Selasa, 27 April 2010

Geram Membaca Berita ini

Sumber berita : Sinar Harian Edisi Kedah ( Selasa , 27 April 2010 )

1.Berita berkenaan pembantu imam telah ditumbuk oleh anak kariah salah sebuah masjid di dalam daerah Sik , Mukim Jeneri .

2.Kesalahan pembantu imam itu ialah kerana menjemput seorang ustaz untuk mengadakan kuliah di masjid kampung tersebut . Itu saja kesalahan pembantu imam tersebut .

3.Kesemua Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan ( JKKP ) kampung-kampung yang membentuk kariah masjid tersebut bersepakat terus mempertahankan keamanan kampung yang sedia ada .

4.Dalam page paper disiarkan gambar muka-muka anak kariah yang tak puas hati terhadap pembantu imam tersebut . Memang muka macam samseng sekoq-sekoq.

Hanya orang jahil macam Abu Lahab atau Abu Jahal ataupun berhatikan macam Firaun laknatullah saja yang tak berasa apa-apa apabila membaca berita seperti di atas .

Pembantu imam itu aku kenal sebab dia customer aku . Selalu datang kedai aku beli barang . Dia memang orang PAS dan salah seorang ahli MKK ( Majlis Ketua Kampung ) di kampungnya .

Aku hairan melihat keazaman puak JKKP untuk memelihara keamanan kariah dengan tidak bersetuju ada ustaz mengajar di masjid . Setahu aku kampung atau daerah ataupun negeri akan dipelihara keamanannya oleh ALLAH jika para pendudukya beriman serta bertakwa. Nak jadi beriman serta bertakwa kena faham islam . Nak faham islam kena mengaji .

Orang nak mengaji islam hangpa tak bagi . Orang nak berjoget hangpa seronok .

Ustaz tu mai mengajar islam dituduh punca perpecahan .

Mungkin ikut fahaman puak-puak tu , karaoke , hiburan dan lain-lain maksiat memberi keamanan kepada kampung depa .

Tak berguna sungguh puak-puak tu .