Khamis, 30 Disember 2010

Nasib Rakyat Marhaen

Jika seorang rakyat marhaen ke klinik swasta untuk rawatan demam , selesema , batuk serta sakit tekak dia terpaksa spare dalam poket sekurang-kurangnya RM 100.00 .

Ada orang kata RM100.00 tak mahal dan bukan kena keluar selalu pun . Ya aku setuju jika yang berkata demikian orang kaya yang income sebulan RM10K ataupun golongan VVIP .

Jika si pesakit marhaen tadi pergi ke klinik kerajaan beliau terpaksa menempuh satu tempoh menunggu yang panjang . Sudahlah sakit kena tunggu lambat pula untuk dapat rawatan . Bila berjumpa doktor pula ada sesetengah doktor yang bersikap " garang " terhadap pesakit ,maklumlah pesakit orang susah .

Ada yang ambil jalan mudah pergi ke farmasi swasta sebab ubat tak mahal . Kalau sakit tak teruk OK lah . Kalau setakat ubat demam , ubat selesema serta ubat batuk boleh di beli di farmasi . Tapi kalau dah teruk sangat ahli farmasi bukan boleh buat apa-apa . Dia pun akan arahkan pelanggannya pergi jumpa doktor . Kalau pergi jumpa doktor situasi atas akan berlaku .

Jadi inilah situasinya sekarang . Nak buat macam mana terima sajalah .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan