Khamis, 21 November 2013

SABAR DAN RAJIN BACA QURAN


Aku kembali menceritakan tentang penyakit gelisah yang aku alami dahulu...last posting aku menceritakan aku turut berasa takut dalam masjid.....disebabkan aku tak tahan menanggung derita penyakit tersebut kadang-kadang terdetik dalam hati aku yang mati lebih baik daripada hidup....itulah lintasan iblis...

Aku telah berjumpa dengan 2 orang ustaz untuk merawat penyakit aku itu...kedua-dua ustaz itu menasihatkan aku supaya bersabar dan memperbanyakkan bacaan al-quran....

Mereka menceritakan benda yang sama....iaitu gangguan iblis....sebab itulah aku selalu takut dalam masjid ......

Doktor pula mendiagnoskan yang punca penyakit aku ialah stress dan perasaan aku semata-mata....

Kedua-dua pendapat iaitu pendapat doktor dan ustaz aku boleh terima....memang aku mengalami stress yang agak teruk sebelum terjadinya penyakit ini....melalui pembacaan aku apabila kita terlalu stress badan kita dari segi psikologi menjadi lemah dan dari segi spiritual iblis mudah ganggu kita.....

Jadi sesiapa sahaja yang mengalami penyakit macam aku alami ini yang utama sekali banyakkan bersabar serta selalu membaca al quran....elakkan daripada berjumpa bomoh.....berjumpalah dengan ustaz-ustaz yang alim dan ikhlas.....dengan izin ALLAH SWT akan sembuh juga akhirnya......jangan putus asa daripada rahmat ALLAH....

Banyak lagi tips yang akan aku ceritakan ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan