Ahad, 1 November 2009

Bersyukurlah akan nikmat ALLAH .

Salah satu nikmat ALLAH yang terbesar ialah nikmat tidur supaya sel-sel dalam badan kita berehat . Bayangkan jika ALLAH mencabut nikmat tidur daripada kita . Badan kita sudah tentu tidak seimbang lagi. Pening , sakit kepala serta seribu masalah lagi akan melanda kita .

Jadi bersyukurlah . Segala puji bagi ALLAH .

Sabtu, 31 Oktober 2009

Kenangan Rumah Tok

Gambar di atas adalah rumah arwah tok aku. Di rumah inilah aku dilahirkan serta dibesarkan . Asas binaan rumah ini dibuat oleh tok wan aku iaitu Lebai Din . Usia rumah ini sudah mencecah 50 tahun .

Semasa tok aku masih ada rumah ini sentiasa meriah lebih-lebih lagi masa cuti sekolah serta musim raya . Di rumah inilah banyak masa dihabiskan oleh sepupu-sepupu aku semasa cuti sekolah . Menurut mak aku pada mulanya rumah ini tidak bercat hanyalah disapu minyak pada dindingnya . Pada awal tahun 70-an barulah rumah ini dicatkan warna kuning seperti di dalam gambar .

Rumah ini " menyaksikan " banyak majlis perkahwinan diadakan di sini . Mak aku , mak cik , pak ngah , pak lang , abang dan last sekali aku mengadakan kenduri kahwin di rumah ini .

Walau pun rumah ini rumah tok aku tapi ia lebih dikenali sebagai Rumah Cikgu Mat sempena nama ayah aku .

Pada tahun 1984 semasa diadakan muktamar PAS di Kedah ramai perwakilan PAS yang datang menginap di sini .Masa tu aku darjah 6 .

Sekarang sudah tidak ada sesiapa lagi yang tinggal di sini . Aku berpindah di Gurun sebab dekat dengan tempat kerja aku . Mak dan ayah aku tinggal sekali dengan aku .

Hanya hujung minggu pada hari Jumaat sahaja aku sefamili akan pulang ke rumah ini. Itupun kalau ada masa free . Kalau musim menanam padi ayah aku pulang ke sini setiap hari tetapi sebelah siang sahaja.

Bagi aku rumah tok menyimpan sejuta kenangan . Begitu juga dengan mak , mak cik , pak ngah , abang aku , sepupu aku khususnya Farha , cikgu Hafiz , Ustaz Adlan , Ir. Mahran , cikgu Hanim serta cikgu Maharudin

Jumaat, 30 Oktober 2009

Mula menulis kembali...

Last sekali aku tulis blog ini pada bulan Ramadan lalu . Lepas tu tak update sampai hari ini . Penyakit malas sudah menyerang aku . Lepas ini INSYAALLAH aku akan update semula blog aku . Mood untuk menulis sudah tiba .

Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADAN 1430H

Alhamdulillah . Bersyukur kepada ALLAH kerana telah memanjangkan umur kita semua untuk menyambut Ramadan pada tahun 1430 Hijrah ini . Ramadan memang cukup istimewa . Antara 12 bulan islam hanya Ramadan yang disebut di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah AL-Baqarah .

Di kalangan orang melayu bulan Ramadan lebih suka disebut bulan puasa kalau di Kedah lebih dikenali sebagai bulan posa . Di negeri-negeri lain aku tak taulah , tapi di Kedah bila Ramadan dah nak dekat orang pakat sibuk nak buat kenduri sambut posa . Ada yang buat hari Jumaat dan bagi mereka yang tak sempat nak buat hari Jumaat mereka akan buat kenduri sebelah malam lazimnya selepas solat Isyak . Ini lebih kepada adat orang dulu-dulu . Orang muda sekarang jarang yang ikut adat ini . Mungkin sibuk dengan kerja .

Moga-moga Ramadan tahun ini lebih baik amalan kita daripada Ramadan tahun lepas . Insya ALLAH .

Jumaat, 14 Ogos 2009

Orang Dewasa Yang Tidak Beradab

Hari ini aku pergi rumah pak mertua aku di Gajah Mati , Pendang . Solat Jumaat tadi aku lakukan di Masjid Kampung Hampar .

Menjadi kebiasaan untuk bilal memperingati makmum untuk berdiam diri ketika khatib membaca khutbah .

Tajuk khutbah ialah kembali kepada islam . Isi pun bagus . Ustaz muda baca khutbah dan dikarang sendiri.

Ketika khutbah dibaca sudah menjadi kebiasaan budak-budak di saf belakang sekali akan turut " berkhutbah "sama .

Yang tak berapa syok sedikit bila aku terpandang belakang aku terlihat ada tok lebai siap pakai dengan serban merah duduk dalam satu kumpulan empat orang sedang berborak ketika khatib membaca khutbah. Pada mulanya aku tak berapa nak percaya . Lepas beberapa minit daripada pandangan pertama aku perhatikan mereka semula . Masih lagi berborak .

Kalau budak-budak kita boleh katalah sebab depa tak reti tapi kalau dah meningkat dewasa , ini dah dikira tidak beradab dalam rumah ALLAH . Kalau bahasa kasar kita bolehlah panggil kurang ajar. Buat malu kat budak-budak sahaja .

Isnin, 10 Ogos 2009

Khurafat

Petang tadi ada seorang customer beli barang di kedai aku . Masa dia sedang buat payment di kaunter cashier aku sempat berbual-bual dengan dia. Dia ni boleh dikira warga emas , umur mungkin dalam lingkungan 60-an .

Dalam dok berbual tu , timbullah isu H1N1 . Dia kata banyak sangat penyakit pelik-pelik melanda negara kita . Pada zaman dia dulu tak wujud penyakit macam ni. Menurutnya penyakit yang pelik-pelik muncul sekarang ini disebabkan orang melayu sudah kurang buat kenduri dan jamuan.

Aku tanya dia kenduri macam mana ? Selalu musim cuti sekolah kenduri banyak sangat sampai tak sempat nak pi. Hari Jumaat pun ramai orang buat kenduri arwah.

Dia kata bukan kenduri macam tu . Kenduri yang dimaksudkannya adalah kenduri di kepala titi , kenduri di setiap jalan nak masuk hutan serta kenduri di bulan Safar . Dia kata orang sekarang sudah tak mahu pergi ke pantai di bulan Safar serta buat jamuan di tepi pantai. Dia kata kenduri atau jamuan itu dibuat untuk tolak bala.

Aku terdiam seketika . Aku memang malas nak layan orang macam ini. Nasib baik lepas dia bayar harga barang dia terus keluar dari mini market aku.

Ingatkan dah tua mesti makin tinggi ilmu agama tetapi masih dok percaya lagi perkara-perkara khurafat .

Isnin, 3 Ogos 2009

Orang Munafik Ada Disepanjang Zaman

Pada zaman Rasulullah saw perangai puak munafik diceritakan sebagai mereka yang sentiasa berdukacita jika sesuatu kebaikan serta kejayaan diperolehi oleh Rasulullah saw serta sahabat baginda. Sebaliknya jika sesuatu musibah serta kecelekaan menimpa baginda serta sahabatnya orang-orang munafik akan melonjak kegembiraan. Malah mereka juga gemar melakukan kerosakan . Di dalam diri mereka terdapat penyakit hasad dengki yang cukup tinggi.

Jika kita merujuk sejarah Melaka , kita akan dapati salah satu sebab kejatuhan Melaka kepada Portugis ialah disebabkan oleh puak-puak munafik yang berada di dalam istana Melaka. Mereka setiap hari diminta nasihat oleh Sultan Melaka . Tetapi pada masa yang sama mereka membocorkan rahsia kepada musuh iaitu Portugis demi mendapatkan upah duniawi . Mereka bersorak gembira bila Portugis dapat menawan Melaka .

Puak-puak munafik ini wujud sepanjang masa . Selain berada di dalam pentadbiran negara mereka juga wujud di dalam persatuan , parti politik malah di dalam jawatankuasa masjid pun kadang-kadang mereka pun wujud.

Side Effect yang ketara yang disebabkan oleh golongan munafik ini ialah kerosakan dari dulu sampai sekarang.

Jauhilah diri kita daripada dijangkiti daripada penyakit munafik .