Selasa, 18 Mei 2010

RM45 . Mahalnya!!!!!

Petang tadi ada customer mai beli barang di kedai aku . Sedang dia buat payment kat kaunter , she informed aku yang dia baru pulang dari klinik swasta,ambil ubat demam katanya . Dia bagitau kat aku yang dia sangat terkejut dengan caj yang dikenakan oleh klinik tersebut .

RM45 . Itulah cajnya .Untuk demam biasa sahaja . Kalau pesakit itu jutawan mungkin dia tak kisah . She is just low ranking goverment officer . Nasib baik bawa duit lebih katanya.

Bagi aku caj itu terlalu membebankan. Kalau dia buat lain-lain pemeriksaan kesihatan kita boleh terimalah . Ini untuk demam saja . Tak tahu pulak aku kot-kot doctor's fees di klinik itu terlalu tinggi.

Isnin, 17 Mei 2010

2 Catatan

Catatan 1

Semalam hari Sabtu 16 Mei 2010 . Hari Guru di Malaysia . Kalau sebut guru kita hanya ingat cikgu di sekolah sahaja . Bagi aku sesiapa saja yang mengajar ilmu pengetahuan kat aku dianggap sebagai guru . Guru pertama aku ialah ibu dan ayah akulah .

Jutaan terima kasih kepada guru-guru aku semua .

Catatan 2

Semalam , 16 Mei 2010 , Sabtu , ialah hari PRK di Sibu . Aku tak ambil peduli sangat sebab kalau pilihanraya di Sarawak selalunya BN yang menang . Tapi semalam DAP menang . Padan muka BN sebab berlagak sangat .

Sabtu, 15 Mei 2010

They come in one package

Arak , judi , zina , pembunuhan serta macam-macam masalah sosial ada dalam satu package .

Aku heran ada juga orang yang mendakwa dirinya islam , tapi menyokong industri maksiat .

Bila mai pilihanraya ahli-ahli politik yang backup industri maksiat di atas diundi pula oleh majoriti pengundi demi kesinambungan negara ...bla...bla...bla....serta pelbagai alasan lagilah .

Bila ada ustaz mengajar di masjid tentang haramnya maksiat serta haram menyokong maksiat dan juga haram menyokong golongan yang memberi permit maksiat maka riuhlah seluruh kampung mengatakan ustaz itu memecah belahkan masyarakat .

Bila maksiat terlalu banyak sangat bala dari ALLAH senang turun .

Khamis, 13 Mei 2010

Pseudoephedrine Bahan Asas Buat Syabu

Dalam posting aku yang lama aku ada mencatatkan tentang susah untuk mendapatkan ubat selesema Clarinase . Sebabnya kandungan ubat ini mengandungi Pseudoehedrine Ubat selesema yang lain pun yang mengandungi kandungan bahan kimia tersebut turut dikawal penjualannya jadi kita susah untuk membelinya . Kalau beli di farmasi kena tunjukkan IC untuk direkodkan pembeliannya .

Sebelum ini ada ahli farmasi informed aku yang benda kimia Pseudo ini digunakan untuk membuat pil khayal . Last month aku terbaca paper KOSMO . Ada artikel tentang Pseudoephiderine ini . Rupa-rupanya pil khayal yang dimaksudkan ialah syabu .

Basic ilmu kimia digunakan untuk dapatkan Pseudo from tablets . Aku rasa proses extraction serta penyulingan diguna pakai . Aku pun tak berapa nak ingat dah prosedur ini tapi sesiapa yang ambil subjek kimia masa sekolah menengah dulu mestitau punya tentang proses yang aku sebut ini .

Pseudoephedrine ini secara tindakannya ialah mengecutkan saluran darah sebab itu ia juga dikenali sebagai vasoconstrictor . Bila kita kena selesema saluran darah dalam hidung kita akan kembang atupun bengkak . Mungkin sebab itu hidung kita tersumbat . Jadi Pseudo ini bila kita telan , dia akan kecutkan saluran darah hidung ,so menjadikan hidung kita tidak tersumbat .

Kesimpulannya ubat ini memang baik tapi puak-puak penyangak pengedar dadah ambil kesempatan pula untuk buat benda lain yang rosakkan golongan muda khususnya . Sebab itulah ia jadi benda terkawal.