Sabtu, 10 November 2012

ANXIETY 1

Penyakit fizikal atau penyakit jasmani seperti kurap , kudis , panau , kencing manis dan sebagainya senang diubati sebab ubat mudah didapati .

Penyakit rohani susah berubat sebab penyakit ini tidak menunjukkan simptom-simptom yang boleh dilihat .

Salah satu contoh penyakit rohani ialah anxiety ataupun ketakutan / kebimbangan yang tidak bersebab . Penyakit inilah yang aku alami....... paling ketara bermula januari 2012 sampailah april 2012 .

Selama empat bulan aku menderita penyakit anxiety ini dengan agak berat sebab itulah aku tidak update blog ini berbulan-bulan lamanya .

Ubat untuk penyakit ini secara khusus memang tiada....doktor yang aku visited hanya memberikan aku ubat penenang dan antacid iaitu ubat angin...itu saja ubatnya...ia hanya untuk mengurangkan rasa takut yang aku alami serta mengurangkan keasidan perut sebab seseorang yang dalam keadaan anxiety atau stress akan mengalami peningkatan dalam paras asid perutnya....

Insya ALLAH dalam keluangan masa yang  aku ada.....aku akan catatkan pengalaman yang aku alami ini....sebagai kenangan dan renungan bersama....

Jumaat, 2 November 2012

Catatan Kuliah Maghrib 2 Nov 2012

Malam ini giliran Ustaz Khairudin Yaakob dari Sik menyampaikan kuliah di Surau Taman Ria Mesra 2 .

Beliau mengingatkan kita sebagai hamba ALLAH  agar berwaspada tehadap empat perkara iaitu nafsu buruk yang bersarang dalam diri manusia , dunia yang terlalu dikejar , syaitan manusia dan syaitan dari kalangan jin.

Beliau menyentuh tentang solat...jangan ditinggalkan solat wajib kerana solat wajib yang sempurna akan membantu kita di dunia , di alam kubur dan di akhirat kelak .

Tentang ilmu juga beliau sentuh khususnya ilmu yang bermanfaat...ilmu yang baik yang kita perolehi mestilah kita amalkan sebaik mungkin dan seterusnya diajarkan pula kepada orang lain...

Last sekali beliau mengingatkan tentang pentingnya kita kasih akan alim ulama....

Khamis, 1 November 2012

Catatan Kuliah Maghrib 1 Nov 2012

Hari ini giliran Ustaz Nizam Md Noh iaitu tuan imam Masjid Guar Chempedak menyampaikan kuliah maghrib  di Surau Taman Ria Mesra 2 .

Antara isi kuliah beliau ialah kita sebagai manusia seboleh-bolehnya kena beralah dengan dunia...bermaksud janganlah terlalu mengejar harta kebendaan dunia.

Kedua kita sebagai muslim sewajarnya sentiasa menolong ke arah agama ALLAH ....Insya ALLAH sudah pasti ALLAH akan menolong serta membantu hambaNYA yang menolong agamaNYA .

Ketiga beliau menyentuh tentang kepentingan amanah dalam kehidupan seharian .

Beliau turut menyentuh tentang perlaksaan hukum islam yang menurutnya sesuatu hukum akan diputuskan dengan begitu teliti .

Akhir sekali beliau memperingatkan tentang fadilat solat berjemaah...antara fadilatnya ialah dari segi kesihatan tubuh badan...menurutnya muslim yang selalu bersolat jemaah lebih sihat tubuh badan...