Selasa, 21 Mei 2013

Rajin Pergi Umrah Tapi......

Musim cuti sekolah ramai muslim Malaysia pergi buat umrah...seronok beribadat umrah......tapi aku rasa tak guna juga kalau rajin pergi umrah tapi dalam bab pilih pemimpin , mereka masih memilih pemimpin yang tak beramanah.......

Begitu juga tak guna pergi umrah banyak kali , jika balik ke Malaysia malas nak pergi majlis kuliah ilmu di masjid.....ada hamba ALLAH di tempat aku yang bertaraf haji dan recently he just came back from umrah , lepas solat maghrib terus pulang tak tunggu untuk dengar kuliah maghrib....mulu-mula aku ingatkan dia uzur tapi kalau dah selalu sangat tu bukan uzur lagi dah.....pandangan peribadi aku tak berguna kalau pergi umrah beribu kali pun tapi benci majlis ilmu dan sayangkan pemimpin tak beramanah....

Selasa, 14 Mei 2013

Kejadian Di Dalam Lif

Dalam posting aku yang lepas aku menceritakan yang aku selalu terjaga daripada tidur pada waktu tengah malam....selain daripada itu , aku turut mengalami masalah gelisah serta takut yang agak teruk juga....kali pertama aku alami masalah ini ialah semasa aku pergi berurusan dengan sebuah pejabat kerajaan di Sungai Petani pada awal tahun 2012 .

Sampai di kompleks pejabat itu , aku perlu naik lif  untuk ke tingkat 8 ......sebaik saja aku masuk dalam lif dan pintu lif tertutup , perasaan gelisah dan takut mula menyerang aku...I was alone in the lift at that time......gelisah , takut yang amat teruk serta perasaan macam nak mati...begitulah keadaan aku dalam lif....sampai tingkat 8 aku pun terus ke pejabat tersebut dalam keadaan lemah....aku rasa macam nak pitam tapi aku kuatkan semangat....aku fikir kalau aku pengsan mesti staff di ofis tu akan call ambulan.....serah kepada ALLAH ...itu yang aku fikirkan....

Selesai urusan kena masuk lif sekali lagi untuk turun bawah.....aku kawal semangat aku agar tidak down semasa dalam lif untuk turun ke bawah...keluar lif pergi tempat parking masuk dalam kereta then drove home immediately.....nasib baik aku boleh sampai rumah safely walau pun keadaan aku macam tu.....sekali lagi aku syak aku mungkin terkena serangan jantung....

Bila aku relax dan ok sikit aku pi buat pemeriksaan tekanan darah dan gula pada hari yang sama....tekanan darah serta gula aku ok dan normal....tak dak masalah.....lega sikit tapi aku masih fobia jika perasaan gelisah dan takut itu menyerang lagi.....memang benar  ia menyerang aku lagi.....nanti aku akan ceritakan......

Keputusan PRU 13 Di Kawasan Aku

P11 PENDANG


Jumlah Pengundi: 70,135

Datuk Othman Bin Abdul (BN) - 32,165

Mohamad Bin Sabu (PAS) - 29,527

Majoriti: 2,638

Jumlah Undi: 62,451
Peratus mengundi: 89.04%
Undi rosak: 759



N18 TOKAI

Jumlah Pengundi: 34,623

Najmuddin Bin Darus (BN) - 12,172

Datuk Mohamed Taulan Bin Mat Rasul (PAS) - 18,005

Abu Bakar Bin Abdullah (BEBAS) - 136 (HD)

Majoriti: 5,833

Jumlah Undi: 30,677
Peratus mengundi: 88.60%
Undi rosak: 364

di atas adalah keputusan PRU 13 di kawasan aku iaitu DUN Tokai dan Parlimen Pendang......Taulan Rasul still maintained his seat.......tapi parlimen BN menang dgn majoriti 2638 undi.......undi daripada DUN Sungai Tiang yang membantu BN dapat merampas parlimen Pendang daripada PAS........majoriti BN menang di DUN Sungai Tiang hampir mencecah 7000 undi....

Selasa, 23 April 2013

Iblis Tabik Spring Kat Puak-Puak Nie

Masjid khariah aku aktif menganjurkan kuliah agama selepas solat maghrib....boleh dikatakan setiap malam ada kuliah maghrib.....kuliah dianjurkan bertujuan untuk mengelakkan anak khariah daripada menjadi jahil...

