Ahad, 19 Julai 2009

Kuliah Hari Jumaat

Sudah tiga bulan aku tidak menghadiri kuliah bulanan Ustaz Halim Nasir di Masjid Kampung Tempoyak Pendang . Kelmarin disebabkan tidak ada urusan keduniaan aku dapat menghadiri kuliah beliau yang bermula dari jam 9 pagi hungga jam 10 pagi itu .

Disebabkan bulan islam pada bulan Julai ini ialah bulan Rejab jadi topik kuliah beliau lebih menjurus tentang keistimewaan bulan mulia ini .

Apa yang aku ingat Ustaz Halim menegaskan berdasarkan surah Al-Baqarah pembunuhan di bulan Rejab adalah dosa besar disebabkan ia adalah antara bulan-bulan diharamkan berperang dalam kalendar islam.

Tetapi ada dosa yang lebih besar lagi daripada dosa membunuh pada bulan Rejab ini iaitu pertamanya orang yang menghalang orang lain daripada mengikut jalan ALLAH . Kalau ikut dalam konteks semasa ini ialah pihak-pihak yang menghalang atau benci kepada program-program islam .

Kedua ialah orang yang kufur kepada ALLAH. Orang yang kufur ialah orang yang suka kepada neraka.Nauzubillah.

Ketiga ialah orang yang menghalang orang ramai ke masjid-masjid. Dalam Al-quran disebut golongan yang menegah orang islam dari masuk ke Masjidil Haram iaitu merujuk kepada Abu Jahal . Dalam situasi zaman sekarang menurut Ustaz Halim ialah golongan yang memandulkan masjid-masjid. Ada ustaz digam tidak boleh beri tazkirah serta tidak boleh membaca khutbah. Kalau AJK masjid menjemput individu tertentu untuk beri kuliah di masjid ada pihak tertentu membuat laporan ke pejabat ugama kununnya individu itu tidak sesuai untuk memberi kuliah . Niat puak-puak ini hanyalah satu iaitu menghalang orang ramai datang ke masjid dan seterusnya membiarkan masyarakat jahil tentang islam.

Keempat ialah golongan yang menghalau keluar orang islam dari Mekah , juga merujuk kepada Abu Jahal dan rakan-rakannya. Kalau dalam konteks zaman sekarang ini ialah merujuk tindakan puak-puak tertentu yang menukarkan tempat kerja mereka-mereka yang pro ke arah islam dengan niat untuk mendera mereka . Jika nak senang tak payah sokong islam .

Itu sajalah yang aku ingat dan dapat aku coretkan di sini daripada kuliah Ustaz Halim Nasir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan