Sabtu, 22 Februari 2014

Tak Dak Tajuk

Sebentar tadi aku baca satu artikel dalam blog tentang seorang ahli politik di satu negeri tu tak puas hati sebab masjid dijadikan pentas politik khususnya ketika waktu khatib baca khutbah....lantak pi kat dia nak kata apa pun ...ini negara demokrasi...

Aku rasa terkeliru sikit tentang kenyataan beliau yang wartawan tulis seperti berikut :

" Kita patut malu pada bangsa lain kerana tempat ibadat mereka sepeti kuil hindu dan tokong cina tidak digunakan untuk menghentam sesama mereka . "sumber : www.bloglist-malaysia.blogspot.com....

Aku rasa seolah-olah disamakan masjid dengan tempat ibadat agama lain....tapi aku bersangka baik beliau tidak bermaksud demikian....mungkin reporter tersalah tulis.....

Cubaan Untuk Gagalkan Kuliah Ust Badrulamin

Posting aku yang lepas mencatatkan isi-isi penting kuliah maghrib Ustaz Badrulamin di masjid khariah aku....

Kuliah Ust Badrulamin telah dirancang lama oleh pihak AJK masjid ....jadi 7 februari 2014 beliau boleh hadir ke masjid khariah aku.....

Ada pihak-pihak jahil yang bersahabat dengan iblis telah berusaha bersungguh - sungguh untuk menghalang kuliah itu dijalankan...alasan diberikan mereka ialah Ust Badrulamin seorang politician....

Geng-geng melayu bermazhab iblis ini telah mempergunakan pihak-pihak tertentu untuk menekan AJK masjid untuk membatalkan kuliah tersebut.....Tetapi AJK masjid tegas dan telah mengabaikan tekanan pihak - pihak iblis ini dan akhirnya kuliah berjaya diadakan.....

Aku pun bimbang juga jika perkara tidak diingini berlaku pada malam itu tapi syukur ALLAH telah memelihara majlis ilmu tersebut dan ia telah berjalan dengan selamat dan aman...

Ust Badrulamin tidak menyentuh pun hal politik semasa dalam kuliah beliau....yang geng melayu bermazhab iblis takut sangat tu aku pun hairan juga...geng melayu bermazhab iblis ni mereka bukan ada kelulusan apa-apa pun hanyalah samseng kampung......




Jumaat, 7 Februari 2014

Kuliah Ustaz Badrulamin di Masjid Kariah Aku

Semalam bersamaan 7 februari 2014 , masjid kariah aku telah berjaya mengadakan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Badrulamin....

Point penting yang diberikan oleh Ustaz Badrulamin ialah
-  kita wajib berpegang teguh dengan ajaran islam
-  kitab Al-Quran cukup lengkap...as a muslim kita wajib pelajari serta faham isi kandungannya dengan sebaik mungkin
-  islam agama universal ... ambil iktibar pejuangan rasullullah saw serta sahabat sahabat baginda dalam memperjuangkan serta mengembangkan ajaran islam
-  setiap hukum-hukum ALLAH wajib kita taat...jangan dipersoalkan hukum ALLAH kerana itu boleh menjejaskan akidah
-  ALLAH tidak akan menurunkan balanya ke atas sesuatu tempat jika penduduk tempat itu bertakwa kepada ALLAH
-  masjid perlu sentiasa mengadakan majlis ilmu kerana rahmat ALLAH akan diturunkan dalam majlis ilmu
-  majlis ilmu di masjid adalah taman syurga
-  akhir sekali beliau menasihatkan anak kariah supaya sayang dan suka akan majlis ilmu....beliau turut mengingatkan anak kariah yang bencikan majlis ilmu di masjid supaya jangan ganggu majlis ilmu di masjid kerana bala ALLAH akan diturunkan kepada golongan yang benci majlis ilmu islam