Isnin, 3 Ogos 2009

Orang Munafik Ada Disepanjang Zaman

Pada zaman Rasulullah saw perangai puak munafik diceritakan sebagai mereka yang sentiasa berdukacita jika sesuatu kebaikan serta kejayaan diperolehi oleh Rasulullah saw serta sahabat baginda. Sebaliknya jika sesuatu musibah serta kecelekaan menimpa baginda serta sahabatnya orang-orang munafik akan melonjak kegembiraan. Malah mereka juga gemar melakukan kerosakan . Di dalam diri mereka terdapat penyakit hasad dengki yang cukup tinggi.

Jika kita merujuk sejarah Melaka , kita akan dapati salah satu sebab kejatuhan Melaka kepada Portugis ialah disebabkan oleh puak-puak munafik yang berada di dalam istana Melaka. Mereka setiap hari diminta nasihat oleh Sultan Melaka . Tetapi pada masa yang sama mereka membocorkan rahsia kepada musuh iaitu Portugis demi mendapatkan upah duniawi . Mereka bersorak gembira bila Portugis dapat menawan Melaka .

Puak-puak munafik ini wujud sepanjang masa . Selain berada di dalam pentadbiran negara mereka juga wujud di dalam persatuan , parti politik malah di dalam jawatankuasa masjid pun kadang-kadang mereka pun wujud.

Side Effect yang ketara yang disebabkan oleh golongan munafik ini ialah kerosakan dari dulu sampai sekarang.

Jauhilah diri kita daripada dijangkiti daripada penyakit munafik .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan