Pada tahun 1996 , aku di tahun akhir pengajian aku di USM . Seingat aku pada hujung semester pertama aku telah didiagnoskan mengidap Hepatitis A . Kalau bahasa kampung demam kuning .
Hepatitis A ialah jangkitan kuman virus di hati . Sebelum diserang penyakit hepatitis A itu , berat badan aku mencecah 80kg lebih . Aku bernasib baik kerana aku bertindak cepat dan penyakit aku itu baru berada pada tahap awal .
Doktor yang merawat aku ketika itu memberitahu , penyakit hepatitis A tidak ada ubat . Dia menasihatkan aku agar berehat banyak-banyak , elakkan daripada berada dalam keadaan stress yang melampau serta yang paling penting tidak boleh makan makanan berminyak serta lemak sama sekali . Dia hanya prescribed aku vitamin sahaja . Nama vitamin itu ialah Essentiale Forte .
Sepanjang dalam proses penyembuhan itu ,aku hanyalah makan makanan rebus dan yang dipanggang tanpa ada minyak . Dalam masa dua bulan barulah aku pulih . Selepas dua bulan berat badan aku yang mulanya 80kg lebih turun sehingga 60kg .
Bagi aku ubat paling mujarab untuk kuruskan badan ialah tidak mengambil makanan berminyak serta berlemak . Sekarang berat badan aku sudah mencecah 99kg . Dah banyak kali aku cuba nak pantang dari makan oily serta fatty food tapi tak menjadi .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan