Khamis, 21 November 2013

SABAR DAN RAJIN BACA QURAN


Aku kembali menceritakan tentang penyakit gelisah yang aku alami dahulu...last posting aku menceritakan aku turut berasa takut dalam masjid.....disebabkan aku tak tahan menanggung derita penyakit tersebut kadang-kadang terdetik dalam hati aku yang mati lebih baik daripada hidup....itulah lintasan iblis...

Aku telah berjumpa dengan 2 orang ustaz untuk merawat penyakit aku itu...kedua-dua ustaz itu menasihatkan aku supaya bersabar dan memperbanyakkan bacaan al-quran....

Mereka menceritakan benda yang sama....iaitu gangguan iblis....sebab itulah aku selalu takut dalam masjid ......

Doktor pula mendiagnoskan yang punca penyakit aku ialah stress dan perasaan aku semata-mata....

Kedua-dua pendapat iaitu pendapat doktor dan ustaz aku boleh terima....memang aku mengalami stress yang agak teruk sebelum terjadinya penyakit ini....melalui pembacaan aku apabila kita terlalu stress badan kita dari segi psikologi menjadi lemah dan dari segi spiritual iblis mudah ganggu kita.....

Jadi sesiapa sahaja yang mengalami penyakit macam aku alami ini yang utama sekali banyakkan bersabar serta selalu membaca al quran....elakkan daripada berjumpa bomoh.....berjumpalah dengan ustaz-ustaz yang alim dan ikhlas.....dengan izin ALLAH SWT akan sembuh juga akhirnya......jangan putus asa daripada rahmat ALLAH....

Banyak lagi tips yang akan aku ceritakan ....

Sabtu, 16 November 2013

Penyeksaan Oleh Muslim Terhadap Muslim

Sekarang aku sedang membaca buku bertajuk DI SEBALIK IKHWAN MUSLIMIN yang ditulis oleh wartawan British bernama Douglas Thompson....Douglas telah menemuramah salah seorang ahli ikhwan yang bernama Youssef Nada....Youssef Nada adalah seorang jutawan yang tinggal dalam buangan di salah sebuah negara Eropah....beliau pernah dilabelkan sebagai pengganas oleh pentadbiran Bush selepas peristiwa 9/11....Namun pihak PBB telah mengeluarkan nama beliau daripada senarai pengganas yang dikehendaki....

Youssef pernah ditahan di penjara Mesir ketika usianya masih muda semata-mata kerana menjadi ahli ikhwan....dalam buku itu beliau menceritakan bentuk-bentuk siksaan yang diterima oleh ahli-ahli ikhwan....antaranya tahanan akan diikat kaki kemudian digantung dengan kepala ke bawah , kemudian dengan kaki diikat sebelah atas kepala tahanan akan diturunkan kedalam tong besar yang diisi dengan najis manusia hingga ke paras dada....kemudian kepala tahanan ditarik keluar...selepas itu dicelup pula kepala tahanan itu lagi dalam tong najis tersebut.....aksi ini dibuat supaya tahanan itu mengaku atas tuduhan yang sengaja direka-reka serta mendedahkan rahsia ikhwan.....

Bentuk siksaan lain ialah tahanan akan disebat berulang-ulang kali sehingga terkeluar kulit.....ada tahanan yang disiksa sampai tak sedar diri kemudian tahanan tadi akan dimasukkan dalam sel yang di dalam sel tersebut terdapat anjing besar....malah Youssef mendedahkan ada tahanan yang mati akibat dibaham anjing tersebut.....

Tahanan yang diseksa itu semuanya muslim dan mereka yang menyeksa tahanan itu pun semuanya muslim......banyak pendedahan yang dibuat oleh Youssef Nada kepada wartawan tersebut....

Buku itu boleh didapati di Popular Book Store dan diterbitkan oleh syarikat buku PTS.....

Rabu, 13 November 2013

Umur Mencecah 40 Tahun

Pada tahun 2012 umur aku mencecah 40 tahun....ketika itulah aku mendapat penyakit yang aku tahu nak cakap sakit apa seperti yang aku catatkan sebelum ini.....

Selepas melalui beberapa pembacaan aku yakin itu adalah seperti warning daripada ALLAH SWT untuk aku lebih mendekatkan diri kepadaNYA...

ALHAMDULILLAH.....kepada sesiapa yang telah mencapai umur 40 tahun eloklah berjinak-jinak dengan islam...kalau yang dah buat tu teruskanlah ....