Selasa, 31 Mac 2009

Kenangan masa zaman sekolah rendah 2

Pada tahun 1981 aku bertukar sekolah . Sekolah baru aku ialah Sek Keb Dato' Wan Mohd Saman atau lebih dikenali sebagai sekolah Tandop . Aku terpaksa bertukar sekolah kerana ayah aku , juga seorang guru , telah ditukarkan ke Sek Keb Bongor Baling. Dulu Baling dianggap kawasan pendalaman atau ulu.

Ayah aku seorang aktivis PAS ( orang Kedah panggil oghang kuat PAS ). Sudah menjadi rutin bagi guru yang kuat PAS , termasuk ayah aku , akan ditugaskan mengajar ke kawasan pendalaman . Mungkin sebagai penderaan psikologi.

Di sebabkan mak cik aku iaitu adik mak aku mengajar di sekolah Tandop jadi aku dihantar ke sekolah itu. Hari Sabtu mak cik akan datang mengambil aku sementara pada hari Khamis aku dihantar pulang ke Kobah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan