Sabtu, 16 November 2013

Penyeksaan Oleh Muslim Terhadap Muslim

Sekarang aku sedang membaca buku bertajuk DI SEBALIK IKHWAN MUSLIMIN yang ditulis oleh wartawan British bernama Douglas Thompson....Douglas telah menemuramah salah seorang ahli ikhwan yang bernama Youssef Nada....Youssef Nada adalah seorang jutawan yang tinggal dalam buangan di salah sebuah negara Eropah....beliau pernah dilabelkan sebagai pengganas oleh pentadbiran Bush selepas peristiwa 9/11....Namun pihak PBB telah mengeluarkan nama beliau daripada senarai pengganas yang dikehendaki....

Youssef pernah ditahan di penjara Mesir ketika usianya masih muda semata-mata kerana menjadi ahli ikhwan....dalam buku itu beliau menceritakan bentuk-bentuk siksaan yang diterima oleh ahli-ahli ikhwan....antaranya tahanan akan diikat kaki kemudian digantung dengan kepala ke bawah , kemudian dengan kaki diikat sebelah atas kepala tahanan akan diturunkan kedalam tong besar yang diisi dengan najis manusia hingga ke paras dada....kemudian kepala tahanan ditarik keluar...selepas itu dicelup pula kepala tahanan itu lagi dalam tong najis tersebut.....aksi ini dibuat supaya tahanan itu mengaku atas tuduhan yang sengaja direka-reka serta mendedahkan rahsia ikhwan.....

Bentuk siksaan lain ialah tahanan akan disebat berulang-ulang kali sehingga terkeluar kulit.....ada tahanan yang disiksa sampai tak sedar diri kemudian tahanan tadi akan dimasukkan dalam sel yang di dalam sel tersebut terdapat anjing besar....malah Youssef mendedahkan ada tahanan yang mati akibat dibaham anjing tersebut.....

Tahanan yang diseksa itu semuanya muslim dan mereka yang menyeksa tahanan itu pun semuanya muslim......banyak pendedahan yang dibuat oleh Youssef Nada kepada wartawan tersebut....

Buku itu boleh didapati di Popular Book Store dan diterbitkan oleh syarikat buku PTS.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan