Jumaat, 31 Disember 2010

Dulu BN Semua Tak Betul

Sekarang ada seorang MP daripada parti pembangkang dok serang ketua dia sendiri yang dulunya dia puji melangit .

Aku pernah tonton cd dia berceramah . BN buat semua tak betul . Macam-macam dia maki kat BN . Tapi lately dia nampaknya mesra BN pula . Ini membuatkan ramai orang meluat serta tak berapa nak percaya dengan sesetengah MP daripada parti politik ini .

Aku rasa dalam hati kecil MP ini ada rasa bersalah tapi nak buat macam mana kalau dah rasa benci tu , dulu kentut ketuanya , dia kata wangi la ni kalau ketua dia pakai minyak wangi satu lori pun dia kata busuk macam taik .

Aku rasa lepas ini konsensus bebas mungkin tambah sorang lagi kot . Kita pakat-pakat tengok laa...

Khamis, 30 Disember 2010

Nasib Rakyat Marhaen

Jika seorang rakyat marhaen ke klinik swasta untuk rawatan demam , selesema , batuk serta sakit tekak dia terpaksa spare dalam poket sekurang-kurangnya RM 100.00 .

Ada orang kata RM100.00 tak mahal dan bukan kena keluar selalu pun . Ya aku setuju jika yang berkata demikian orang kaya yang income sebulan RM10K ataupun golongan VVIP .

Jika si pesakit marhaen tadi pergi ke klinik kerajaan beliau terpaksa menempuh satu tempoh menunggu yang panjang . Sudahlah sakit kena tunggu lambat pula untuk dapat rawatan . Bila berjumpa doktor pula ada sesetengah doktor yang bersikap " garang " terhadap pesakit ,maklumlah pesakit orang susah .

Ada yang ambil jalan mudah pergi ke farmasi swasta sebab ubat tak mahal . Kalau sakit tak teruk OK lah . Kalau setakat ubat demam , ubat selesema serta ubat batuk boleh di beli di farmasi . Tapi kalau dah teruk sangat ahli farmasi bukan boleh buat apa-apa . Dia pun akan arahkan pelanggannya pergi jumpa doktor . Kalau pergi jumpa doktor situasi atas akan berlaku .

Jadi inilah situasinya sekarang . Nak buat macam mana terima sajalah .

Nothing Happened

Last few weeks aku terbaca dalam satu blog yang list out peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia pada tanggal 26 Disember antaranya tsunami gempabumi etc ....

Aku dok tunggu juga pada 26 Disember 2010 if something big to happen .

Tapi tak dak apa-apa pun yang berlaku . Itu semua ramalan dan apa yang berlaku pada 26 Disember setiap tahun adalah secara kebetulan dengan kehendak ALLAH .