Rabu, 17 April 2013

Ajaran Sesat

Tadi selepas solat maghrib Tuan Imam Masjid`Khariah Batu 5 Jalan jeniang membacakan satu pekeliling daripada pejabat Mufti Kedah yang memberi ingatan kepada umat islam agar tidak terpengaruh dengan satu kumpulan ajaran sesat yang merupakan serpihan daripada Al Arqam.......antara ajaran merapu serta sesat yang disenaraikan oleh pejabat Mufti Kedah adalah :

-ketua kumpulan ajaran sesat bersahabat dengan jin

-ketua kumpulan ini selalu bermesyuarat dengan jin di Gunung Jerai dan Gunung Santubong di Sarawak

-solat fardu boleh dijamakkn semua sekali

-solat jumaat tak perlu buat

-pengikut ajaran ini yang banyak dosa kalau nak tebus dosa hanyalah perlu bayar duit kepada ketua kumpulan ajaran sesat ini

-ahli kumpulan tak boleh bercampur dengan orang ramai

banyak lagilah ajaran merapu kumpulan ini ......tapi yang aku hairan ramai menjadi pengikut kumpulan ini.....anak-anak yatim serta anak orang susah ada yang direkrut oleh kumpulan ini untuk mengutip derma daripada orang ramai....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan