Selasa, 23 April 2013

Iblis Tabik Spring Kat Puak-Puak Nie

Masjid khariah aku aktif menganjurkan kuliah agama selepas solat maghrib....boleh dikatakan setiap malam ada kuliah maghrib.....kuliah dianjurkan bertujuan untuk mengelakkan anak khariah daripada menjadi jahil...

Tetapi ada sekelompok penduduk di taman aku tak puas hati....puak-puak ini dok komplen kot belakang dan apa yang aku dapat info puak-puak ini benci kuliah agama diadakan di masjid....malah mereka kalau boleh dan jika ada kuasa mereka mahukan kuliah agama di masjid di taman aku itu dibatalkan terus ..

Memang jahat depa nie.....mereka adalah ahli-ahli parti politik tertentu yang bencikan islam.....iblis memang bersetuju sangat dengan depa ini...

Sampai saat ini AJK masjid masih bertahan dan tidak mempedulikan mereka.....

Puak-puak nie kalau datang masjid hanya bersolat .....lepas solat angkat pungkok balik ...tak mau dengar kuliah agama......kalau yang tak balik depa lepak di luaq masjid bersembang sedangkan ada ustaz bagi kuliah agama....dah la tak mau dengaq kuliah agama , depa benci pula tu ....memang jenis manusia tak berguna walaupun sekupang.....

Rabu, 17 April 2013

Ajaran Sesat

Tadi selepas solat maghrib Tuan Imam Masjid`Khariah Batu 5 Jalan jeniang membacakan satu pekeliling daripada pejabat Mufti Kedah yang memberi ingatan kepada umat islam agar tidak terpengaruh dengan satu kumpulan ajaran sesat yang merupakan serpihan daripada Al Arqam.......antara ajaran merapu serta sesat yang disenaraikan oleh pejabat Mufti Kedah adalah :

-ketua kumpulan ajaran sesat bersahabat dengan jin

-ketua kumpulan ini selalu bermesyuarat dengan jin di Gunung Jerai dan Gunung Santubong di Sarawak

-solat fardu boleh dijamakkn semua sekali

-solat jumaat tak perlu buat

-pengikut ajaran ini yang banyak dosa kalau nak tebus dosa hanyalah perlu bayar duit kepada ketua kumpulan ajaran sesat ini

-ahli kumpulan tak boleh bercampur dengan orang ramai

banyak lagilah ajaran merapu kumpulan ini ......tapi yang aku hairan ramai menjadi pengikut kumpulan ini.....anak-anak yatim serta anak orang susah ada yang direkrut oleh kumpulan ini untuk mengutip derma daripada orang ramai....

Selasa, 16 April 2013


Kelima-lima gambar-gambar perang poster di Pekan Jeniang.......Gambar yang last sekali aku ambil di Taman Ria Mesra 2 Jalan Jeniang

Ahad, 14 April 2013

Selalu Terjaga Di Tengah Malam

Sebelum aku alami masalah anxiety yang teruk pada tahun 2012 , aku selalu terkejut dan terjaga daripada tidur ....ia selalu terjadi waktu tengah malam.antara pukul 2 pagi hingga 3 pagi.....ia mula berlaku selepas Ramadan pada tahun 2011...selalunya aku bermimpi benda menakutkan ......anjing hitam , kucing hitam , ular hitam adalah mimpi yang aku sering alami....kadang-kadang aku bermimpi benda yang aku tak tau nak gambarkan tapi memang cukup menakutkan....

Bila aku terkejut daripada tidur ,  nak boleh tidur pula akan ambil masa 2-3 jam ...pernah aku terjaga pukul 1 pagi sampai pukul 4 pagi baru boleh lena...aku dinasihatkan oleh emak aku agar ambil wuduk , solat 2 rakaat then baca Quran kalau aku terkejut dari tidur....

Paling teruk aku alami satu pagi tu bila terjaga daripada tidur , dada aku berdebar sampai macam nak pecah dada dibuatnya...aku rasa penat .....tak boleh nak duduk...gelisah...rasa macam nak mati...aku syak diserang sakit jantung so aku ajak ayah aku pi Kedah Medical Centre pada jam 2 pagi...sampai di KMC doktor terus buat ECG...dia kata everything OK...no problem...he just prescribed me Xanax iaitu ubat tidur....aku tak makan pun ubat tidur itu takut ketagih pula....

Masalah aku terkejut dari tidur bukan berlaku hari-hari ...it was happened on and off....dalam 1 minggu ia terjadi 2-3 kali sahaja...kadang-kadang tak jadi langsung dalam 1 minggu...sebab doktor sahkan itu bukan masalah sakit jantung jadi aku anggap perkara biasa sajalah....begitulah keadaan aku ketika itu tapi aku tak realized things will get worse.....

Kuliah Maghrib 13 April 2013

Semalam Ustaz Roslan merangkap imam Masjid Zahir memberi kuliah maghrib di masjid kariah taman aku...antara point-point penting kuliah beliau yang boleh dikongsi bersama .....

- kepentingan membaca Al Quran sebab Al Quran akan menjadi cahaya dalam kubur kita yang sangat gelap serta Al Quran menjadi pembela kita di akhirat kelak

- sebagai muslim kita mesti berusaha belajar membaca Al Quran serta mempelajari hukum tajwidnya

- walau macam mana sibuk kita dalam menjalani aktiviti harian kita , kita jangan lupa untuk membaca Al Quran

- sebagai muslim kita jangan malas untuk menghadiri kuliah-kuliah ilmu di masjid  sebab di akhirat kelak ALLAH akan tanya kita sebab apakah kita malas menghadiri masjlis ilmu..... ketika itu mulut kita terkunci..... yang menjawab ialah anggota badan kita ....

Moga boleh memberi manfaat kepada kita semua .

Jumaat, 12 April 2013

Catatan Tentang Pilihanraya

Aku mula mengundi pada tahun 1995 iaitu PRU  ke 9...masa tu I was still in USM tahun kedua dalam pengajian....ketika itu mood rakyat tak kira bangsa apa pun majoritinya menyokong BN.... Anwar Ibrahim was still in UMNO....economy negara pun stabil.....jadi tidak ada sebab untuk majoriti rakyat memilih parti pembangkang......ketika itu parti pembangkang utama di semenanjung ialah PAS dan DAP....masing-masing parti bawa diri tiada kerjasama....aku termasuk famili aku tetap pangkah calon PAS....di kawasan aku calon PAS iaitu Almarhum Ustaz fadzil Nor menang bagi DUN Bukit Raya tapi untuk parlimen dimenangi oleh BN kalau tak silap aku Osman Abdul was selected as MP Pendang pada tahun itu .

Tahun 1999 PRU ke 10...masu itu aku sudah mula bekerja di syarikat swasta.....masa itu zaman reformasi...mood majoriti pengundi Melayu ketika itu mereka marahkan Tun Dr M kerana telah pecat Anwar Ibrahim from kabinet dan UMNO ...parti pembangkang pun bentuk satu coalition yang diberi nama Barisan Alternatif yang terdiri from PAS , DAP dan Keadilan....hasilnya BN kalah teruk di area pengundi Melayu yang menyaksikan Terengganu diperintah oleh PAS , Kelantan lagi kukuh cengkamannya oleh PAS , Kedah menyaksikan banyak kerusi dimenangi oleh PAS begitu juga di Selangor banyak calon Keadilan dan PAS menang.....prestasi DAP tidak begitu ketara kerana masa itu ekonomi Malaysia masih OK walaupun berlaku krisis mata wang Asia jadi tidak ada sebab pengundi Cin berubah jadi BN lah pilihan mereka ketika itu....pada PRU tahun 1999 itu DUN Bukit Raya dimenangi oleh Taulan Rasul seorang lawyer dan Parlimen Pendang dimenangi oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor.....

Kemudian datang pula PRU ke 11 pada tahun 2004...masa itu imej BN pulih kembali setelah Pak Lah menjadi PM....ekonomi pun OK...semuanya stabil....everybody was happy at that time....pembangkang pula berpecah sebab tidak ada individu yang boleh menyatukan mereka...insan berjiwa besar yang berjaya menyatukan pembangkang pada tahun 1999 iaitu Almarhum Fadzil Noor pun sudang pulang ke Rahmatullah pada tahun 2002...pembangkang seolah-olah tidak ada leader ...masing-masing bawa diri sendiri....akibatnya BN menang besar pada PRU 2004...Terengganu kembali kepada BN...Kelantan nyaris terbang kepada BN apabila kerajaan PAS berjaya perintah Kelantan hanya dengan majoriti 2 kerusi ...Kedah pun begitu juga...DUN Bukit Raya still remained with Taulan Rasul as ADUN dengan MP Pendang dari PAS pun menang hanya bermajoritikan 50 undi lebih sahaja......lain DUN yang dimenangi PAS ialah DUN Sungai Limau...lain- lain DUN aku tak ingat...pendek kata moral penyokong PAS pada tahun itu memang down habis....

Tahun 2008 PRU ke 12 pula diadakan....ketika itu Anwar Ibrahim sudah bebas from prison....tapi ikatan pembangkang masih longgar...Anwar hanya berjaya memastikan BN lawan satu lawan satu dengan pembangkang....tapi di Kedah ada tempat lawan 3 penjuru antara BN- PKR -DAP...ramai rakyat Malaysia beranggapan yang keputusan PRU ketika itu akan lebih kurang sama pada tahun 2004....bila keluar keputusan pilihanraya semua orang terkejut...pembangkang did very well beyond their expectation...Kedah , Perak , Penang dan Selangor dapat diperintah oleh parti selain BN...Kelantan pula PAS menang bergaya sampai pemimpin BN Kelantan terkejut beruk....selepasPRU ke 12 baharulah Pakatan Rakyat diwujudkan....

Sekarang tahun 2013...PRU ke 13 akan diadakan pada 5 Mei 2013....keputusan hanya ALLAH yang Maha Mengetahui....kalau tengok kepada mood rakyat majority dah tak sokong BN....kita pakat-pakat tunggu sahajalah....aku sebagai rakyat Malaysia mengharapkan yang terbaik.....

Hari Penamaan Calon dan Hari Mengundi

Hari Penamaan Calon untuk PRU 13 ialah 20 April 2013 bersamaan hari Sabtu....Hari Mengundi jatuh hari Sabtu bersamaan 5 Mei 2103

Ahad, 7 April 2013

Burn Out

Kita seharian mengalami stress dalam kehidupan....stress yang keterlaluan akan menyebabkan kita mengalami keletihan , tidak bermaya dan seterusnya hilang motivasi diri.....gelisah ataupun anxiety juga lanjutan daripada stress...

Lanjutan daripada stress dan anxiety ini adalah satu keadaan kesihatan yang disebut sebagai Burn Out......burn out ini dalam pendapat aku adalah the end result of stress and anxiety.....ia membawa kepada kemurungan , penyakit jantung dan yang lebih teruk lagi ia boleh membawa kepada suicide bagi mereka yang tidak dapat handle it properly .....

Parlimen Bubar

Lama tak update blog.....sebab utama malas....

Hari ini aku sekadar nak catat sebagai kenangan yang Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada hari Rabu bersamaan 3 April 2013 untuk memberi laluan kepada PRU 13 .

Tahun ini aku mengundi buat kali kelima ...aku mula mengundi pada tahun 1995 iaitu PRU yang ke 9....

Seperti biasa aku dan seluruh keluarga aku akan mengundi calon daripada parti PAS ....