Khamis, 17 Disember 2009

Musim Makan Kenduri


Sekarang ini musim cuti sekolah . Musim cuti sekolah ini cukup sinonim dengan musim makan kenduri . Kad kenduri bertimbun . Kadang-kadang satu hari ada lebih dari satu majlis kenduri , jadi kena pilih kenduri yang mana satu yang kena pergi .

Dalam dok bercerita pasal kenduri ini ada beberapa insiden yang masih aku ingat .

Pertama aku pernah pergi ke satu majlis kenduri di satu kampung , aku terpaksa tunggu punyalah lama dalam khemah jamuan . Dalam majlis kenduri itu jamuan akan dihidangkan jika korum cukup di meja hidangan . Satu meja mesti ada empat orang . Disebabkan aku pergi seorang jadi aku kena tunggu sampai cukup korum . Disebabkan tunggu terlalu lama aku bercadang nak balik dah , nasib baik last-last minute ada tiga orang tetamu baru datang dan terus mereka menuju ke meja aku . Finally hidangan pun dihidangkan . Gila betul peraturan kenduri macam ini.

Kedua seingat aku bulan Jun lepas . Jemputan ke majlis kenduri tersebut tersangatlah ramai . Tempat duduk dalam khemah jemputan penuh , sampai tak cukup tempat pada masa aku sampai . Nak ambil tempat duduk dalam khemah pun kena beratur . But lastly aku dapat tempat juga . Disebabkan jamuan nasi dagingnya terlalu sedap perasaan marah aku pun hilang.

Ketiga , nasib baik aku tak pergi ke majlis kenduri ini . Menurut tetamu yang pergi ke kenduri tersebut majoritinya kena diarrhea termasuklah dia sendiri . Yang ini memang betul-betul kes naya . Kalau aku pi juga sudah tentu aku pun kena cirit-birit .

Ini hanyalah coretan santai aku . Aku tak berniat nak kondem sapa-sapa .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan