Selasa, 1 Oktober 2013

CERITA YANG SAMA SETIAP TAHUN

Semua berita utama di paper hari ini adalah berkaitan salah guna duit oleh beberapa agensi kerajaan...ia telah didedahkan oleh Audit Negara...so berita ini boleh dipercayai....kalau didedahkan oleh pembangkang kita boleh pertikaikan kesahihan berita tersebut....

Sebenarnya setiap tahun benda yang sama berlaku.....aku pun naik meluat dah....aku rasa sia-sia membayar cukai pendapatan kerana duit cukai yang aku bayar akan masuk poket puak-puak hantu raya yang lahap ....

Pencuri yang curi susu di supermarket jika didapati bersalah akan dipenjara ....ini pula melibatkan duit jutaan ringgit tapi tidak ada sesiapa yang ditangkap...

Pada tahun lepas ada  satu jabatan telah dipertikaikan oleh pembangkang sebab anjurkan satu program yang makan belanja terlalu besar tapi pegawai jabatan tersebut telah menyatakan bahawa program tersebut tidak guna duit kerajaan tapi telah ditaja oleh pihak swasta .....dalam laporan audit pula dilaporkan bahawa kerajaan telah belanja jutaan ringgit untuk anjurkan program tersebut bukannya ditaja oleh pihak swasta  ....cerita siapa aku nak percaya ??? audit negara atau pegawai jabatan tersebut.....

Bagi orang-orang yang sokong UMNO , mereka tidak berasa apa-apa pun apabila membaca berita jabatan kerajaan songlap duit rakyat....hati mereka mungkin telah tertutup .....