Sabtu, 8 Jun 2013

Jangan Kita Berada Dalam Kumpulan Ini

Last week Ustaz Ramli dari Kampung Batu 3 Jalan Jeniang telah memberi kuliah maghrib di masjid aku....beliau telah menerangkan tentang satu hadis Rasullullah SAW yang telah mengkelaskan kumpulan-kumpulan muslim berdasarkan sikap mereka terhadap majlis ilmu...

Menurutnya kumpulan pertama adalah golongan muslim yang menyampaikan ilmu islam ..ustaz , ulama serta sesiapa sahaja yang berkemampuan menjadi tenaga pengajar termasuk dalam kumpulan pertama ini....

Kumpulan kedua adalah terdiri daripada mereka yang suka belajar ilmu islam....mereka jika datang ke masjid akan membawa kitab serta alat tulis untuk mencatat apa-apa yang diajar oleh ustaz yang mengajar...

Kumpulan ketiga adalah terdiri daripada mereka yang suka mendengar majlis-majlis ilmu...mereka tidak membawa kitab serta pen untuk menulis tetapi mereka tekun mendengar setiap ilmu yang disampaikan...

Kumpulan keempat ialah mereka yang suka serta sayang akan majlis ilmu yang diadakan serta bersikap kasih terhadap mereka yang pergi ke majlis ilmu walaupun mereka tidak berkesempatan pergi mungkin kerana sibuk ataupun ada urusan lain.....

Kumpulan kelima adalah golongan mereka yang celaka iaitu sekumpulan manusia yang benci akan majlis ilmu serta sentiasa berusaha untuk menghalang majlis ilmu daripada diadakan...

Moga-moga kita tidak termasuk dalam golongan yang kelima ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan