Ahad, 30 Jun 2013

Terkena " Serangan " Di Bank

Dalam posting aku yang lepas aku menulis tentang kejadian aku menjadi " lemah semangat " di sebuah pejabat kerajaan ....selepas itu keadaan aku normal semula...sihat tak menghadapi apa-apa masalah.....

Tidak berapa lama kemudian , aku mengalami masalah yang serupa ketika berurusan di sebuah bank....ketika berada di kaunter bank , aku menjadi lemah seluruh badan , aku berasa lembik semacam dan aku berasa seolah-olah aku akan pengsan....badan terasa sejuk....aku control diri aku semaksima mungkin...aku beristighfar ....ayat kursi aku ulang-ulang baca.....then aku rasa ok sedikit...

Selesai berurusan di kaunter aku terus ke kereta aku....aku informed to my wife apa yang berlaku dalam bank tadi....masa dalam kereta aku kembali normal...then aku drived to my workplace....tak berapa lama dalam kereta , perasaan lemah semangat kembali menyerang aku....aku informed my wife ...aku rasa lemah sangat dan perasaan takut mula menyerang diri aku  , rasa nak balik ke rumah....isteri aku suruh aku baca ayat kursi ....she asked me to drive carefully dan tak perlu balik rumah.....

Finally dalam keadaan lemah semangat serta takut , aku dan isteri aku sampai juga di kedai ......isteri aku suruh aku releks sekejap.....tak berapa kemudian aku pun bukalah kedai aku.....semasa dalam kedai , aku pun berasa tak sedap , sekejap takut sekejap tidak.....aku berasa nak tutup kedai awal tapi isteri aku suruh aku bersabar dan banyakkan membaca ayat-ayat Al Quran....

Dalam keadaan diri aku macam tu , aku bersyukur kerana aku dapat terus berniaga sampai ke petang....macam selalu jugalah bila jadi macam tu aku akan buat medical check up....semuanya OK ...tekanan darah OK ..glucose pun OK....tak dak apa-apa penyakit....

Isnin, 17 Jun 2013

Apa Benda Diphenhydramine Hydrochloride ?

Diphenhydramine Hydrochloride adalah bahan antihistamine.....ia merupakan bahan aktif utama di dalam sediaan ubat batuk terkawal.....ubat batuk berasaskan herba tidak terdapat benda ini....

Ubat batuk terkawal yang mengandungi benda ini ialah tergolong dalam ubat terkawal group C jika mengikut peraturan ubat-ubatan di negara kita...ubat terkawal group C ialah ubat yang boleh dibeli di farmasi swasta tanpa preskipsi doktor tetapi setiap pembelian mesti direkodkan oleh ahli farmasi bertugas.....jadi ubat batuk jenis ini boleh dibeli di farmasi swasta tetapi terhad kepada satu botol untuk setiap individu dan si pembeli mesti merekodkan data peribadinya.....di klinik swasta pun boleh didapati serta hospital kerajaan pun diberi kepada pesakit yang batuk.....

Bahan kimia ini boleh mengurangkan rasa gatal tekak serta membantu masalah selsema dan hidung berair...kesan sampingannya hanyalah mengantuk...lain - lain side effect aku tak tahu , itu kena tanya ahli farmasi kerana mereka lebih arif....

Apa yang nak dituliskan di sini ialah ubat - ubat batuk yang contains bahan kimia di atas cukup digemari oleh penagih air ketum di sebelah utara negara kita.... mereka membeli ubat batuk ini dengan kuantiti yang banyak untuk dicampurkan dengan air ketum mungkin untuk menambahkan rasa khayal.....

Adalah dikesali kerana puak - puak penagih air ketum mendapatkan stok - stok ubat batuk ini daripada klinik swasta serta farmasi swasta yang tidak beretika....bagi aku mereka bersubahat merosakkan anak - anak muda yang terlibat dalam penagihan air ketum...duit hasil jualan pun tidak mendapat keberkatan jika mereka yang terlibat dalam penjualan ubat batuk ini terdiri daripada orang islam.....

Fenomena Ketagihan Air Ketum

Air ketum ialah minuman popular di kalangan kaki stim......ia diminum bukan saja di kalangan orang muda malah orang yang berumur pun turut sama meminumnya.....jika sesiapa yang ketagihan air ketum then dia nak stop meminumnya kesan sampingannya memang teruk....sesiapa yang tidak sabar apabila cuba stop minum air ketum akan kembali meminumnya semula...

Di utara Semenanjung ketagihan air ketum memang teruk khususnya di kawasan pedalaman seperti Sik , Jeneri , Kuala Nerang dan lain-lain kawasan pedalaman lagi......di selatan aku tak tahu pula .....

Kalau pergi menoreh getah atau buat kerja-kerja berat air ketum menjadi bekalan utama kononnya ia boleh menjadi tonik kuat untuk buat kerja....malah aku pernah diberitahu air ketum menjadi minuman utama untuk tahan mengantuk bagi mereka yang bertugas ronda sebelah malam di kampung - kampung ....

Yang paling teruk sekali ialah di majlis - majlis kenduri kahwin di mana air ketum dijamu kepada mereka yang buat kerja agar tidak letih sepanjang hari....perkara ini diketahui oleh tuan rumah kenduri malah kadang - kadang tuan rumah kenduri itu sendiri turut memastikan yang stok air ketum cukup untuk pekerja kenduri ....jadi macam mana keberkatan akan diperolehi dalam majlis seperti ini...

Faktanya 98% mereka yang terlibat dalam air ketum ini ialah orang Melayu yang beragama islam tanpa mengira latar belakang politik.....

Sabtu, 8 Jun 2013

Jangan Kita Berada Dalam Kumpulan Ini

Last week Ustaz Ramli dari Kampung Batu 3 Jalan Jeniang telah memberi kuliah maghrib di masjid aku....beliau telah menerangkan tentang satu hadis Rasullullah SAW yang telah mengkelaskan kumpulan-kumpulan muslim berdasarkan sikap mereka terhadap majlis ilmu...

Menurutnya kumpulan pertama adalah golongan muslim yang menyampaikan ilmu islam ..ustaz , ulama serta sesiapa sahaja yang berkemampuan menjadi tenaga pengajar termasuk dalam kumpulan pertama ini....

Kumpulan kedua adalah terdiri daripada mereka yang suka belajar ilmu islam....mereka jika datang ke masjid akan membawa kitab serta alat tulis untuk mencatat apa-apa yang diajar oleh ustaz yang mengajar...

Kumpulan ketiga adalah terdiri daripada mereka yang suka mendengar majlis-majlis ilmu...mereka tidak membawa kitab serta pen untuk menulis tetapi mereka tekun mendengar setiap ilmu yang disampaikan...

Kumpulan keempat ialah mereka yang suka serta sayang akan majlis ilmu yang diadakan serta bersikap kasih terhadap mereka yang pergi ke majlis ilmu walaupun mereka tidak berkesempatan pergi mungkin kerana sibuk ataupun ada urusan lain.....

Kumpulan kelima adalah golongan mereka yang celaka iaitu sekumpulan manusia yang benci akan majlis ilmu serta sentiasa berusaha untuk menghalang majlis ilmu daripada diadakan...

Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang kelima ini.....