Sabtu, 25 Julai 2009

Tiada Mustahil Di Dalam Politik

Aku masih ingat lagi pada tahun 1989 , masa tu aku masih lagi di tingkatan 4 Sains di Maktab Mahmud . Pada tahun itu sekolah aku telah menjemput Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk merasmikan mesyuarat PIBG . Masa tu dia menjadi Menteri Pelajaran . Memang dia seorang pemidato yang baik . Walaupun aku lebih pro PAS tapi aku sendiri kagum dengan kepetahan DSAI berpidato semasa merasmikan mesyuarat PIBG di dewan Maktab Mahmud.

Kemudian pada tahun 1993 , waktu itu aku di tahun pertama di USM , DSAI berjaya di dalam perebutan jawatan untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya menjadi TPM. Maka bersorak-sorai serta bergumbiralah geng ABIM serta JIM di USM pada masa itu di atas kejayaan DSAI .

Jika pada masa itu iaitu pada tahun 1989 atau pada tahun 1993 ada insan yang mengatakan atau meramalkan yang DSAI akan menjadi ketua pembangkang pada tahun 2009 serta meramalkan DSAI akan dipenjarakan sudah tentu insan itu akan dianggap sebagai insane serta ditangkap pihak berkuasa .

Aku juga tertarik dengan ceramah Roslan Kassim , Ezam Md nor serta Azmin Ali masa zaman reformasi sekitar tahun 1998 dahulu . Tetapi antara ketiga-tiga mereka Roslan serta Ezam tewas dulu dan seterusnya masuk UMNO semula yang aku kira suatu perkara yang mustahil.

Begitu juga dengan cerita JKKK di kampung aku yang kuat UMNO biru berkarat . Dia ni masa mudanya cukup benci dengan orang PAS . Dalam kampung aku orang yang paling dibenci oleh si JKKK ini ialah bapa aku sendiri sebabnya bapa aku paling kuat PAS . Si JKKK inilah dok pi repot kat pihak berkenaan yang menyebabkan bapa aku kena tukar tempat kerja . Tapi dalam pilihanraya lepas si JKKK ini telah berpaling tadah dan menyokong calon PAS . Dia pun pulun sama turun berkempen untuk memenagkan calon PAS . Malah bila calon PAS menang dia buat kenduri pula tu . Ayah aku pun turut dipanggil ke kenduri kemenangan calon PAS . SUBHANALLAH.

Cerita-cerita di atas membuktikan bahawa tiada yang mustahil dalam politik . Apa saja pun boleh berlaku dengan kehendak ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan