Ahad, 28 Mac 2010

Kapsul Kosong

Last year kedai aku dilawati oleh pihak-pihak tertentu . Mereka ternampak kapsul-kapsul kosong yang ada di rak kedai . Pihak berkenaan tanya aku " Kapsul kosong pun jual juga ? " . Aku jawab " Ada customer cari , kena juallah " . Aku tengok dia dok tenung kat kapsul kosong tu . Aku ingat dia nak rampas tapi dia tak buat apa-apa pun .

Setahu aku tak dak pun dalam law yang mengatakan kapsul kosong salah dijual . Tak tahu pulak jika ada new laws tentangnya .

Kapsul kosong banyak digunakan oleh pengusaha ubat tradisional . Di Malaysia ada satu syarikat bumiputera islam membawa kapsul ini daripada Pakistan . Sebelum ini kapsul kosong banyak dibawa masuk dari China . Kalau kita lihat di packagingnya semua ditulis perkataan Halal .

Aku rasa jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) berhasrat mengawal penjualan ubatan tradisional yang tidak berdaftar mereka juga perlu mengawal penjualan kapsul kosong ini . Lantiklah pemborong ataupun agen tertentu untuk menjual benda ini . Mereka yang ingin mendapatkan kapsul kosong wajib mempunyai dokumen-dokumen tertentu daripada KKM . Tidak ada dokumen bererti mereka tidak boleh membeli kapsul kosong ini.

Pekedai macam aku ni kalau KKM tak benar jual kapsul kosong pun tak dak hal punya sebab untung jualnya pun tak banyak . Banyak benda lain lagi yang boleh untung .

Broadband macam siput

Banyak hari aku tak update blog . Banyak idea tapi setiap kali nak tulis kelajuan broadband macam siput lambat sungguh . Nak masuk blog selalu internet explorer tak jumpa blog aku . Bengang betoi . Malam ni ok sikit . Nak kata laju sangat tu taklah . Tapi Alhamdulillah .

Khamis, 11 Mac 2010

Ubat Kurus Paling Berkesan

Pada tahun 1996 , aku di tahun akhir pengajian aku di USM . Seingat aku pada hujung semester pertama aku telah didiagnoskan mengidap Hepatitis A . Kalau bahasa kampung demam kuning .

Hepatitis A ialah jangkitan kuman virus di hati . Sebelum diserang penyakit hepatitis A itu , berat badan aku mencecah 80kg lebih . Aku bernasib baik kerana aku bertindak cepat dan penyakit aku itu baru berada pada tahap awal .

Doktor yang merawat aku ketika itu memberitahu , penyakit hepatitis A tidak ada ubat . Dia menasihatkan aku agar berehat banyak-banyak , elakkan daripada berada dalam keadaan stress yang melampau serta yang paling penting tidak boleh makan makanan berminyak serta lemak sama sekali . Dia hanya prescribed aku vitamin sahaja . Nama vitamin itu ialah Essentiale Forte .

Sepanjang dalam proses penyembuhan itu ,aku hanyalah makan makanan rebus dan yang dipanggang tanpa ada minyak . Dalam masa dua bulan barulah aku pulih . Selepas dua bulan berat badan aku yang mulanya 80kg lebih turun sehingga 60kg .

Bagi aku ubat paling mujarab untuk kuruskan badan ialah tidak mengambil makanan berminyak serta berlemak . Sekarang berat badan aku sudah mencecah 99kg . Dah banyak kali aku cuba nak pantang dari makan oily serta fatty food tapi tak menjadi .

Sabtu, 6 Mac 2010

Last sekali beginilah jadinya....

Pada masa perbicaraan DSAI yang pertama dulu ramai penyokong reformasi termasuklah aku sendiri amat mengkagumi Zulkifli Nordin . Sebabnya beliau adalah salah seorang daripada pasukan peguambela DSAI .

Kemudian dalam isu murtad beliau pun turut aktif menyedarkan masyarakat tentang isu yang sangat sensitif ini .

Ceramah beliau sentiasa ditunggu-tunggu . Tak jemu dan tak mengantuk bila mendengarnya .

Semasa Ustaz Azizan mengumukan calon untuk bertanding dalam PRU-12 dulu di kompleks PAS Batu 9 Kota Sarang Semut , bila beliau mengumumkan Zulkifli Nordin untuk bertanding di Parlim Kulim-Bandar Baru , semua yang hadir was too excited . Aku pun confident yang beliau akan menang bergaya . Memang betulpun , he won .

Selepas PRU-12 selesai timbul cerita-cerita dalam blog tentang beliau . Tapi aku tak percaya . Aku ingat itu musuh politiknya dan musuh Pakatan Rakyat . Tapi lama - kelamaan he began to show his true colours .

Hari ini sejarah telah tercipta . PKR pecat beliau . Ramai penyokong PR termasuk aku sendiri dan lebih-lebih lagi pengundi beliau di Kulim-Bandar Baru sangat kecewa . Kita tengoklah sama ada dia akur dengan kehendak PKR untuk kosongkan kerusi parlimennya .

Rabu, 3 Mac 2010

Catuan Ubat Selsema

Aku kalau selsema aku akan ambil ubat yang namanya CLARINASE . Ubat ini baik , satu biji telan sekejap sahaja air hidung yang meleleh akan berhenti ( dengan izin ALLAH ) .

Pagi tadi selsema aku menyerang lagi . Aku pergi farmasi nak beli CLARINASE . Aku frust sebab ahli farmasi yang bertugas informed aku yang dia sudah berhenti menjual ubat tersebut .

Aku tanya reason dia tak simpan CLARINASE . Dia kata ubat-ubat yang mengandungi Pseudoephedrine susah dapat stok sebab Kementerian Kesihatan sudah mengenakan kawalan yang ketat bermula daripada pengilang sampailah kepada penjualannya di retail farmasi .

Lagi satu dia informed aku jika ingin membeli ubat tersebut atau mana-mana ubat mengandungi Pseudoephedrine pembeli diwajibkan membawa IC untuk direkodkan . Kegagalan ahli farmasi merekodkan butiran IC pembeli menyebabkan lesen mereka digantung serta premis mereka akan disita . Leceh betul katanya .

Tu dia dahsyat sungguh . Jual ubat selesema sampai nak kena sita kedai . Ngeri aku mendengarnya .

Ahli farmasi itupun mencadangkan ubat selesema yang lain yang tidak mengandungi Pseudoephedrine . Last sekali aku beli CLARYTINE . Ubat ini pun kena rekod juga tapi tak perlu tunjuk IC. Aku hanya rekodkan sendiri dalam buku rekod besar di kaunter farmasi itu . Rasa macam VIP pula kena tulis nama dalam buku pelawat .

Ubat CLARYTINE ini pun ok juga . Tak dak kesan mengantuk . Selesema aku pun dah beransur pulih. ALHAMDULILLAH .

Rupa-rupanya Pseudoephedrine ini adalah salah satu bahan asas dalam pembikinan pil khayal sebab tulah kena control penjualannnya.