Isnin, 16 September 2013

UBAT TENANG JIWA

Ada di kalangan kita yang mengalami masalah tidak tenteram dalam kehidupan...fikiran berserabut....jiwa sentiasa kacau....kalau dalam perubatan moden pesakit yang mengalami masalah macam ini akan dirujuk kepada doktor jiwa ataupun psychiatrist....

Sebagai muslim jika kita mengalami masalah sebegini tak perlulah kita pergi berjumpa bomoh....kalau nak jumpa doktor tidak ada masalah tetapi ubat tenang jiwa yang paling mujarab ialah kita mesti dekatkan diri kita dengan masjid serta kuliah agama...

Menurut ustaz yang memberi tazkirah di masjid aku , solat jamaah serta kuliah agama di masjid akan dirahmati oleh ALLAH ...salah satu rahmat yang ALLAH turunkan ialah ketenangan dalam jiwa setiap individu muslim yang hadir.....

ALLAH telah pun menegaskan di dalam Al Quran yang hati kita menjadi lebih tenteram apabila kita selalu ingatkan ALLAH dan salah satu cara untuk kita selalu ingatkan ALLAH ialah melalui solat berjamaah dan juga kuliah-kuliah agama....

Jadi sesiapa di kalangan muslim yang mengalami masalah jiwa yang tidak tenteram , selalulah ke masjid tetapi dengan sekali hadir saja tidak mencukupi....jadikanlah satu amalan harian moga-moga kita dirahmati ALLAH...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan