Selasa, 28 Oktober 2014


Gambar di atas ialah gerai buah di Pekan Pendang. Mungkin gerai sementara. Sebelum ini gerai buah yang lama telah mengalami kebakaran jadi peniaga telah dipindahkan di sini iaitu di sebelah pejabat Majlis Daerah Pendang. Aku selalu juga beli buah di sini bila aku balik kampung.


Sabtu, 22 Februari 2014

Tak Dak Tajuk

Sebentar tadi aku baca satu artikel dalam blog tentang seorang ahli politik di satu negeri tu tak puas hati sebab masjid dijadikan pentas politik khususnya ketika waktu khatib baca khutbah....lantak pi kat dia nak kata apa pun ...ini negara demokrasi...

Aku rasa terkeliru sikit tentang kenyataan beliau yang wartawan tulis seperti berikut :

" Kita patut malu pada bangsa lain kerana tempat ibadat mereka sepeti kuil hindu dan tokong cina tidak digunakan untuk menghentam sesama mereka . "sumber : www.bloglist-malaysia.blogspot.com....

Aku rasa seolah-olah disamakan masjid dengan tempat ibadat agama lain....tapi aku bersangka baik beliau tidak bermaksud demikian....mungkin reporter tersalah tulis.....

Cubaan Untuk Gagalkan Kuliah Ust Badrulamin

Posting aku yang lepas mencatatkan isi-isi penting kuliah maghrib Ustaz Badrulamin di masjid khariah aku....

Kuliah Ust Badrulamin telah dirancang lama oleh pihak AJK masjid ....jadi 7 februari 2014 beliau boleh hadir ke masjid khariah aku.....

Ada pihak-pihak jahil yang bersahabat dengan iblis telah berusaha bersungguh - sungguh untuk menghalang kuliah itu dijalankan...alasan diberikan mereka ialah Ust Badrulamin seorang politician....

Geng-geng melayu bermazhab iblis ini telah mempergunakan pihak-pihak tertentu untuk menekan AJK masjid untuk membatalkan kuliah tersebut.....Tetapi AJK masjid tegas dan telah mengabaikan tekanan pihak - pihak iblis ini dan akhirnya kuliah berjaya diadakan.....

Aku pun bimbang juga jika perkara tidak diingini berlaku pada malam itu tapi syukur ALLAH telah memelihara majlis ilmu tersebut dan ia telah berjalan dengan selamat dan aman...

Ust Badrulamin tidak menyentuh pun hal politik semasa dalam kuliah beliau....yang geng melayu bermazhab iblis takut sangat tu aku pun hairan juga...geng melayu bermazhab iblis ni mereka bukan ada kelulusan apa-apa pun hanyalah samseng kampung......




Jumaat, 7 Februari 2014

Kuliah Ustaz Badrulamin di Masjid Kariah Aku

Semalam bersamaan 7 februari 2014 , masjid kariah aku telah berjaya mengadakan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Badrulamin....

Point penting yang diberikan oleh Ustaz Badrulamin ialah
-  kita wajib berpegang teguh dengan ajaran islam
-  kitab Al-Quran cukup lengkap...as a muslim kita wajib pelajari serta faham isi kandungannya dengan sebaik mungkin
-  islam agama universal ... ambil iktibar pejuangan rasullullah saw serta sahabat sahabat baginda dalam memperjuangkan serta mengembangkan ajaran islam
-  setiap hukum-hukum ALLAH wajib kita taat...jangan dipersoalkan hukum ALLAH kerana itu boleh menjejaskan akidah
-  ALLAH tidak akan menurunkan balanya ke atas sesuatu tempat jika penduduk tempat itu bertakwa kepada ALLAH
-  masjid perlu sentiasa mengadakan majlis ilmu kerana rahmat ALLAH akan diturunkan dalam majlis ilmu
-  majlis ilmu di masjid adalah taman syurga
-  akhir sekali beliau menasihatkan anak kariah supaya sayang dan suka akan majlis ilmu....beliau turut mengingatkan anak kariah yang bencikan majlis ilmu di masjid supaya jangan ganggu majlis ilmu di masjid kerana bala ALLAH akan diturunkan kepada golongan yang benci majlis ilmu islam

Ahad, 12 Januari 2014

Kita Wajib Bersikap Positif

Tol Naik ( sampai hari ni belum naik lagi ) , tarif TNB naik , tambang bas sekolah naik , minyak memang sudahpun mahal dan lain-lain harga keperluan semuanya naik.....

Rakyat dinasihatkan supaya mencari alternatif ....contoh kalau harga ayam naik , jangan makan ayam....tol naik kita guna jalan tidak bertol....dan bla...bla....bla....bla.....sebagai rakyat serta menjadi pengundi BN kita kena sokong cadangan tersebut....

Rakyat disuruh berjimat-cermat , jangan membazir....VVIP buat majlis makan mahal-mahal tak menjadi masalah sebab itu hak mereka....lagipun kita sebagai pengundi BN telah memangkah mereka.....

Rakyat disuruh berfikiran positif bila terlalu terbeban dengan kos hidup yang meningkat....Ya ...memang benar sebagai pengundi BN memanglah kita sentiasa berfikiran positif sebab itulah kita memangkah Bn dulu kini dan selamanya......

Selasa, 7 Januari 2014

Di Manakah Mereka ????

Tadi aku baca cerita dalam blog kedahlanie.info tentang seorang kanak-kanak perempuan  bersama - sama datuknya ke sekolah untuk daftar masuk...si datuk budak ini disebabkan kesempitan hidup telah membawa seuncang duit syiling untuk buat bayaran yuran sekolah sebanyak RM 64...tapi duit syiling tersebut masih belum cukup untuk bayar duit yuran...nasib baik cikgu di sekolah itu tolong bantu cukupkan jumlahnya...

Sekarang banyak NGO melayu yang ditubuhkan....semuanya claimed untuk berjuang membela melayu....takkan mereka terlepas pandang ??

Pejabat Zakat ataupun baitulmal takkan nak lihat saja benda macam nie ??

Tok - Tok alim yang dok sibuk melalak pasai isu bughah tak teringinkah nak tegur pihak berkenaan yang cuai menjaga kebajikan rakyat susah ??

Apakah hukumnya di sisi Islam apabila pemerintah tak ambil peduli hal-hal rakyat susah ?? Mungkin tok-tok alim tersebut sedang menyelak kitab untuk cari hukum....