Sabtu, 18 April 2009

Apabila Harga Getah Turun.....

Aku mula perniagaan mini market aku pada bulan Jun 2000 di sebuah pekan kecil di Kedah . Majoriti penduduk di situ adalah penoreh getah. Ketika itu harga getah sekerap atau getah beku sekitar 90 sen sekilogram.

Kalau tak silap aku harga getah sekerap melonjak naik sedikit demi sedikit bermula awal tahun 2001 sehinggalah ke hujung tahun 2008 iaitu sekitar kita menyambut hari raya puasa. Harga getah sekerap pernah mencecah paras tertinggi iaitu RM 5.00 sekilo. Bayangkan kalau ada penoreh getah boleh menjual 200 kilo getah sekerap dalam seminggu. Sebulan income dia sama dengan gaji basic pensyarah universiti awam.

Aku masih ingat macam mana riuh serta gembiranya penduduk di pekan itu bila harga getah semakin meningkat. Para peniaga termasuk aku sendiri turut gembira . Hasil jualan kami pun turut meningkat. Pembeli tak begitu berkira sangat.

Seingat aku hari sabtulah hari paling sibuk sampai tak sempat nak duduk . Bila time zohor aku tutup kedai sebentar untuk ke masjid berdekatan. Bila balik dari masjid sudah ramai customer menunggu di depan kedai.

Kedai hardware lagilah laris jualan mereka . Para penoreh ambil peluang untuk buat renovation rumah mereka . Maklumlah duit dah jenuh .

Jualan kereta second hand khususnya Proton serta jualan motosikal macam goreng pisang. Selalunya kita kalau nak beli kereta kena tunjuk macam-macam dokumen . Golongan penoreh begitu istimewa . Mereka tak perlu banyak dokumen sekadar tunjukkan resip jualan getah untuk sebulan pun dah cukup. Ini untuk kes kereta second hand sajalah.

Pekan sehari di sini pun selalu penuh . Memang mewah sungguh ketika itu.

Panas tak sampai petang , ada hujan di tengahari . Begitulah nasib penoreh getah di sini dan di merata tempat di Malaysia . Selepas hari raya tahun 2008 harga getah terus jatuh dan tidak stabil sampai hari ini . Kadang-kadang naik kadang-kadang turun. Ada penoreh bagitau kat aku , harga paling rendah pernah mencecah 80 sen sekilo.

Para peniaga di sini pun turut terasa termasuklah aku. Dulu kalau hari Sabtu tak sempat nak duduk sekarang hari Sabtu aku taklah sibuk sangat kadang-kadang tu sempat juga berinternet.

Sesetengah peniaga tak habis-habis merungut . Tapi bagi aku itu perkara biasa . Rezeki datang dari ALLAH . Ada hari dapat lebih ada hari dapat kurang. Banyak mana aku dapat pun aku bersyukur kehadrat NYA. Yang baik itu semuanya dari ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan