Selasa, 21 Mei 2013

Rajin Pergi Umrah Tapi......

Musim cuti sekolah ramai muslim Malaysia pergi buat umrah...seronok beribadat umrah......tapi aku rasa tak guna juga kalau rajin pergi umrah tapi dalam bab pilih pemimpin , mereka masih memilih pemimpin yang tak beramanah.......

Begitu juga tak guna pergi umrah banyak kali , jika balik ke Malaysia malas nak pergi majlis kuliah ilmu di masjid.....ada hamba ALLAH di tempat aku yang bertaraf haji dan recently he just came back from umrah , lepas solat maghrib terus pulang tak tunggu untuk dengar kuliah maghrib....mulu-mula aku ingatkan dia uzur tapi kalau dah selalu sangat tu bukan uzur lagi dah.....pandangan peribadi aku tak berguna kalau pergi umrah beribu kali pun tapi benci majlis ilmu dan sayangkan pemimpin tak beramanah....

Selasa, 14 Mei 2013

Kejadian Di Dalam Lif

Dalam posting aku yang lepas aku menceritakan yang aku selalu terjaga daripada tidur pada waktu tengah malam....selain daripada itu , aku turut mengalami masalah gelisah serta takut yang agak teruk juga....kali pertama aku alami masalah ini ialah semasa aku pergi berurusan dengan sebuah pejabat kerajaan di Sungai Petani pada awal tahun 2012 .

Sampai di kompleks pejabat itu , aku perlu naik lif  untuk ke tingkat 8 ......sebaik saja aku masuk dalam lif dan pintu lif tertutup , perasaan gelisah dan takut mula menyerang aku...I was alone in the lift at that time......gelisah , takut yang amat teruk serta perasaan macam nak mati...begitulah keadaan aku dalam lif....sampai tingkat 8 aku pun terus ke pejabat tersebut dalam keadaan lemah....aku rasa macam nak pitam tapi aku kuatkan semangat....aku fikir kalau aku pengsan mesti staff di ofis tu akan call ambulan.....serah kepada ALLAH ...itu yang aku fikirkan....

Selesai urusan kena masuk lif sekali lagi untuk turun bawah.....aku kawal semangat aku agar tidak down semasa dalam lif untuk turun ke bawah...keluar lif pergi tempat parking masuk dalam kereta then drove home immediately.....nasib baik aku boleh sampai rumah safely walau pun keadaan aku macam tu.....sekali lagi aku syak aku mungkin terkena serangan jantung....

Bila aku relax dan ok sikit aku pi buat pemeriksaan tekanan darah dan gula pada hari yang sama....tekanan darah serta gula aku ok dan normal....tak dak masalah.....lega sikit tapi aku masih fobia jika perasaan gelisah dan takut itu menyerang lagi.....memang benar  ia menyerang aku lagi.....nanti aku akan ceritakan......

Keputusan PRU 13 Di Kawasan Aku

P11 PENDANG


Jumlah Pengundi: 70,135

Datuk Othman Bin Abdul (BN) - 32,165

Mohamad Bin Sabu (PAS) - 29,527

Majoriti: 2,638

Jumlah Undi: 62,451
Peratus mengundi: 89.04%
Undi rosak: 759



N18 TOKAI

Jumlah Pengundi: 34,623

Najmuddin Bin Darus (BN) - 12,172

Datuk Mohamed Taulan Bin Mat Rasul (PAS) - 18,005

Abu Bakar Bin Abdullah (BEBAS) - 136 (HD)

Majoriti: 5,833

Jumlah Undi: 30,677
Peratus mengundi: 88.60%
Undi rosak: 364

di atas adalah keputusan PRU 13 di kawasan aku iaitu DUN Tokai dan Parlimen Pendang......Taulan Rasul still maintained his seat.......tapi parlimen BN menang dgn majoriti 2638 undi.......undi daripada DUN Sungai Tiang yang membantu BN dapat merampas parlimen Pendang daripada PAS........majoriti BN menang di DUN Sungai Tiang hampir mencecah 7000 undi....