Semasa tok aku masih ada rumah ini sentiasa meriah lebih-lebih lagi masa cuti sekolah serta musim raya . Di rumah inilah banyak masa dihabiskan oleh sepupu-sepupu aku semasa cuti sekolah . Menurut mak aku pada mulanya rumah ini tidak bercat hanyalah disapu minyak pada dindingnya . Pada awal tahun 70-an barulah rumah ini dicatkan warna kuning seperti di dalam gambar .
Rumah ini " menyaksikan " banyak majlis perkahwinan diadakan di sini . Mak aku , mak cik , pak ngah , pak lang , abang dan last sekali aku mengadakan kenduri kahwin di rumah ini .
Walau pun rumah ini rumah tok aku tapi ia lebih dikenali sebagai Rumah Cikgu Mat sempena nama ayah aku .
Pada tahun 1984 semasa diadakan muktamar PAS di Kedah ramai perwakilan PAS yang datang menginap di sini .Masa tu aku darjah 6 .
Sekarang sudah tidak ada sesiapa lagi yang tinggal di sini . Aku berpindah di Gurun sebab dekat dengan tempat kerja aku . Mak dan ayah aku tinggal sekali dengan aku .
Hanya hujung minggu pada hari Jumaat sahaja aku sefamili akan pulang ke rumah ini. Itupun kalau ada masa free . Kalau musim menanam padi ayah aku pulang ke sini setiap hari tetapi sebelah siang sahaja.
Bagi aku rumah tok menyimpan sejuta kenangan . Begitu juga dengan mak , mak cik , pak ngah , abang aku , sepupu aku khususnya Farha , cikgu Hafiz , Ustaz Adlan , Ir. Mahran , cikgu Hanim serta cikgu Maharudin