Isnin, 17 Jun 2013

Apa Benda Diphenhydramine Hydrochloride ?

Diphenhydramine Hydrochloride adalah bahan antihistamine.....ia merupakan bahan aktif utama di dalam sediaan ubat batuk terkawal.....ubat batuk berasaskan herba tidak terdapat benda ini....

Ubat batuk terkawal yang mengandungi benda ini ialah tergolong dalam ubat terkawal group C jika mengikut peraturan ubat-ubatan di negara kita...ubat terkawal group C ialah ubat yang boleh dibeli di farmasi swasta tanpa preskipsi doktor tetapi setiap pembelian mesti direkodkan oleh ahli farmasi bertugas.....jadi ubat batuk jenis ini boleh dibeli di farmasi swasta tetapi terhad kepada satu botol untuk setiap individu dan si pembeli mesti merekodkan data peribadinya.....di klinik swasta pun boleh didapati serta hospital kerajaan pun diberi kepada pesakit yang batuk.....

Bahan kimia ini boleh mengurangkan rasa gatal tekak serta membantu masalah selsema dan hidung berair...kesan sampingannya hanyalah mengantuk...lain - lain side effect aku tak tahu , itu kena tanya ahli farmasi kerana mereka lebih arif....

Apa yang nak dituliskan di sini ialah ubat - ubat batuk yang contains bahan kimia di atas cukup digemari oleh penagih air ketum di sebelah utara negara kita.... mereka membeli ubat batuk ini dengan kuantiti yang banyak untuk dicampurkan dengan air ketum mungkin untuk menambahkan rasa khayal.....

Adalah dikesali kerana puak - puak penagih air ketum mendapatkan stok - stok ubat batuk ini daripada klinik swasta serta farmasi swasta yang tidak beretika....bagi aku mereka bersubahat merosakkan anak - anak muda yang terlibat dalam penagihan air ketum...duit hasil jualan pun tidak mendapat keberkatan jika mereka yang terlibat dalam penjualan ubat batuk ini terdiri daripada orang islam.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan