Khamis, 14 Januari 2010

Perjumpaan Ahli-Ahli PAS Dengan YB Firdaus

Pada hari Ahad bersamaan 10 Januari 2010 satu perjumpaan telah diadakan di antara ahli-ahli PAS kawasan perumahan aku dengan ahli parlimen Jerai iaitu YB Firdaus Jaafar . Perjumpaan telah diadakan di rumah aku . Lebih kurang 50 orang menghadiri perjumpaan tersebut .

Dalam perjumpaan itu YB Firdaus menekankan tentang kepentingan displin dalam parti serta mengingatkan kepada ahli-ahli yang hadir agar bijak dalam mengatur strategi . Selain itu beliau turut menyentuh tentang isu-isu semasa .

Suatu dialog ringkas juga dibuat di antara YB Firdaus . Antara isu yang dibangkitkan dalam dialog itu ialah tentang projek penapisan minyak di Yan serta isu penswastaan pelupusan sampah dan juga penswastaan air di Kedah .

Perjumpaan ini merupakan perjumpaan yang pertama selepas cawangan PAS di kawasan perumahan aku ditubuhkan pada tahun 2009 .

PAS tidak pernah menang parlimen Jerai sejak daripada merdeka . Ini adalah kemenangan pertama PAS .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan