Khamis, 22 September 2011

Isu menarik hari ini

Semalam PM dan isteri mohon untuk batalkan sapina ke atas mereka untuk hadir ke mahkamah...kita lihat kesudahan cerita....dulu Dr M pun tak mau pi court semasa bicara kes liwat 1....

Isu hudud di Kelantan muncul pulak...mungkin PRU 13 dah dekat...dulu tahun 2004 DAP lari lintang pukang daripada Barisan Alternatif pun sebab BN umpan isu hudud dan negara islam....TV pi temuramah Hadi Awang dan Karpal Singh....lepas tu setiap hari media BN dok main isu ni sampai DAP panas telinga....finally bila PRU 2004 lingkup habis semua PAS , PKR dan DAP ..

Tadi tengok TV9 ...pemberita TV kata DSAI sokong hudud...dia kata itu pendapat peribadinya...

Pengurup wang kena rompak ratusan ribu ringgit....perompak disyaki pegawai-pegawai agensi kerajaan...polis masih memburu mereka....susah nak percaya pegawai kerajaan jadi perompak...kalau istilah baru sekarang penolong pengarah merujuk kepada pegawai....

Mengalum , Pandanan and Montukod are names of islands that are situated in Sabah....very weird names....they are privately owned....The owner or owners of these islands are planning to sell them....The interesting buyer or buyers must be very rich....Need more info about these islands please log in www.duniacacamarba.blogspot.com

Jumaat, 16 September 2011

Sistem Hidup

Setiap benda yang bergerak ada sistem yang mengawalnya. Contohnya kereta yang dicipta untuk bergerak ada sistem enjin yang mengawal pergerakannya . Pengilang kereta menyediakan buku panduan kereta yang akan dirujuk oleh pemandu jika kereta mengalami sebarang kerosakan . Jika pemandu tidak boleh selesaikan problem keretanya sendiri , si pemandu tadi akan merujuk kepada mekanik untuk tindakan selanjutnya . Mekanik itu pun juga merujuk kepada buku panduan yang dikeluarkan oleh pengilang . Tujuan utamanya ialah untuk memastikan sistem kereta berfungsi dengan baik dan lancar .

Kita ini manusia yang diciptakan oleh ALLAH begitulah hal keadaannya . Buku panduan kita ialah AL-Quran . ALLAH turunkan ayat-ayat Al-Quran kepada Rasulullah SAW untuk dijadikan panduan manusia supaya sistem kehidupan kita sentiasa lancar . Jika ada masalah rujuklah AL-Quran . Kalau tak boleh selesai sendiri , rujuklah orang-orang alim yang mana mereka lebih memahami Al-Quran dan juga hadis nabi yang menjelaskan lagi rahsia-rahsia ayat Al-Quran .

Itu asas yang berjalan dalam kehidupan kita yang boleh dipanggil sistem kehidupan dalam islam. Benda basic macam ini kalau tak faham juga memang bercelarulah sistem kehidupan kita .

Sabtu, 10 September 2011

Update semula blog

Banyak bulan tak update blog ini ....broadband celcom sangat teruk ....sebulan RM100.00 tapi servis macam siput babi.

Mulai hari ini aku tukar maxis broadband pula ...speed ok ..aku puas hatilah..Terima kasih cikgu Hafiz kerana berikan broadband maxis dia kat aku .

Isnin, 23 Mei 2011

respon to musaf

kalau nak tau lebih lanjut tentang kapsul kosong boleh rujuk halagel . Please google kapsul kosong halagel . Kapsul kosong halagel lebih diyakini sebab diimpot dari Pakistan .

untitled

Lama tak update blog ni .

Tadi aku masuk dalam blog www.tukartiub.blogspot.com aku baca entrinya berkenaan pembinaan istana negara yang baru mencecah kos RM800 billion .

Kalau duit sebanyak itu digunakan untuk kegunaan anak yatim di Malaysia ...alangkah baiknya ..

Jumaat, 31 Disember 2010

Dulu BN Semua Tak Betul

Sekarang ada seorang MP daripada parti pembangkang dok serang ketua dia sendiri yang dulunya dia puji melangit .

Aku pernah tonton cd dia berceramah . BN buat semua tak betul . Macam-macam dia maki kat BN . Tapi lately dia nampaknya mesra BN pula . Ini membuatkan ramai orang meluat serta tak berapa nak percaya dengan sesetengah MP daripada parti politik ini .

Aku rasa dalam hati kecil MP ini ada rasa bersalah tapi nak buat macam mana kalau dah rasa benci tu , dulu kentut ketuanya , dia kata wangi la ni kalau ketua dia pakai minyak wangi satu lori pun dia kata busuk macam taik .

Aku rasa lepas ini konsensus bebas mungkin tambah sorang lagi kot . Kita pakat-pakat tengok laa...

Khamis, 30 Disember 2010

Nasib Rakyat Marhaen

Jika seorang rakyat marhaen ke klinik swasta untuk rawatan demam , selesema , batuk serta sakit tekak dia terpaksa spare dalam poket sekurang-kurangnya RM 100.00 .

Ada orang kata RM100.00 tak mahal dan bukan kena keluar selalu pun . Ya aku setuju jika yang berkata demikian orang kaya yang income sebulan RM10K ataupun golongan VVIP .

Jika si pesakit marhaen tadi pergi ke klinik kerajaan beliau terpaksa menempuh satu tempoh menunggu yang panjang . Sudahlah sakit kena tunggu lambat pula untuk dapat rawatan . Bila berjumpa doktor pula ada sesetengah doktor yang bersikap " garang " terhadap pesakit ,maklumlah pesakit orang susah .

Ada yang ambil jalan mudah pergi ke farmasi swasta sebab ubat tak mahal . Kalau sakit tak teruk OK lah . Kalau setakat ubat demam , ubat selesema serta ubat batuk boleh di beli di farmasi . Tapi kalau dah teruk sangat ahli farmasi bukan boleh buat apa-apa . Dia pun akan arahkan pelanggannya pergi jumpa doktor . Kalau pergi jumpa doktor situasi atas akan berlaku .

Jadi inilah situasinya sekarang . Nak buat macam mana terima sajalah .