Selasa, 24 Disember 2013

Bila Nabi Isa as dilahirkan ??

Hari ini 25 Disember...umat kristian seluruh dunia menyambutnya sebagai hari kelahiran Nabi Isa as....

Percaya kepada rasul - rasul utusan ALLAH swt adalah kepercayaan umat islam...sesiapa di kalangan umat islam yang tidak mempercayai rasul - rasul utusan ALLAH swt dikira sebagai kafir.....Nabi Isa as adalah salah seorang rasul utusan ALLAH swt ...baginda diutuskan oleh ALLAH swt khusus untuk bani Israel untuk meneruskan ajaran taurat Nabi Musa as dan dianugerahkan dengan kitab Injil untuk menguatkan lagi ajaran baginda....malah Nabi Isa as membawa berita tentang kedatangan seorang nabi selepasnya iaitu Nabi Muhammad saw.....

Jadi bilakah Nabi Isa as dilahirkan...tarikh sebenar kelahiran baginda kita tidak mengetahuinya....di dalam al Quran hanya diterangkan pada hari ibu Nabi Isa as iaitu Maryam hendak melahirkannya , ibunya telah bersandar pada sebatang pokok kurma dan berdekatan dengan pokok kurma itu ada aliran anak sungai....ini membuktikan Nabi Isa as bukan dilahirkan pada musim sejuk kerana mustahil pokok berbuah pada musim sejuk....

Tarikh kelahiran baginda tidak penting....yang lebih utamanya kita sebagai muslim wajib mempecayai kerasulan Nabi Isa as yang meneruskan ajaran tauhid nabi-nabi terdahulu.....

Umat kristian mengatakan 25 Disember sebagai hari kelahiran Nabi Isa as itu adalah kepercayaan mereka bukan kepercayaan umat islam....

ALLAH SWT LEBIH MENGETAHUI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan