Jumaat, 16 September 2011

Sistem Hidup

Setiap benda yang bergerak ada sistem yang mengawalnya. Contohnya kereta yang dicipta untuk bergerak ada sistem enjin yang mengawal pergerakannya . Pengilang kereta menyediakan buku panduan kereta yang akan dirujuk oleh pemandu jika kereta mengalami sebarang kerosakan . Jika pemandu tidak boleh selesaikan problem keretanya sendiri , si pemandu tadi akan merujuk kepada mekanik untuk tindakan selanjutnya . Mekanik itu pun juga merujuk kepada buku panduan yang dikeluarkan oleh pengilang . Tujuan utamanya ialah untuk memastikan sistem kereta berfungsi dengan baik dan lancar .

Kita ini manusia yang diciptakan oleh ALLAH begitulah hal keadaannya . Buku panduan kita ialah AL-Quran . ALLAH turunkan ayat-ayat Al-Quran kepada Rasulullah SAW untuk dijadikan panduan manusia supaya sistem kehidupan kita sentiasa lancar . Jika ada masalah rujuklah AL-Quran . Kalau tak boleh selesai sendiri , rujuklah orang-orang alim yang mana mereka lebih memahami Al-Quran dan juga hadis nabi yang menjelaskan lagi rahsia-rahsia ayat Al-Quran .

Itu asas yang berjalan dalam kehidupan kita yang boleh dipanggil sistem kehidupan dalam islam. Benda basic macam ini kalau tak faham juga memang bercelarulah sistem kehidupan kita .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan