Khamis, 13 Mei 2010

Pseudoephedrine Bahan Asas Buat Syabu

Dalam posting aku yang lama aku ada mencatatkan tentang susah untuk mendapatkan ubat selesema Clarinase . Sebabnya kandungan ubat ini mengandungi Pseudoehedrine Ubat selesema yang lain pun yang mengandungi kandungan bahan kimia tersebut turut dikawal penjualannya jadi kita susah untuk membelinya . Kalau beli di farmasi kena tunjukkan IC untuk direkodkan pembeliannya .

Sebelum ini ada ahli farmasi informed aku yang benda kimia Pseudo ini digunakan untuk membuat pil khayal . Last month aku terbaca paper KOSMO . Ada artikel tentang Pseudoephiderine ini . Rupa-rupanya pil khayal yang dimaksudkan ialah syabu .

Basic ilmu kimia digunakan untuk dapatkan Pseudo from tablets . Aku rasa proses extraction serta penyulingan diguna pakai . Aku pun tak berapa nak ingat dah prosedur ini tapi sesiapa yang ambil subjek kimia masa sekolah menengah dulu mestitau punya tentang proses yang aku sebut ini .

Pseudoephedrine ini secara tindakannya ialah mengecutkan saluran darah sebab itu ia juga dikenali sebagai vasoconstrictor . Bila kita kena selesema saluran darah dalam hidung kita akan kembang atupun bengkak . Mungkin sebab itu hidung kita tersumbat . Jadi Pseudo ini bila kita telan , dia akan kecutkan saluran darah hidung ,so menjadikan hidung kita tidak tersumbat .

Kesimpulannya ubat ini memang baik tapi puak-puak penyangak pengedar dadah ambil kesempatan pula untuk buat benda lain yang rosakkan golongan muda khususnya . Sebab itulah ia jadi benda terkawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan