Sabtu, 28 September 2013

BERASA TAKUT DALAM MASJID

Dalam posting aku bulan Jun lepas aku menulis tentang keadaan aku yang berasa takut dalam bank dan semasa aku berada dalam kedai aku ...

Selepas itu aku berjumpa dengan seorang ustaz dan aku menceritakan masalah aku....dia nasihatkan aku agar perbanyakkan membaca Al-Quran serta memberi petua agar selalu membaca Surah Al-Qadar selepas setiap kali selesai solat suboh dan maghrib....dia juga memberikan aku air yang telah dibaca doa untuk diminum....

Masalah aku mengalami perasaan takut dan gelisah tidak reda lagi....selepas berjumpa dengan ustaz tersebut dan aku ikut nasihatnya keadaan aku tidak berubah....perasaan takut dan gelisah menyerang diri aku tidak mengira masa dan tempat...kadang-kadang ia terjadi waktu pagi sebelum aku pergi kerja....kadang-kadang waktu pagi tu OK tapi ia terjadi semasa aku berada di kedai aku...pernah juga ia terjadi sebaik sahaja aku sampai di kedai aku ...semasa driving OK saja but as soon as I reached at my shop it attacked me......memang aku rasa nak balik rumah...nasib baik isteri aku sering nasihat aku agar jangan layan perasaan tersebut....

Malah semasa dalam masjid perasaan takut dan gelisah itu turut terjadi....aku masih ingat semasa pergi solat jumaat sebaik sahaja selesai solat tahiyatul masjid aku tiba-tiba jadi takut , gelisah serta badan naik berpeluh....aku rasa nak keluar dari masjid tapi aku tahankan diri aku...semasa bersolat pun ia terjadi...aku rasa macam nak pitam....banyak kali juga perkara begini terjadi atas diri aku semasa di masjid.......

Semasa menghadiri kuliah maghrib , banyak kali juga aku menjadi takut dan gelisah.....semasa on the way to surau ok saja ...rasa happy....sampai di surau pun OK but sebaik sahaja ustaz memulakan kuliah aku jadi takut dan gelisah ...aku rasa nak cabut lari balik rumah......tapi aku lawan perasaan itu kerana itu adalah gangguan syaitan dan iblis.....

Begitulah keadaan aku pada tahun 2012 bermula dari Januari sampailah April iaitu waktu aku ditimpa penyakit takut serta gelisah dengan teruk sekali dan banyak lagi kisah yang akan aku tulis tentang penyakit tersebut sampailah aku pulih sepenuhnya pada bulan Mei 2012 .......

Isnin, 16 September 2013

UBAT TENANG JIWA

Ada di kalangan kita yang mengalami masalah tidak tenteram dalam kehidupan...fikiran berserabut....jiwa sentiasa kacau....kalau dalam perubatan moden pesakit yang mengalami masalah macam ini akan dirujuk kepada doktor jiwa ataupun psychiatrist....

Sebagai muslim jika kita mengalami masalah sebegini tak perlulah kita pergi berjumpa bomoh....kalau nak jumpa doktor tidak ada masalah tetapi ubat tenang jiwa yang paling mujarab ialah kita mesti dekatkan diri kita dengan masjid serta kuliah agama...

Menurut ustaz yang memberi tazkirah di masjid aku , solat jamaah serta kuliah agama di masjid akan dirahmati oleh ALLAH ...salah satu rahmat yang ALLAH turunkan ialah ketenangan dalam jiwa setiap individu muslim yang hadir.....

ALLAH telah pun menegaskan di dalam Al Quran yang hati kita menjadi lebih tenteram apabila kita selalu ingatkan ALLAH dan salah satu cara untuk kita selalu ingatkan ALLAH ialah melalui solat berjamaah dan juga kuliah-kuliah agama....

Jadi sesiapa di kalangan muslim yang mengalami masalah jiwa yang tidak tenteram , selalulah ke masjid tetapi dengan sekali hadir saja tidak mencukupi....jadikanlah satu amalan harian moga-moga kita dirahmati ALLAH...

SELAMAT HARI MALAYSIA

Hari ini 16 September 2013 adalah cuti umum sempena memperingati hari penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 yang lalu...

Individu yang mencadangkan supaya tarikh 16 September dijadikan cuti umum ialah Anwar Ibrahim...cadangan itu diutarakan pada tahun 2008 yang lalu....pada mulanya semua pihak mencemuh idea tersebut...ahli politik UMNO mencemuh idea tersebut...malah ada golongan cerdik pandai pun tumpang semangkuk mencemuh idea itu...mungkin nak jaga periuk nasi masing-masing...

At last kerajaan pusat decided untuk jadikan 16 September sebagai cuti umum untuk raikan penubuhan Malaysia dan digazetkan sebagai cuti Hari Malaysia....puak-puak yang mencemuh idea Anwar Ibrahim akhirnya diam apabila kerajaan declared 16 September as a public holiday....itulah senario ahli politik serta golongan cerdik pandai di Malaysia...periuk nasi didahulukan....hari ini cakap lain esok lusa boleh berubah 360 darjah asalkan periuk nasi masing-masing berasap....

Sejarah bermulanya idea penubuhan Malaysia cukup menarik...aku telah membaca tulisan Subky Latif tentang proses penubuhan Malaysia dalam buku beliau bertajuk PROPAGANDA OLEH SUBKY LATIF....

SELAMAT HARI MALAYSIA