Sabtu, 10 November 2012

ANXIETY 1

Penyakit fizikal atau penyakit jasmani seperti kurap , kudis , panau , kencing manis dan sebagainya senang diubati sebab ubat mudah didapati .

Penyakit rohani susah berubat sebab penyakit ini tidak menunjukkan simptom-simptom yang boleh dilihat .

Salah satu contoh penyakit rohani ialah anxiety ataupun ketakutan / kebimbangan yang tidak bersebab . Penyakit inilah yang aku alami....... paling ketara bermula januari 2012 sampailah april 2012 .

Selama empat bulan aku menderita penyakit anxiety ini dengan agak berat sebab itulah aku tidak update blog ini berbulan-bulan lamanya .

Ubat untuk penyakit ini secara khusus memang tiada....doktor yang aku visited hanya memberikan aku ubat penenang dan antacid iaitu ubat angin...itu saja ubatnya...ia hanya untuk mengurangkan rasa takut yang aku alami serta mengurangkan keasidan perut sebab seseorang yang dalam keadaan anxiety atau stress akan mengalami peningkatan dalam paras asid perutnya....

Insya ALLAH dalam keluangan masa yang  aku ada.....aku akan catatkan pengalaman yang aku alami ini....sebagai kenangan dan renungan bersama....

Jumaat, 2 November 2012

Catatan Kuliah Maghrib 2 Nov 2012

Malam ini giliran Ustaz Khairudin Yaakob dari Sik menyampaikan kuliah di Surau Taman Ria Mesra 2 .

Beliau mengingatkan kita sebagai hamba ALLAH  agar berwaspada tehadap empat perkara iaitu nafsu buruk yang bersarang dalam diri manusia , dunia yang terlalu dikejar , syaitan manusia dan syaitan dari kalangan jin.

Beliau menyentuh tentang solat...jangan ditinggalkan solat wajib kerana solat wajib yang sempurna akan membantu kita di dunia , di alam kubur dan di akhirat kelak .

Tentang ilmu juga beliau sentuh khususnya ilmu yang bermanfaat...ilmu yang baik yang kita perolehi mestilah kita amalkan sebaik mungkin dan seterusnya diajarkan pula kepada orang lain...

Last sekali beliau mengingatkan tentang pentingnya kita kasih akan alim ulama....

Khamis, 1 November 2012

Catatan Kuliah Maghrib 1 Nov 2012

Hari ini giliran Ustaz Nizam Md Noh iaitu tuan imam Masjid Guar Chempedak menyampaikan kuliah maghrib  di Surau Taman Ria Mesra 2 .

Antara isi kuliah beliau ialah kita sebagai manusia seboleh-bolehnya kena beralah dengan dunia...bermaksud janganlah terlalu mengejar harta kebendaan dunia.

Kedua kita sebagai muslim sewajarnya sentiasa menolong ke arah agama ALLAH ....Insya ALLAH sudah pasti ALLAH akan menolong serta membantu hambaNYA yang menolong agamaNYA .

Ketiga beliau menyentuh tentang kepentingan amanah dalam kehidupan seharian .

Beliau turut menyentuh tentang perlaksaan hukum islam yang menurutnya sesuatu hukum akan diputuskan dengan begitu teliti .

Akhir sekali beliau memperingatkan tentang fadilat solat berjemaah...antara fadilatnya ialah dari segi kesihatan tubuh badan...menurutnya muslim yang selalu bersolat jemaah lebih sihat tubuh badan...

Sabtu, 27 Oktober 2012

Dome of Rock



To many moslems this is an Al Aqsa Mosque....but it is actually the Dome of Rock and not the holy mosque...it is situated in the complex of Al Aqsa...the Jewish authority intentionally wants moslems to believe that this is the Al Aqsa Mosque so that it is easy for the Israeli governmant to demolish the real Al Aqsa mosque which is actually in the progress of demolitian by them right now by digging underneath the mosque...

Moslems believe that the holy Baitul Maqdis or Jurusalem will finally fall on the hand of them...I surely won't be around at that time....the time moslems rule the holy Baitul Maqdis and all the world....the time where justice will be implemented throughout the world....the time where the Judgement Day is around the corner....

Jumaat, 26 Oktober 2012

Nikmati Bercuti

Sempena Aidil Adha aku bercuti 2 hari iaitu Jumaat dan Sabtu . Kerja sendiri payah nak bercuti panjang-panjang sebab komitmen nak bayar hutang . Kalau cuti banyak hari budget lari .

Masa aku makan gaji dulu iaitu antara tahun 1997 sampai  tahun 2000 senang nak bercuti ...isi borang cuti then fax to Pengurus Operasi ...tak payah pikir apa-apa.... sekarang payah nak buat macam tu...

Jika kita jarang bercuti , kalau boleh bercuti 2 hari pun dah jadi satu nikmat...ALHAMDULILLAH


Selasa, 28 Ogos 2012

profesion yang leceh

Di Malaysia ada satu profesion yang leceh.....profesion ini melibatkan mereka yang bekerja sendiri ataupun makan gaji swasta....tiap-tiap tahun kena apply lesen....sekarang kalau nak renew lesen kena berkursus untuk dapatkan point...tak cukup point tak boleh renew lesen...

Mereka yang terlibat dalam profesion ini memang menyampah dengan kerja mereka sebab setiap tahun ada pihak-pihak berkenaan datang buat inspection di tempat kerja mereka....dah nasib badan...terima sajalah....