Jumaat, 12 April 2013

Catatan Tentang Pilihanraya

Aku mula mengundi pada tahun 1995 iaitu PRU  ke 9...masa tu I was still in USM tahun kedua dalam pengajian....ketika itu mood rakyat tak kira bangsa apa pun majoritinya menyokong BN.... Anwar Ibrahim was still in UMNO....economy negara pun stabil.....jadi tidak ada sebab untuk majoriti rakyat memilih parti pembangkang......ketika itu parti pembangkang utama di semenanjung ialah PAS dan DAP....masing-masing parti bawa diri tiada kerjasama....aku termasuk famili aku tetap pangkah calon PAS....di kawasan aku calon PAS iaitu Almarhum Ustaz fadzil Nor menang bagi DUN Bukit Raya tapi untuk parlimen dimenangi oleh BN kalau tak silap aku Osman Abdul was selected as MP Pendang pada tahun itu .

Tahun 1999 PRU ke 10...masu itu aku sudah mula bekerja di syarikat swasta.....masa itu zaman reformasi...mood majoriti pengundi Melayu ketika itu mereka marahkan Tun Dr M kerana telah pecat Anwar Ibrahim from kabinet dan UMNO ...parti pembangkang pun bentuk satu coalition yang diberi nama Barisan Alternatif yang terdiri from PAS , DAP dan Keadilan....hasilnya BN kalah teruk di area pengundi Melayu yang menyaksikan Terengganu diperintah oleh PAS , Kelantan lagi kukuh cengkamannya oleh PAS , Kedah menyaksikan banyak kerusi dimenangi oleh PAS begitu juga di Selangor banyak calon Keadilan dan PAS menang.....prestasi DAP tidak begitu ketara kerana masa itu ekonomi Malaysia masih OK walaupun berlaku krisis mata wang Asia jadi tidak ada sebab pengundi Cin berubah jadi BN lah pilihan mereka ketika itu....pada PRU tahun 1999 itu DUN Bukit Raya dimenangi oleh Taulan Rasul seorang lawyer dan Parlimen Pendang dimenangi oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor.....

Kemudian datang pula PRU ke 11 pada tahun 2004...masa itu imej BN pulih kembali setelah Pak Lah menjadi PM....ekonomi pun OK...semuanya stabil....everybody was happy at that time....pembangkang pula berpecah sebab tidak ada individu yang boleh menyatukan mereka...insan berjiwa besar yang berjaya menyatukan pembangkang pada tahun 1999 iaitu Almarhum Fadzil Noor pun sudang pulang ke Rahmatullah pada tahun 2002...pembangkang seolah-olah tidak ada leader ...masing-masing bawa diri sendiri....akibatnya BN menang besar pada PRU 2004...Terengganu kembali kepada BN...Kelantan nyaris terbang kepada BN apabila kerajaan PAS berjaya perintah Kelantan hanya dengan majoriti 2 kerusi ...Kedah pun begitu juga...DUN Bukit Raya still remained with Taulan Rasul as ADUN dengan MP Pendang dari PAS pun menang hanya bermajoritikan 50 undi lebih sahaja......lain DUN yang dimenangi PAS ialah DUN Sungai Limau...lain- lain DUN aku tak ingat...pendek kata moral penyokong PAS pada tahun itu memang down habis....

Tahun 2008 PRU ke 12 pula diadakan....ketika itu Anwar Ibrahim sudah bebas from prison....tapi ikatan pembangkang masih longgar...Anwar hanya berjaya memastikan BN lawan satu lawan satu dengan pembangkang....tapi di Kedah ada tempat lawan 3 penjuru antara BN- PKR -DAP...ramai rakyat Malaysia beranggapan yang keputusan PRU ketika itu akan lebih kurang sama pada tahun 2004....bila keluar keputusan pilihanraya semua orang terkejut...pembangkang did very well beyond their expectation...Kedah , Perak , Penang dan Selangor dapat diperintah oleh parti selain BN...Kelantan pula PAS menang bergaya sampai pemimpin BN Kelantan terkejut beruk....selepasPRU ke 12 baharulah Pakatan Rakyat diwujudkan....

Sekarang tahun 2013...PRU ke 13 akan diadakan pada 5 Mei 2013....keputusan hanya ALLAH yang Maha Mengetahui....kalau tengok kepada mood rakyat majority dah tak sokong BN....kita pakat-pakat tunggu sahajalah....aku sebagai rakyat Malaysia mengharapkan yang terbaik.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan