Isnin, 17 Jun 2013

Fenomena Ketagihan Air Ketum

Air ketum ialah minuman popular di kalangan kaki stim......ia diminum bukan saja di kalangan orang muda malah orang yang berumur pun turut sama meminumnya.....jika sesiapa yang ketagihan air ketum then dia nak stop meminumnya kesan sampingannya memang teruk....sesiapa yang tidak sabar apabila cuba stop minum air ketum akan kembali meminumnya semula...

Di utara Semenanjung ketagihan air ketum memang teruk khususnya di kawasan pedalaman seperti Sik , Jeneri , Kuala Nerang dan lain-lain kawasan pedalaman lagi......di selatan aku tak tahu pula .....

Kalau pergi menoreh getah atau buat kerja-kerja berat air ketum menjadi bekalan utama kononnya ia boleh menjadi tonik kuat untuk buat kerja....malah aku pernah diberitahu air ketum menjadi minuman utama untuk tahan mengantuk bagi mereka yang bertugas ronda sebelah malam di kampung - kampung ....

Yang paling teruk sekali ialah di majlis - majlis kenduri kahwin di mana air ketum dijamu kepada mereka yang buat kerja agar tidak letih sepanjang hari....perkara ini diketahui oleh tuan rumah kenduri malah kadang - kadang tuan rumah kenduri itu sendiri turut memastikan yang stok air ketum cukup untuk pekerja kenduri ....jadi macam mana keberkatan akan diperolehi dalam majlis seperti ini...

Faktanya 98% mereka yang terlibat dalam air ketum ini ialah orang Melayu yang beragama islam tanpa mengira latar belakang politik.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan