Ahad, 28 Mac 2010

Kapsul Kosong

Last year kedai aku dilawati oleh pihak-pihak tertentu . Mereka ternampak kapsul-kapsul kosong yang ada di rak kedai . Pihak berkenaan tanya aku " Kapsul kosong pun jual juga ? " . Aku jawab " Ada customer cari , kena juallah " . Aku tengok dia dok tenung kat kapsul kosong tu . Aku ingat dia nak rampas tapi dia tak buat apa-apa pun .

Setahu aku tak dak pun dalam law yang mengatakan kapsul kosong salah dijual . Tak tahu pulak jika ada new laws tentangnya .

Kapsul kosong banyak digunakan oleh pengusaha ubat tradisional . Di Malaysia ada satu syarikat bumiputera islam membawa kapsul ini daripada Pakistan . Sebelum ini kapsul kosong banyak dibawa masuk dari China . Kalau kita lihat di packagingnya semua ditulis perkataan Halal .

Aku rasa jika pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) berhasrat mengawal penjualan ubatan tradisional yang tidak berdaftar mereka juga perlu mengawal penjualan kapsul kosong ini . Lantiklah pemborong ataupun agen tertentu untuk menjual benda ini . Mereka yang ingin mendapatkan kapsul kosong wajib mempunyai dokumen-dokumen tertentu daripada KKM . Tidak ada dokumen bererti mereka tidak boleh membeli kapsul kosong ini.

Pekedai macam aku ni kalau KKM tak benar jual kapsul kosong pun tak dak hal punya sebab untung jualnya pun tak banyak . Banyak benda lain lagi yang boleh untung .

5 ulasan:

  1. saya nak beli kapsul ni.halal kan? boleh x contact saye, nadia:0172945437

    BalasPadam
  2. Masih available ke kapsul ni? Saya nak beli.please contact me qaisha575@gmail.com

    BalasPadam
  3. saya nak kapsulkan ubat saya. jika boleh, email saya aide_zakaria@yahoo.com

    BalasPadam