Jumaat, 7 Februari 2014

Kuliah Ustaz Badrulamin di Masjid Kariah Aku

Semalam bersamaan 7 februari 2014 , masjid kariah aku telah berjaya mengadakan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Badrulamin....

Point penting yang diberikan oleh Ustaz Badrulamin ialah
-  kita wajib berpegang teguh dengan ajaran islam
-  kitab Al-Quran cukup lengkap...as a muslim kita wajib pelajari serta faham isi kandungannya dengan sebaik mungkin
-  islam agama universal ... ambil iktibar pejuangan rasullullah saw serta sahabat sahabat baginda dalam memperjuangkan serta mengembangkan ajaran islam
-  setiap hukum-hukum ALLAH wajib kita taat...jangan dipersoalkan hukum ALLAH kerana itu boleh menjejaskan akidah
-  ALLAH tidak akan menurunkan balanya ke atas sesuatu tempat jika penduduk tempat itu bertakwa kepada ALLAH
-  masjid perlu sentiasa mengadakan majlis ilmu kerana rahmat ALLAH akan diturunkan dalam majlis ilmu
-  majlis ilmu di masjid adalah taman syurga
-  akhir sekali beliau menasihatkan anak kariah supaya sayang dan suka akan majlis ilmu....beliau turut mengingatkan anak kariah yang bencikan majlis ilmu di masjid supaya jangan ganggu majlis ilmu di masjid kerana bala ALLAH akan diturunkan kepada golongan yang benci majlis ilmu islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan