Khamis, 17 Disember 2009

Musim Makan Kenduri


Sekarang ini musim cuti sekolah . Musim cuti sekolah ini cukup sinonim dengan musim makan kenduri . Kad kenduri bertimbun . Kadang-kadang satu hari ada lebih dari satu majlis kenduri , jadi kena pilih kenduri yang mana satu yang kena pergi .

Dalam dok bercerita pasal kenduri ini ada beberapa insiden yang masih aku ingat .

Pertama aku pernah pergi ke satu majlis kenduri di satu kampung , aku terpaksa tunggu punyalah lama dalam khemah jamuan . Dalam majlis kenduri itu jamuan akan dihidangkan jika korum cukup di meja hidangan . Satu meja mesti ada empat orang . Disebabkan aku pergi seorang jadi aku kena tunggu sampai cukup korum . Disebabkan tunggu terlalu lama aku bercadang nak balik dah , nasib baik last-last minute ada tiga orang tetamu baru datang dan terus mereka menuju ke meja aku . Finally hidangan pun dihidangkan . Gila betul peraturan kenduri macam ini.

Kedua seingat aku bulan Jun lepas . Jemputan ke majlis kenduri tersebut tersangatlah ramai . Tempat duduk dalam khemah jemputan penuh , sampai tak cukup tempat pada masa aku sampai . Nak ambil tempat duduk dalam khemah pun kena beratur . But lastly aku dapat tempat juga . Disebabkan jamuan nasi dagingnya terlalu sedap perasaan marah aku pun hilang.

Ketiga , nasib baik aku tak pergi ke majlis kenduri ini . Menurut tetamu yang pergi ke kenduri tersebut majoritinya kena diarrhea termasuklah dia sendiri . Yang ini memang betul-betul kes naya . Kalau aku pi juga sudah tentu aku pun kena cirit-birit .

Ini hanyalah coretan santai aku . Aku tak berniat nak kondem sapa-sapa .

Jumaat, 11 Disember 2009

Blog Menteri Besar Kedah

Ini alamat blog Menteri Besar Kedah yang baru dibuat iaitu mbkedah.blogspot.com/

Aku rasa bangga dengan MB Kedah sekarang ini sebab beliau adalah lepasan sekolah yang sama dengan sekolah aku dulu iaitu Maktab Mahmud Alor Setar .

Beliau pelajar Maktab Mahmud dari tahun 1954-1965 manakala aku pula pelajar sekolah itu dari tahun 1985-1991 .

Khamis, 10 Disember 2009

Minuman Ajaib

PRODUK XXXX
BAIK UNTUK KENCING MANIS , DARAH TINGGI DAN DARAH RENDAH
SILA HUBUNGI NO: .............
Iklan di atas aku terjumpa di tampal di dinding kedai aku pagi tadi . Produk tersebut hanyalah sejenis jus minuman sahaja.
Walaupun aku bukan seorang doktor , setahu akulah penyakit kencing manis dan darah tinggi hanyalah boleh dicegah but once kita dapat penyakit tersebut kita hanya perlu makan ubat to stabilize paras gula serta tekanan darah .
Jus minuman ini boleh dikatakan minuman yang ajaib sebab tanpa perlu jalani ujian klinikal yang ketat sudah boleh untuk digunakan untuk rawatan kencing manis dan darah tinggi .
Lagi satu yang pelik boleh juga digunakan untuk rawatan darah rendah . Ini lagi takjub .
Aku bukannya nak hina produk itu atau lain-lain produk yang seangkatan dengannnya . Cuma aku berharap pihak berkenaan berhati-hati atau bersikap jujurlah bila nak marketkan sesuatu produk .
Aku pun berniaga juga . Sebagai peniaga bersikap jujurlah supaya rezeki yang kita perolehi lebih berkat .
Disebabkan pada pandangan aku iklan yang ditampal terlalu " melampau " aku terpaksa tanggalkan poster iklan tersebut daripada dinding kedai aku .

Selasa, 8 Disember 2009

Israel Cukup Gentar Dengan Senjata Ini

Tak lama dulu ( aku tak ingat bila ) aku terbaca dalam paper tentang ketakutan yang amat sangat di pihak Israel apabila imam-imam masjid di Mesir berdoa supaya ALLAH memusnahkan kerajaan Israel disebabkan kezaliman mereka terhadap rakyat Palestin .

Doa tersebut di baca pada setiap kali solat jemaah dan diaminkan oleh jutaan orang islam Mesir . Apabila perkara ini diketahui oleh pihak Israel mereka telah menghubungi pihak berkuasa Mesir dan mengarahkan agar pihak berkuasa Mesir menghalang amalan berdoa ini .

Seperti diketahui , pemerintah Mesir yang merupakan boneka Israel telah mengeluarkan arahan supaya amalan berdoa untuk kemusnahan Israel dihentikan serta-merta . Mana-mana imam yang berdegil akan dikenakan tindakan yang tegas .

Kita boleh melihat di sini betapa takutnya Israel akan doa orang islam yang merupakan suatu senjata yang paling efektif . Doa orang yang teraniaya adalah doa yang tersangat makbul .

ALLAH MAHA BESAR

Jumaat, 4 Disember 2009

Sikap Pegawai Kuatkuasa Yang Perlu Dicontohi

Dalam bulan November lepas mini market aku telah dilawati oleh seorang pegawai SOCSO . Pegawai ini dalam umur 50-an ( aku agaklah ) . He came with a nice smile on his face and introducing himself in a friendly mannner . Dia datang dengan penuh senyuman jadi aku pun rasa selesa sikitlah .

Aku tertunggak bayaran SOCSO untuk 2 bulan pada tahun 2007 . So he informed me about that . Jadi dia tanya aku sama ada aku terlupa bayar atau ada sebab lain . I informed him during that time no staff was hired . Lepas dua bulan baru ada staff baru masuk . Jadi dia bagitau kat aku kalau tiada bayaran SOCSO dibuat sebab staff resigned aku sebagai majikan perlu maklumkan kepada mereka .

Apa yang aku nak highlight di sini ialah sikap pegawai tersebut yang approach aku nicely . He informed the regulation in a nice manner NOT in a rude manner . Jadi walaupun kita ada buat kesalahan kita tidak akan rasa sakit hati . Bayangkan jika pegawai itu datang dengan approach yang sebaliknya sudah tentu suasana " tension " akan berlaku walaupun kesalahan aku tak besar mana pun .

Kesimpulannya kita kalau ada kuasa sebanyak mana sekalipun seboleh-bolehnya biarlah orang suka kepada kita JANGAN jadi orang yang dibenci.

Sabtu, 7 November 2009

Side Effects Selepas PRU 12

Aku tengok sebaik saja selepas PRU 12 pada bulan Mac 2008 parti-parti politik utama di tanahair berkocak dengan teruk .

Mula sekali UMNO bertelagah sampailah Tun Abdullah resigned .

Kemudian MCA lepas tu berjangkit to MIC .

PAS pun turut terlibat .Wujud geng terengganulah geng UGlah dan bermacam lagi.

PKR pula wakil rakyat dok kira lompat parti jadi wakil Bebas bermula di Perak , Kedah dan last sekali di Selangor . Tak tau pulak lepas ni sapa pulak nak lompat parti .

DAP pun berkocak juga tapi taklah teruk sangat . Hanya seorang wakilnya sahaja jumped to be Independent .

Kita rakyat biasa dok tengok saja . Aku rasa UMNO dah bernafas semula dan jika PRU dibuat dalam masa terdekat aku rasa UMNO/BN akan menang besar . Kita pakat tengoklah . Itu semua kuasa ALLAH nak bagi kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNYA .

Isnin, 2 November 2009

Ahad, 1 November 2009

Bersyukurlah akan nikmat ALLAH .

Salah satu nikmat ALLAH yang terbesar ialah nikmat tidur supaya sel-sel dalam badan kita berehat . Bayangkan jika ALLAH mencabut nikmat tidur daripada kita . Badan kita sudah tentu tidak seimbang lagi. Pening , sakit kepala serta seribu masalah lagi akan melanda kita .

Jadi bersyukurlah . Segala puji bagi ALLAH .

Sabtu, 31 Oktober 2009

Kenangan Rumah Tok

Gambar di atas adalah rumah arwah tok aku. Di rumah inilah aku dilahirkan serta dibesarkan . Asas binaan rumah ini dibuat oleh tok wan aku iaitu Lebai Din . Usia rumah ini sudah mencecah 50 tahun .

Semasa tok aku masih ada rumah ini sentiasa meriah lebih-lebih lagi masa cuti sekolah serta musim raya . Di rumah inilah banyak masa dihabiskan oleh sepupu-sepupu aku semasa cuti sekolah . Menurut mak aku pada mulanya rumah ini tidak bercat hanyalah disapu minyak pada dindingnya . Pada awal tahun 70-an barulah rumah ini dicatkan warna kuning seperti di dalam gambar .

Rumah ini " menyaksikan " banyak majlis perkahwinan diadakan di sini . Mak aku , mak cik , pak ngah , pak lang , abang dan last sekali aku mengadakan kenduri kahwin di rumah ini .

Walau pun rumah ini rumah tok aku tapi ia lebih dikenali sebagai Rumah Cikgu Mat sempena nama ayah aku .

Pada tahun 1984 semasa diadakan muktamar PAS di Kedah ramai perwakilan PAS yang datang menginap di sini .Masa tu aku darjah 6 .

Sekarang sudah tidak ada sesiapa lagi yang tinggal di sini . Aku berpindah di Gurun sebab dekat dengan tempat kerja aku . Mak dan ayah aku tinggal sekali dengan aku .

Hanya hujung minggu pada hari Jumaat sahaja aku sefamili akan pulang ke rumah ini. Itupun kalau ada masa free . Kalau musim menanam padi ayah aku pulang ke sini setiap hari tetapi sebelah siang sahaja.

Bagi aku rumah tok menyimpan sejuta kenangan . Begitu juga dengan mak , mak cik , pak ngah , abang aku , sepupu aku khususnya Farha , cikgu Hafiz , Ustaz Adlan , Ir. Mahran , cikgu Hanim serta cikgu Maharudin

Jumaat, 30 Oktober 2009

Mula menulis kembali...

Last sekali aku tulis blog ini pada bulan Ramadan lalu . Lepas tu tak update sampai hari ini . Penyakit malas sudah menyerang aku . Lepas ini INSYAALLAH aku akan update semula blog aku . Mood untuk menulis sudah tiba .

Jumaat, 21 Ogos 2009

RAMADAN 1430H

Alhamdulillah . Bersyukur kepada ALLAH kerana telah memanjangkan umur kita semua untuk menyambut Ramadan pada tahun 1430 Hijrah ini . Ramadan memang cukup istimewa . Antara 12 bulan islam hanya Ramadan yang disebut di dalam Al-Quran iaitu di dalam surah AL-Baqarah .

Di kalangan orang melayu bulan Ramadan lebih suka disebut bulan puasa kalau di Kedah lebih dikenali sebagai bulan posa . Di negeri-negeri lain aku tak taulah , tapi di Kedah bila Ramadan dah nak dekat orang pakat sibuk nak buat kenduri sambut posa . Ada yang buat hari Jumaat dan bagi mereka yang tak sempat nak buat hari Jumaat mereka akan buat kenduri sebelah malam lazimnya selepas solat Isyak . Ini lebih kepada adat orang dulu-dulu . Orang muda sekarang jarang yang ikut adat ini . Mungkin sibuk dengan kerja .

Moga-moga Ramadan tahun ini lebih baik amalan kita daripada Ramadan tahun lepas . Insya ALLAH .

Jumaat, 14 Ogos 2009

Orang Dewasa Yang Tidak Beradab

Hari ini aku pergi rumah pak mertua aku di Gajah Mati , Pendang . Solat Jumaat tadi aku lakukan di Masjid Kampung Hampar .

Menjadi kebiasaan untuk bilal memperingati makmum untuk berdiam diri ketika khatib membaca khutbah .

Tajuk khutbah ialah kembali kepada islam . Isi pun bagus . Ustaz muda baca khutbah dan dikarang sendiri.

Ketika khutbah dibaca sudah menjadi kebiasaan budak-budak di saf belakang sekali akan turut " berkhutbah "sama .

Yang tak berapa syok sedikit bila aku terpandang belakang aku terlihat ada tok lebai siap pakai dengan serban merah duduk dalam satu kumpulan empat orang sedang berborak ketika khatib membaca khutbah. Pada mulanya aku tak berapa nak percaya . Lepas beberapa minit daripada pandangan pertama aku perhatikan mereka semula . Masih lagi berborak .

Kalau budak-budak kita boleh katalah sebab depa tak reti tapi kalau dah meningkat dewasa , ini dah dikira tidak beradab dalam rumah ALLAH . Kalau bahasa kasar kita bolehlah panggil kurang ajar. Buat malu kat budak-budak sahaja .

Isnin, 10 Ogos 2009

Khurafat

Petang tadi ada seorang customer beli barang di kedai aku . Masa dia sedang buat payment di kaunter cashier aku sempat berbual-bual dengan dia. Dia ni boleh dikira warga emas , umur mungkin dalam lingkungan 60-an .

Dalam dok berbual tu , timbullah isu H1N1 . Dia kata banyak sangat penyakit pelik-pelik melanda negara kita . Pada zaman dia dulu tak wujud penyakit macam ni. Menurutnya penyakit yang pelik-pelik muncul sekarang ini disebabkan orang melayu sudah kurang buat kenduri dan jamuan.

Aku tanya dia kenduri macam mana ? Selalu musim cuti sekolah kenduri banyak sangat sampai tak sempat nak pi. Hari Jumaat pun ramai orang buat kenduri arwah.

Dia kata bukan kenduri macam tu . Kenduri yang dimaksudkannya adalah kenduri di kepala titi , kenduri di setiap jalan nak masuk hutan serta kenduri di bulan Safar . Dia kata orang sekarang sudah tak mahu pergi ke pantai di bulan Safar serta buat jamuan di tepi pantai. Dia kata kenduri atau jamuan itu dibuat untuk tolak bala.

Aku terdiam seketika . Aku memang malas nak layan orang macam ini. Nasib baik lepas dia bayar harga barang dia terus keluar dari mini market aku.

Ingatkan dah tua mesti makin tinggi ilmu agama tetapi masih dok percaya lagi perkara-perkara khurafat .

Isnin, 3 Ogos 2009

Orang Munafik Ada Disepanjang Zaman

Pada zaman Rasulullah saw perangai puak munafik diceritakan sebagai mereka yang sentiasa berdukacita jika sesuatu kebaikan serta kejayaan diperolehi oleh Rasulullah saw serta sahabat baginda. Sebaliknya jika sesuatu musibah serta kecelekaan menimpa baginda serta sahabatnya orang-orang munafik akan melonjak kegembiraan. Malah mereka juga gemar melakukan kerosakan . Di dalam diri mereka terdapat penyakit hasad dengki yang cukup tinggi.

Jika kita merujuk sejarah Melaka , kita akan dapati salah satu sebab kejatuhan Melaka kepada Portugis ialah disebabkan oleh puak-puak munafik yang berada di dalam istana Melaka. Mereka setiap hari diminta nasihat oleh Sultan Melaka . Tetapi pada masa yang sama mereka membocorkan rahsia kepada musuh iaitu Portugis demi mendapatkan upah duniawi . Mereka bersorak gembira bila Portugis dapat menawan Melaka .

Puak-puak munafik ini wujud sepanjang masa . Selain berada di dalam pentadbiran negara mereka juga wujud di dalam persatuan , parti politik malah di dalam jawatankuasa masjid pun kadang-kadang mereka pun wujud.

Side Effect yang ketara yang disebabkan oleh golongan munafik ini ialah kerosakan dari dulu sampai sekarang.

Jauhilah diri kita daripada dijangkiti daripada penyakit munafik .

Rabu, 29 Julai 2009

If The Killer Was A Moslem ....

Last few weeks in this July the world was shocked by the terrible tragedy that was involving a moslem pharmacist , Marwah as-Syarbini . She was stabbed repeteadly by an insane anti -moslem German in the court in front of her husband and four years old son. As a result of her serious injury she was dead . Her husband was also suffering a serious injury during an attempt to save her loving wife . For sure her son will suffer a trauma for the whole life.

As we could see , the news about this tragedy was not given a wide coverage including in the moslem countries . Most people including me only knew about the real background of this bad tragedy through internet .

The point I want to raise here is that the situation will be in a totally different if the victim was a christian or a jews or anyone else as long as he or she was not a moslem and the killer was a moslem . If this thing happened the world will be in "choas" . World leaders especially from Europe and US will take turn to codemn it . Al-Qaeda will be accused to get involved .

We will see what will happen to Marwah's killer . ALLAH will always help those who are following His path .

Selasa, 28 Julai 2009

13 Tahun Lalu....

13 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1996 selepas graduate dari USM aku telah mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat swasta yang beribu pejabat di Kota Bharu , Kelantan. Pada mulanya aku rasa berat juga nak ke sana tambahan pula famili aku tak berapa nak galakkan aku bekerja di luar Kedah.

Selepas aku fikir-fikir balik ada baiknya aku cari pengalaman di tempat orang . Lagipun aku pada masa itu masih bujang jadi senanglah nak ke mana-mana pun .So aku terimalah tawaran kerja di Kelantan itu.

Aku rasa lega bila tiba di Kelantan sebab syarikat itu sediakan penginapan untuk staff ( yang bujang sajalah ) . Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang aku bekerja di syarikat itu . Aku bekerja selama 4 tahun iaitu dari tahun 1996 hinggalah tahun 2000 . Pengalaman-pengalaman itu akan aku catitkan di blog ini .

Aku resigned dari syarikat itu pada bulan Mei 2000 dan aku memulakan bisness mini market aku pada bulan Jun 2000 .

Ahad, 26 Julai 2009

Jari Kena Celup Dakwat


Gambar di atas menunjukkan tentera Kurdis di Iraq yang baru lepas mengundi . Kelihatan di jari mereka kesan celupan dakwat .

Mungkin macam itulah yang nak dilakukan oleh SPR pada pilihanraya lepas tapi tak jadi atas sebab- sebab yang diketahui oleh pihak SPR sendiri.

Sabtu, 25 Julai 2009

Tiada Mustahil Di Dalam Politik

Aku masih ingat lagi pada tahun 1989 , masa tu aku masih lagi di tingkatan 4 Sains di Maktab Mahmud . Pada tahun itu sekolah aku telah menjemput Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk merasmikan mesyuarat PIBG . Masa tu dia menjadi Menteri Pelajaran . Memang dia seorang pemidato yang baik . Walaupun aku lebih pro PAS tapi aku sendiri kagum dengan kepetahan DSAI berpidato semasa merasmikan mesyuarat PIBG di dewan Maktab Mahmud.

Kemudian pada tahun 1993 , waktu itu aku di tahun pertama di USM , DSAI berjaya di dalam perebutan jawatan untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya menjadi TPM. Maka bersorak-sorai serta bergumbiralah geng ABIM serta JIM di USM pada masa itu di atas kejayaan DSAI .

Jika pada masa itu iaitu pada tahun 1989 atau pada tahun 1993 ada insan yang mengatakan atau meramalkan yang DSAI akan menjadi ketua pembangkang pada tahun 2009 serta meramalkan DSAI akan dipenjarakan sudah tentu insan itu akan dianggap sebagai insane serta ditangkap pihak berkuasa .

Aku juga tertarik dengan ceramah Roslan Kassim , Ezam Md nor serta Azmin Ali masa zaman reformasi sekitar tahun 1998 dahulu . Tetapi antara ketiga-tiga mereka Roslan serta Ezam tewas dulu dan seterusnya masuk UMNO semula yang aku kira suatu perkara yang mustahil.

Begitu juga dengan cerita JKKK di kampung aku yang kuat UMNO biru berkarat . Dia ni masa mudanya cukup benci dengan orang PAS . Dalam kampung aku orang yang paling dibenci oleh si JKKK ini ialah bapa aku sendiri sebabnya bapa aku paling kuat PAS . Si JKKK inilah dok pi repot kat pihak berkenaan yang menyebabkan bapa aku kena tukar tempat kerja . Tapi dalam pilihanraya lepas si JKKK ini telah berpaling tadah dan menyokong calon PAS . Dia pun pulun sama turun berkempen untuk memenagkan calon PAS . Malah bila calon PAS menang dia buat kenduri pula tu . Ayah aku pun turut dipanggil ke kenduri kemenangan calon PAS . SUBHANALLAH.

Cerita-cerita di atas membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam politik . Apa saja pun boleh berlaku dengan kehendak ALLAH.

Ahad, 19 Julai 2009

Nostalgia iklan Toyota Corolla


Gambar iklan di atas aku copy dari laman web toyota USA . Iklan ini disiarkan pada tahun 1976 . Masa tu umur aku baru 4 tahun . Rambut kegilaan masa itu ialah rambut afro atau famously known as rambut sarang tebuan . Kaki seluar mesti besar punya boleh sapu lantai sampai bersih . Orang panggil kaki seluar baggy. Kasut pula jenis tapak kaki tebal tak kira untuk laki-laki or wanita . Depa kata kasut pada masa ini kalau baling kat kepala boleh pecah kepala dibuatnya.

Aku cukup suka tengok iklan kereta khususnya yang tahun 70-an sampai 80-an . Iklan di atas ialah iklan kereta Toyota Corolla . Dulu kereta ini cukup famous . Kalau di Malaysia banyak orang pakai sampai sekarang pun masih ada orang guna tapi kebanyakan tak dijaga .

Kereta ini cukup cute . Compare to malaysian model , model for US market was better built. Kita tengok dalam gambar pun kita boleh lihat bumper untuk US market lebih tebal. Malaysian model, bumpernya lebih kecil .

Kuliah Hari Jumaat

Sudah tiga bulan aku tidak menghadiri kuliah bulanan Ustaz Halim Nasir di Masjid Kampung Tempoyak Pendang . Kelmarin disebabkan tidak ada urusan keduniaan aku dapat menghadiri kuliah beliau yang bermula dari jam 9 pagi hungga jam 10 pagi itu .

Disebabkan bulan islam pada bulan Julai ini ialah bulan Rejab jadi topik kuliah beliau lebih menjurus tentang keistimewaan bulan mulia ini .

Apa yang aku ingat Ustaz Halim menegaskan berdasarkan surah Al-Baqarah pembunuhan di bulan Rejab adalah dosa besar disebabkan ia adalah antara bulan-bulan diharamkan berperang dalam kalendar islam.

Tetapi ada dosa yang lebih besar lagi daripada dosa membunuh pada bulan Rejab ini iaitu pertamanya orang yang menghalang orang lain daripada mengikut jalan ALLAH . Kalau ikut dalam konteks semasa ini ialah pihak-pihak yang menghalang atau benci kepada program-program islam .

Kedua ialah orang yang kufur kepada ALLAH. Orang yang kufur ialah orang yang suka kepada neraka.Nauzubillah.

Ketiga ialah orang yang menghalang orang ramai ke masjid-masjid. Dalam Al-quran disebut golongan yang menegah orang islam dari masuk ke Masjidil Haram iaitu merujuk kepada Abu Jahal . Dalam situasi zaman sekarang menurut Ustaz Halim ialah golongan yang memandulkan masjid-masjid. Ada ustaz digam tidak boleh beri tazkirah serta tidak boleh membaca khutbah. Kalau AJK masjid menjemput individu tertentu untuk beri kuliah di masjid ada pihak tertentu membuat laporan ke pejabat ugama kununnya individu itu tidak sesuai untuk memberi kuliah . Niat puak-puak ini hanyalah satu iaitu menghalang orang ramai datang ke masjid dan seterusnya membiarkan masyarakat jahil tentang islam.

Keempat ialah golongan yang menghalau keluar orang islam dari Mekah , juga merujuk kepada Abu Jahal dan rakan-rakannya. Kalau dalam konteks zaman sekarang ini ialah merujuk tindakan puak-puak tertentu yang menukarkan tempat kerja mereka-mereka yang pro ke arah islam dengan niat untuk mendera mereka . Jika nak senang tak payah sokong islam .

Itu sajalah yang aku ingat dan dapat aku coretkan di sini daripada kuliah Ustaz Halim Nasir.

Khamis, 16 Julai 2009

Inilah Style Politik Di Malaysia

Semasa kempen PRK Manik Urai berlangsung kita di brainwash oleh media jika kita sokong UMNO/BN hidup kita akan senang . Malah media sebelum inipun semenjak ada tv dan radio membawa cerita yang pada dasarnya sama sahaja iaitu UMNO/BN penyelamat rakyat , sentiasa membantu rakyat dan macam-macam cerita enak lagi.

Hari ini pula cerita sebaliknya berlaku . Kerajaan umumkan kenaikan tambang teksi dan bas termasuk bas sekolah . Aku beruntung sebab tak guna teksi atau bas . Aku pergi kerja pun tak guna highway jadi duit tol pun selamat. Anak sekolah aku hantar sendiri.

Tetapi bagi pengguna tetap kemudahan awam ini , mereka terpaksa tambah lagi perbelanjaan bulanan mereka. Kalau parents ada seorang anak tak palah tapi kalau ada 3 orang anak atau lebih yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah tentu paraaak belanja bulanan .

Rabu, 15 Julai 2009

Ini Sudah Kehendak Ilahi

Semalam one Malaysia dah tahu result PRK Manik Urai. PAS nasib baik masih boleh menang tipis dengan majoriti 65 undi dan seterusnya mengekalkan kerusi DUN berkenaan .

Bagi aku PAS dan UMNO telah berlawan begitu sengit sampai KO dah . Nasib menyebelahi PAS bila calon PAS boleh bangkit dengan pening-pening lalat disebabkan ada terlebih 65 orang ini yang sudi memangkah calon PAS .

Tetapi ini sudah ketetapan Ilahi . Masing-masing kena terima . Tok sah dok komplen banyak sangat . Kalau tak puas hati kena banyak kerja keras lagi .

Hak Kebebasan Individu

Gambar ini aku rasa diambil di US . Kalau dia bawa motor macam ni dari Bukit Kayu Hitam ke Johor Bharu non stop pula tu , aku tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan kaki dan tangan dia bila dia turun dari motor tu .
Kalau di US ini dinamakan hak kebebasan individu . Sapa-sapa pun tak boleh ganggu dia . Dia bukan terrorist .

Isnin, 13 Julai 2009

Gambar Sawah


Pemandangan sawah padi di kampung kelahiran aku di Kobah.
Paddy field scenery at my village.
\\

Jumaat, 10 Julai 2009

Kenapa nak jadi sombong ????

Bulan Jun lepas genap sudah 9 tahun aku menjalankan perniagaan mini market aku . Sepanjang aku berniaga bermacam-macam perangai pelanggan yang aku jumpa.

Yang aku nak highlight di sini ialah perangai pelanggan yang berlagak sombong. Bagi aku orang yang berlagak sombong wajiblah sedar bahawa mereka setiap detik hanyalah dok mengusung najis ke hulu hilir .

Kita sebagai manusia memang pun membawa najis kita di dalam perut ke mana saja kita pergi .

Orang yang sombong depa lupa juga bahawa depa hidup pun atas belas ehsan ALLAH . Katakan pada satu hari ALLAH tarik balik nikmat bersuara atau dengan takdir ALLAH kita tak boleh nak berak walaupun berasa nak terberak sangat-sangat. Apa kita nak buat ???

Mungkin orang yang sombong depa kata pergi jumpa doktor then selesailah masalah. Doktor berubat pun dengan izin ALLAH .Kalau ALLAH tak izin penyakit yang simple pun tak boleh nak sembuh. Nak buat macam mana??? Pergi jumpa bomoh ??? Bomoh pun makhluk juga seperti doktor tadi .

Jadi kalau ada sesiapa pun yang ada perangai sombong hentikanlah. Tidak ada faedah . Hidup orang yang sombong penuh dengan hinaan daripada orang ramai .

Isnin, 6 Julai 2009

The people's car


I really love this car . It's the people car . My father owned it and is still owning it . I will put my father's volkswagen beetle later. The above's picture was downloaded from one of VW 's fan website.

The best will win

Minggu depan para pengundi Manik Urai akan pilih wakil rakyat baru. Bagi pandangan peribadi aku calon parti politik sama seperti produk bagi sesuatu syarikat yang ingin dipasarkan.

Setiap syarikat akan bersaing akan melakukan pelbagai jenis marketing strategy in order to make sure that their product will be marketable.

Big companies with their surplus fund will market their product aggressively. In politics the same mechanisme is in practice , the candidate from the rich " company" will be in great advantage .

As usual for me , the candidate from the underdog party will get my great symphathy.

We will wait till next week which "product " will attract more " buyers "

Penamaan Calon Manik Urai

Hari ini 6 Jun 2009 hari penamaan calon PRK Manik Urai di Kelantan . Kalau kita lihat media atau blog pro UMNO sudah tentu depa kata penyokong depa ramai . Begitu juga kalau kita lihat dalam blog pro PAS depa juga kata penyokong depa ramai . Kita yang tak pi sana tak tau cerita yang benar.

Wala bagaimanapun minggu depan kita pakat tau sapa pula jadi wakil rakyat baru di DUN Manik Urai.

Jumaat, 3 Julai 2009

Blogging Semula

Sebulan sudah aku tak update blog aku . Banyak betul cerita panas berlaku dalam masa sebulan ini lebih-lebih lagi isu-isu politik . Macam-macam ada . Yang latest lagi hot ialah isu babi di Kedah . Di Kelantan pula dok sibuk dgn PRK Manik Urai .

Pagi tadi aku pergi Alor Setar kemudian lalu ikut Jalan Gangsa menghala ke Kampung Berjaya . Aku tengok ok saja macam tak dak apa-apa pun yang berlaku . Ini yang aku respek kat orang Malaysia . Sentiasa tenang . Masing-masing dok kerja cari makan . Yang dok bising la ni hanya orang politik . Lantak pi la kat depa .

Jumaat, 8 Mei 2009

Info Ringkas Masjid Zahir

Hari ini saya solat jumaat di Masjid Zahir Alor Setar. Semasa masuk melalui pintu utama masjid saya terbaca sejarah ringkas masjid itu yang tercatat di plak yang terletak di tepi pintu pagar masjid .

Tapak masjid zahir asalnya adalah kawasan pusara pahlawan - pahlawan Kedah yang gugur syahid semasa berperang dengan kerajaan kafir Siam suatu ketika dahulu.

Apa yang menarik perhatian saya seperti yang tercatat pada plak itu ialah pada hari perasmian masjid Zahir pada tahun 1915 yang jatuh pada hari Jumaat imam solat Jumaat ialah Almarhum Sultan Abdul Hamid manakala khatib membaca kutbah pula ialah Tunku Mahmud iaitu kerabat di raja Kedah. Setahu saya Tunku Mahmud ialah pengasas sekolah aku dulu iaitu Maktab Mahmud.

Isnin, 4 Mei 2009

Kenangan masa zaman sekolah rendah 5

Pada tahun 1982 aku masuk darjah empat. Pada tahun itu jugalah ayah aku ditukarkan bertugas ke Pulau Pinang. Ketika itu Pulau Pinang jaraknya terlalu jauh dari Kedah . Masa tu highway tak dak lagi. Jarak perjalanan ambil masa 3 jam lebih.

Ayah aku seorang aktivis PAS . Masa bertugas di Sekolah Bongor Baling keaktifan ayah aku dalam PAS tidak terjejas sedikit pun . Jadi sebab itulah ayah aku kena tukar ke Penang pula . Ayah aku bernasib baik kerana ditukarkan ke Penang . Ada rakan-rakannya yang ditukarkan ke Pahang , Terengganu dan juga ke Kelantan .

Tujuan ditukarkan tempat kerja adalah satu bentuk penderaan psikologi agar puak-puak aktivis PAS ini termasuk ayah aku agar kendur atau slow sedikit. Tetapi lawan tetap lawan. Walaupun ditukarkan ke mana sahaja ayah aku macam tu juga. Masih kuat PAS.

Ayah aku bertugas di Penang sampailah dia pencen pada tahun 1995. Masa di Penang ayah aku bersama-sama Pak Leh , Almarhum Haji Sudin , dan banyak lagi rakan-rakannya berusaha mengembangkan sayap PAS di sana khususnya di Bayan Baru.

Isnin, 20 April 2009

Nospan tu benda apa ???

Hari ini aku nak cerita sikit pasal ubat . Walaupun aku tak mengaji berkenaan ubat aku tahu juga serba sedikit mengenainya daripada info yang aku dapat daripada rakan-rakan USM dulu yang ambil kursus farmasi.

Ubat yang aku maksudkan ialah ubat yang selalu disalahgunakan oleh remaja khususnya remaja melayu . Ubat itu famous dengan panggilan Nospan.

Daripada maklumat yang aku perolehi Nospan ini kandungannya ialah Dextromethorphan . Panjang betoi nama kimianya kalau nak pendek kita panggil Dextro ajelah. Kegunaan utamanya ialah untuk merawat penyakit batuk kering yang sangat teruk. Ubat ini jika diambil mengikut dosnya yang betul tak bahaya pun , side effect mungkin drowsy atau lali macam kita minum ubat batuk.

Ada banyak brand ubat batuk yang mengandungi dextro salah satunya yang aku sebut atas tadi iaitu Nospan. Sediaan ubat batuk dextro ni ada yang berbentuk pil serta dalam bentuk sirap pun ada dan mudah didapati di klinik swasta dan juga di farmasi swasta.

Yang menjadi masalah dengan ubat ini ialah jika diambil dalam kuantiti yang banyak ia boleh menyebabkan sipengambilnya akan jadi excited atau teruja ataupun syok terlajak. Disebabkan ia mudah didapati menjadikan ia satu produk yang hot di kalangan remaja. Lagi satu pil ini boleh menyebabkan mereka ketagih dan ini merupakan langkah awal mereka untuk terjebak di dalam alam ketagihan dadah.

Baru-baru ini masuk dalam paper tentang penahanan beberapa orang pelajar sekolah di Pulau Pinang bersama-sama sejumlah kuantiti pil Dextro. Yang tak kena tangkap kita tak tau banyak mana.

Oleh itu kita selaku ibu bapa , penjaga ataupun guru perlu peka tentang gejala penagihan pil Dextro ini . Jangan dok ambil ringan . Jika dulu orang kata gejala ketagihan dadah bermula dengan rokok tapi sekarang gejala jijik itu pun boleh bermula dengan ubat Dextromethorphan.

Sabtu, 18 April 2009

Apabila Harga Getah Turun.....

Aku mula perniagaan mini market aku pada bulan Jun 2000 di sebuah pekan kecil di Kedah . Majoriti penduduk di situ adalah penoreh getah. Ketika itu harga getah sekerap atau getah beku sekitar 90 sen sekilogram.

Kalau tak silap aku harga getah sekerap melonjak naik sedikit demi sedikit bermula awal tahun 2001 sehinggalah ke hujung tahun 2008 iaitu sekitar kita menyambut hari raya puasa. Harga getah sekerap pernah mencecah paras tertinggi iaitu RM 5.00 sekilo. Bayangkan kalau ada penoreh getah boleh menjual 200 kilo getah sekerap dalam seminggu. Sebulan income dia sama dengan gaji basic pensyarah universiti awam.

Aku masih ingat macam mana riuh serta gembiranya penduduk di pekan itu bila harga getah semakin meningkat. Para peniaga termasuk aku sendiri turut gembira . Hasil jualan kami pun turut meningkat. Pembeli tak begitu berkira sangat.

Seingat aku hari sabtulah hari paling sibuk sampai tak sempat nak duduk . Bila time zohor aku tutup kedai sebentar untuk ke masjid berdekatan. Bila balik dari masjid sudah ramai customer menunggu di depan kedai.

Kedai hardware lagilah laris jualan mereka . Para penoreh ambil peluang untuk buat renovation rumah mereka . Maklumlah duit dah jenuh .

Jualan kereta second hand khususnya Proton serta jualan motosikal macam goreng pisang. Selalunya kita kalau nak beli kereta kena tunjuk macam-macam dokumen . Golongan penoreh begitu istimewa . Mereka tak perlu banyak dokumen sekadar tunjukkan resip jualan getah untuk sebulan pun dah cukup. Ini untuk kes kereta second hand sajalah.

Pekan sehari di sini pun selalu penuh . Memang mewah sungguh ketika itu.

Panas tak sampai petang , ada hujan di tengahari . Begitulah nasib penoreh getah di sini dan di merata tempat di Malaysia . Selepas hari raya tahun 2008 harga getah terus jatuh dan tidak stabil sampai hari ini . Kadang-kadang naik kadang-kadang turun. Ada penoreh bagitau kat aku , harga paling rendah pernah mencecah 80 sen sekilo.

Para peniaga di sini pun turut terasa termasuklah aku. Dulu kalau hari Sabtu tak sempat nak duduk sekarang hari Sabtu aku taklah sibuk sangat kadang-kadang tu sempat juga berinternet.

Sesetengah peniaga tak habis-habis merungut . Tapi bagi aku itu perkara biasa . Rezeki datang dari ALLAH . Ada hari dapat lebih ada hari dapat kurang. Banyak mana aku dapat pun aku bersyukur kehadrat NYA. Yang baik itu semuanya dari ALLAH.

Khamis, 16 April 2009

Penyakit Hasad Dengki

Penyakit Hasad Dengki ( PHD ) sudah lama wujud di dalam alam ini bermula semenjak daripada zaman nabi Adam a.s. lagi sehinggalah sekarang ini dan juga saat ini. Anak nabi Adam a.s. berbunuh-bunuhan kerana adanya penyakit ini .

Kerana PHD jugalah Nabi Yusuf a.s. dibuang ke dalam telaga buruk . Orang kafir pada zaman Rasulullah saw menentang ajaran baginda dengan begitu kuat sekali juga disebabkan oleh perasaan dengki mereka terhadap baginda.

Kalau di negara kita PHD ini lebih dikaitkan dengan kaum Melayu . Sebenarnya PHD dihinggapi oleh semua bangsa.

PHD boleh menghuru-harakan masyarakat . Begitu juga sesebuah keluarga akan porak poranda akibat penyakit ini.

Negara juga akan hancur jika ahli politik berpenyakit PHD ini. Di Malaysia sudah ramai ahli politik terkena penyakit ini.

Oleh awasilah diri kita daripada PHD .

Isnin, 6 April 2009

Kenangan masa zaman sekolah rendah 4

Masa dalam darjah 3 subjek yang paling aku minat ialah lukisan . Mungkin sebab senang sangat kot. Aku bukannya pandai melukis pun tapi kalau time subjek lukisan selalu aku lukis corak then buboh colour campur-campur.

Subjek lain aku boleh sikit-sikit. Tapi kalau time exam , result aku mesti corot ke belakang .

Dalam seminggu aku bersekolah hari yang paling aku best ialah hari Khamis sebab hari itu mak cik aku akan hantar aku pulang ke rumah mak aku di Kobah . Hari yang paling aku benci ialah hari Sabtu sebab hari tu pula mak cik aku akan datang ambil aku ke rumah dia di Jalan Kuala Kedah atau lebih dikenali dengan nama Tambak Bunga .

Aku tinggal di rumah mak cik aku ni sampailah aku tingkatan lima . Rutin mingguan aku pun tak banyak berubah dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Hari Khamis pulang ke Kobah hari Sabtu datang semula ke Tambak Bunga. Kadang-kadang kalau ayah aku free hari Sabtu dialah yang hantarkan ke rumah mak cik .

Ahad, 5 April 2009

Kenangan masa zaman sekolah rendah 3

Posting aku sebelum ini dah diceritakan aku bertukar sekolah pada tahun 1981 . Aku masih ingat lagi pada hari pertama di sekolah baru aku paling tak seronok. Aku masih ingat kawan-kawan di sekolah lama serta aku teringat juga kat mak aku . Tapi nak buat macam mana mengaji tetap kena juga.

Tapi aku ada semangat sikit sebab mak cik aku mengajar semua subjek kecuali pelajaran agama islam. Mak cik aku juga jadi guru kelas iaitu darjah 3 M.

Jumaat, 3 April 2009

Cerita orang tak berakhlak di sebuah bank.

Petang tadi lebih kurang jam 3.00 petang aku ke sebuah bank tersohor di Alor Setar untuk collect buku cek aku. Bank tersebut memang customer ramai petang tadi. Aku terus ke kaunter buku cek. Selalu tak pernah kena beratur di kaunter tersebut. Tapi petang tadi beratur panjang pulak.

Rupa-rupanya staff yang handle buka akaun baru tak masuk bertugas lagi. Jadi mana-mana customer yang nak buka akaun baru kena lakukan di kaunter buku cek. Masa aku beratur tadi ada 3 customer di depan aku. Lepas tu ada satu mamat dok berdiri belakang aku. Dia pun nak buka akaun baru sebab aku tengok dia pegang borang buka akaun. Rugged juga mamat tu , dia bertopi berseluar paras lutut siap pakai rantai lagi . Lantak pi kat dia nak pakai apa pun.

Punya lah lama dok beratur sampai lenguh lutut. Urusan customer kat depan aku punyalah lambat. Tak lama kemudian barulah staff yang handle akaun datang . Si staff ni pulak dia terus panggil customer yang datang kemudian iaitu yang berdiri di belakang mamat rugged tadi.

Apa lagi mamat tu bengang gila. Dia marah kat staff tersebut dengan bercakap dengan suara tinggi. Habis semua orang dalam bank tersebut dengar. Staff tu tak melawan . Cuma dia tanya mamat tu " awak dah ambil nombor ?? " .Memang staff tu malu . Merah padam muka dia mungkin tak biasa kena tengking dengan customer.

Bagi aku mamat tadi memang tak berakhlak. Sepatutnya dia pi tanya atau bagitau kat staff tadi yang dia dah tunggu lama. Habaq elok-elok apa salahnya. Dia ingat dia hebat sangatkah!!!. Aku dok di depan dia pun naik hot sama. Aku tak boleh tengok orang perangai kurang ajar.

Lepas selesai aku ambil buku cek aku , aku kata kat mamat samseng tu " hari Jumaat kena banyak bersabar " kemudian aku terus blahhh. Orang macam ni dia ingat dia sorang saja yang berurusan dengan bank .

Selasa, 31 Mac 2009

Tak Payah Jadi Ahli Umno

Aku seorang ahli perniagaan dalam bidang peruncitan . Dah 9 tahun aku berniaga di sebuah pekan kecil di Kedah. Aku memulakan perniagaan aku dengan menyewa sebuah kedai kecil pada tahun 2000.

Kemudian pada tahun 2005 pada bulan April aku berpindah ke premis yang lebih luas iaitu rumah kedai yang aku beli sendiri .

Aku memulakan perniagaan aku dengan duit simpanan sendiri serta dibantu oleh ayah aku serta mak cik aku. Stok aku beli sikit-sikit. Aku tak pernah memohon apa-apa bentuk pinjaman pun.

Ada orang kata kena masuk UMNO dulu baru berniaga sebab senang nak dapat pinjaman . Ini semua karut. Aku tak masuk UMNO pun aku boleh berjaya.

INGAT !! REZEKI DARI ALLAH.

Kenangan masa zaman sekolah rendah 2

Pada tahun 1981 aku bertukar sekolah . Sekolah baru aku ialah Sek Keb Dato' Wan Mohd Saman atau lebih dikenali sebagai sekolah Tandop . Aku terpaksa bertukar sekolah kerana ayah aku , juga seorang guru , telah ditukarkan ke Sek Keb Bongor Baling. Dulu Baling dianggap kawasan pendalaman atau ulu.

Ayah aku seorang aktivis PAS ( orang Kedah panggil oghang kuat PAS ). Sudah menjadi rutin bagi guru yang kuat PAS , termasuk ayah aku , akan ditugaskan mengajar ke kawasan pendalaman . Mungkin sebagai penderaan psikologi.

Di sebabkan mak cik aku iaitu adik mak aku mengajar di sekolah Tandop jadi aku dihantar ke sekolah itu. Hari Sabtu mak cik akan datang mengambil aku sementara pada hari Khamis aku dihantar pulang ke Kobah.

Jumaat, 27 Mac 2009

Kenangan masa zaman sekolah rendah

Aku mula masuk sekolah rendah tahun 1979 di Sekolah Kebangsaan Bukit Choras. Darjah 1K , itulah darjah aku. Nama guru kelas cikgu Hamidah. Pada masa tu aku rasa cukup terseksa bila ke sekolah. Dah la kena bangun awal lepas tu tengahari baru balik sekolah. Rasa macam lambat sangat . Sekolah dengan rumah aku tak jauh sangat , 2 minit sudah sampai.

Pada masa tu majoriti pelajar yang masuk sekolah rendah dalam keadaan " kosong " iaitu masih lagi tak mengenal nombor dan huruf termasuklah aku sendiri. Tadika tak wujud lagi di kawasan kampong hanya ada di kawasan bandar.

Pada masa darjah satu itulah baru nak kenal nombor dan huruf. Dalam darjah akulah paling mangkuk . Kalau periksa penggal mesti dapat nombor last sekali.

Aku belajar di Sek Keb Bukit Choras dari tahun 1979 hinggalah tahun 1980 sampai darjah 2 sahaja. Guru kelas masa darjah dua namanya Cikgu Rohaya. Dia taklah garang sangat seperti cikgu Hamidah .

Semasa darjah 2 aku ok lah sikit , ada semangat nak pi sekolah tapi masih mangkuk juga . Nombor last mesti milik aku punya.

Kenangan yang masih aku ingat masa darjah 2 bilamana ustaz aku iaitu Ustaz Hussin koyak mulut aku sebab tak kenal huruf jawi. Kecut gila masa tu.

Dalam dua tahun aku belajar itu jawi , BI serta Math aku tak tau satu benda pun . Hanya BM yang aku minat. Jadi alhamdulillah aku boleh baca .

Terima kasih cikgu.

Rabu, 25 Mac 2009

Pekan Kobah

Kobah merujuk kepada nama kampung yang letaknya lebih kurang 20 km dari bandar Alor Setar . Ada pekan kecil di sini yang dikenali Pekan Kobah terletak di antara Kota Sarang Semut dan Pendang. Tidak ada apa yang menarik di sini. Dulu ada stesen keretapi di Pekan Kobah ini. Tetapi sekarang dah tak ada.

Landmark Kobah ialah sebuah bukit iaitu Bukit Kobah. Walaupun tidak ada benda yang menarik di sini tapi ia menyimpan sejuta kenangan sebab aku dilahirkan serta dibesarkan di sini.