Isnin, 4 Mei 2009

Kenangan masa zaman sekolah rendah 5

Pada tahun 1982 aku masuk darjah empat. Pada tahun itu jugalah ayah aku ditukarkan bertugas ke Pulau Pinang. Ketika itu Pulau Pinang jaraknya terlalu jauh dari Kedah . Masa tu highway tak dak lagi. Jarak perjalanan ambil masa 3 jam lebih.

Ayah aku seorang aktivis PAS . Masa bertugas di Sekolah Bongor Baling keaktifan ayah aku dalam PAS tidak terjejas sedikit pun . Jadi sebab itulah ayah aku kena tukar ke Penang pula . Ayah aku bernasib baik kerana ditukarkan ke Penang . Ada rakan-rakannya yang ditukarkan ke Pahang , Terengganu dan juga ke Kelantan .

Tujuan ditukarkan tempat kerja adalah satu bentuk penderaan psikologi agar puak-puak aktivis PAS ini termasuk ayah aku agar kendur atau slow sedikit. Tetapi lawan tetap lawan. Walaupun ditukarkan ke mana sahaja ayah aku macam tu juga. Masih kuat PAS.

Ayah aku bertugas di Penang sampailah dia pencen pada tahun 1995. Masa di Penang ayah aku bersama-sama Pak Leh , Almarhum Haji Sudin , dan banyak lagi rakan-rakannya berusaha mengembangkan sayap PAS di sana khususnya di Bayan Baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan