Isnin, 20 April 2009

Nospan tu benda apa ???

Hari ini aku nak cerita sikit pasal ubat . Walaupun aku tak mengaji berkenaan ubat aku tahu juga serba sedikit mengenainya daripada info yang aku dapat daripada rakan-rakan USM dulu yang ambil kursus farmasi.

Ubat yang aku maksudkan ialah ubat yang selalu disalahgunakan oleh remaja khususnya remaja melayu . Ubat itu famous dengan panggilan Nospan.

Daripada maklumat yang aku perolehi Nospan ini kandungannya ialah Dextromethorphan . Panjang betoi nama kimianya kalau nak pendek kita panggil Dextro ajelah. Kegunaan utamanya ialah untuk merawat penyakit batuk kering yang sangat teruk. Ubat ini jika diambil mengikut dosnya yang betul tak bahaya pun , side effect mungkin drowsy atau lali macam kita minum ubat batuk.

Ada banyak brand ubat batuk yang mengandungi dextro salah satunya yang aku sebut atas tadi iaitu Nospan. Sediaan ubat batuk dextro ni ada yang berbentuk pil serta dalam bentuk sirap pun ada dan mudah didapati di klinik swasta dan juga di farmasi swasta.

Yang menjadi masalah dengan ubat ini ialah jika diambil dalam kuantiti yang banyak ia boleh menyebabkan sipengambilnya akan jadi excited atau teruja ataupun syok terlajak. Disebabkan ia mudah didapati menjadikan ia satu produk yang hot di kalangan remaja. Lagi satu pil ini boleh menyebabkan mereka ketagih dan ini merupakan langkah awal mereka untuk terjebak di dalam alam ketagihan dadah.

Baru-baru ini masuk dalam paper tentang penahanan beberapa orang pelajar sekolah di Pulau Pinang bersama-sama sejumlah kuantiti pil Dextro. Yang tak kena tangkap kita tak tau banyak mana.

Oleh itu kita selaku ibu bapa , penjaga ataupun guru perlu peka tentang gejala penagihan pil Dextro ini . Jangan dok ambil ringan . Jika dulu orang kata gejala ketagihan dadah bermula dengan rokok tapi sekarang gejala jijik itu pun boleh bermula dengan ubat Dextromethorphan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan