Sabtu, 28 September 2013

BERASA TAKUT DALAM MASJID

Dalam posting aku bulan Jun lepas aku menulis tentang keadaan aku yang berasa takut dalam bank dan semasa aku berada dalam kedai aku ...

Selepas itu aku berjumpa dengan seorang ustaz dan aku menceritakan masalah aku....dia nasihatkan aku agar perbanyakkan membaca Al-Quran serta memberi petua agar selalu membaca Surah Al-Qadar selepas setiap kali selesai solat suboh dan maghrib....dia juga memberikan aku air yang telah dibaca doa untuk diminum....

Masalah aku mengalami perasaan takut dan gelisah tidak reda lagi....selepas berjumpa dengan ustaz tersebut dan aku ikut nasihatnya keadaan aku tidak berubah....perasaan takut dan gelisah menyerang diri aku tidak mengira masa dan tempat...kadang-kadang ia terjadi waktu pagi sebelum aku pergi kerja....kadang-kadang waktu pagi tu OK tapi ia terjadi semasa aku berada di kedai aku...pernah juga ia terjadi sebaik sahaja aku sampai di kedai aku ...semasa driving OK saja but as soon as I reached at my shop it attacked me......memang aku rasa nak balik rumah...nasib baik isteri aku sering nasihat aku agar jangan layan perasaan tersebut....

Malah semasa dalam masjid perasaan takut dan gelisah itu turut terjadi....aku masih ingat semasa pergi solat jumaat sebaik sahaja selesai solat tahiyatul masjid aku tiba-tiba jadi takut , gelisah serta badan naik berpeluh....aku rasa nak keluar dari masjid tapi aku tahankan diri aku...semasa bersolat pun ia terjadi...aku rasa macam nak pitam....banyak kali juga perkara begini terjadi atas diri aku semasa di masjid.......

Semasa menghadiri kuliah maghrib , banyak kali juga aku menjadi takut dan gelisah.....semasa on the way to surau ok saja ...rasa happy....sampai di surau pun OK but sebaik sahaja ustaz memulakan kuliah aku jadi takut dan gelisah ...aku rasa nak cabut lari balik rumah......tapi aku lawan perasaan itu kerana itu adalah gangguan syaitan dan iblis.....

Begitulah keadaan aku pada tahun 2012 bermula dari Januari sampailah April iaitu waktu aku ditimpa penyakit takut serta gelisah dengan teruk sekali dan banyak lagi kisah yang akan aku tulis tentang penyakit tersebut sampailah aku pulih sepenuhnya pada bulan Mei 2012 .......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan