakan perjumpaan yang pertama selepas cawangan PAS di kawasan perumahan aku ditubuhkan pada tahun 2009 .

PAS tidak pernah menang parlimen Jerai sejak daripada merdeka . Ini adalah kemenangan pertama PAS .

Jumaat, 1 Januari 2010

AWAS !!! ANDA SEDANG DIPERHATIKAN!!!


Jangan sorok gula...
Jangan sorok tepung...
Jangan sorok beras...
Jangan dok gatai nak kahwin lebih daripada satu...
Jangan bagi muka sangat kat anak menantu...
Jangan jual " Dextro.."...
Jangan jual " ...zolam"...
Sebab anda sedang diperhatikan...!!! Oleh itu awasilah diri anda !!!
Selamat Tahun Baru 2010 .