Tetapi ada sekelompok penduduk di taman aku tak puas hati....puak-puak ini dok komplen kot belakang dan apa yang aku dapat info puak-puak ini benci kuliah agama diadakan di masjid....malah mereka kalau boleh dan jika ada kuasa mereka mahukan kuliah agama di masjid di taman aku itu dibatalkan terus ..

Memang jahat depa nie.....mereka adalah ahli-ahli parti politik tertentu yang bencikan islam.....iblis memang bersetuju sangat dengan depa ini...

Sampai saat ini AJK masjid masih bertahan dan tidak mempedulikan mereka.....

Puak-puak nie kalau datang masjid hanya bersolat .....lepas solat angkat pungkok balik ...tak mau dengar kuliah agama......kalau yang tak balik depa lepak di luaq masjid bersembang sedangkan ada ustaz bagi kuliah agama....dah la tak mau dengaq kuliah agama , depa benci pula tu ....memang jenis manusia tak berguna walaupun sekupang.....

Rabu, 17 April 2013

Ajaran Sesat

Tadi selepas solat maghrib Tuan Imam Masjid`Khariah Batu 5 Jalan jeniang membacakan satu pekeliling daripada pejabat Mufti Kedah yang memberi ingatan kepada umat islam agar tidak terpengaruh dengan satu kumpulan ajaran sesat yang merupakan serpihan daripada Al Arqam.......antara ajaran merapu serta sesat yang disenaraikan oleh pejabat Mufti Kedah adalah :

-ketua kumpulan ajaran sesat bersahabat dengan jin

-ketua kumpulan ini selalu bermesyuarat dengan jin di Gunung Jerai dan Gunung Santubong di Sarawak

-solat fardu boleh dijamakkn semua sekali

-solat jumaat tak perlu buat

-pengikut ajaran ini yang banyak dosa kalau nak tebus dosa hanyalah perlu bayar duit kepada ketua kumpulan ajaran sesat ini

-ahli kumpulan tak boleh bercampur dengan orang ramai

banyak lagilah ajaran merapu kumpulan ini ......tapi yang aku hairan ramai menjadi pengikut kumpulan ini.....anak-anak yatim serta anak orang susah ada yang direkrut oleh kumpulan ini untuk mengutip derma daripada orang ramai....

Selasa, 16 April 2013


Kelima-lima gambar-gambar perang poster di Pekan Jeniang.......Gambar yang last sekali aku ambil di Taman Ria Mesra 2 Jalan Jeniang

Ahad, 14 April 2013

Selalu Terjaga Di Tengah Malam

Sebelum aku alami masalah anxiety yang teruk pada tahun 2012 , aku selalu terkejut dan terjaga daripada tidur ....ia selalu terjadi waktu tengah malam.antara pukul 2 pagi hingga 3 pagi.....ia mula berlaku selepas Ramadan pada tahun 2011...selalunya aku bermimpi benda menakutkan ......anjing hitam , kucing hitam , ular hitam adalah mimpi yang aku sering alami....kadang-kadang aku bermimpi benda yang aku tak tau nak gambarkan tapi memang cukup menakutkan....

Bila aku terkejut daripada tidur ,  nak boleh tidur pula akan ambil masa 2-3 jam ...pernah aku terjaga pukul 1 pagi sampai pukul 4 pagi baru boleh lena...aku dinasihatkan oleh emak aku agar ambil wuduk , solat 2 rakaat then baca Quran kalau aku terkejut dari tidur....

Paling teruk aku alami satu pagi tu bila terjaga daripada tidur , dada aku berdebar sampai macam nak pecah dada dibuatnya...aku rasa penat .....tak boleh nak duduk...gelisah...rasa macam nak mati...aku syak diserang sakit jantung so aku ajak ayah aku pi Kedah Medical Centre pada jam 2 pagi...sampai di KMC doktor terus buat ECG...dia kata everything OK...no problem...he just prescribed me Xanax iaitu ubat tidur....aku tak makan pun ubat tidur itu takut ketagih pula....

Masalah aku terkejut dari tidur bukan berlaku hari-hari ...it was happened on and off....dalam 1 minggu ia terjadi 2-3 kali sahaja...kadang-kadang tak jadi langsung dalam 1 minggu...sebab doktor sahkan itu bukan masalah sakit jantung jadi aku anggap perkara biasa sajalah....begitulah keadaan aku ketika itu tapi aku tak realized things will get worse.....